Mula-mula murid perlu mewarnakan gambar serta melorek nombor 1-5.
Bila dah siap warna baru boleh gunting gambar ikan dan murid akan menampal mengikut kreativiti masing-masing.
Nombor 1-5 tu Cikgu Faiz minta murid tulis guna warna hitam sebab baru nampak terang dan jelas nombor tu.
Semasa menjalankan aktiviti ini, guru perlu menerapkan unsur-unsur keselamatan supaya murid tidak mengacu-acukan gunting kepada rakan dan tidak menggunting benda lain selain kertas yang diberi itu.
Murid-murid Cikgu Faiz ni memang suka kalau buat aktiviti macam ni. Bila buat tu masing-masing tekun dan tidak terlalu bising.
Dan inilah hasilnya... Semua dah ada aquarium ikan masing-masing. Yang penting, semua pon seronok.
Di sini Cikgu Faiz sertakan lembaran kerja ni korang boleh la download dan buat di rumah bersama anak-anak. Cikgu Faiz dapat pon dekat google je. Hihi. Sekian.
Yang menaip,
2 comments:
bestnya.. sy sekarang ni tgh berjinak-jinak dgn pendidikan awal kanak2... seronok bila dapat share ilmu dgn dorang...
menarik
Post a Comment