Sekarang ni Cikgu Faiz telah berada di semester 10. Kalau diikutkan sekarang ni Cikgu Faiz dah tamat pengajian dan akan konvo bersama rakan-rakan seperjuangan yang masuk bersama-sama dengan Cikgu Faiz empat tahun yang lalu. Apa pun, ada hikmah disebalik apa yang Cikgu Faiz lalui. Melihat status rakan-rakan yang gembira kerana akan graduate beberapa hari lagi membuatkan Cikgu Faiz lebih bersemangat dan tak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian. Semoga Cikgu Faiz diberi kekuatan.
Inilah subjek pada semester 10 di UPSI. Ada enam subjek kesemuanya. Memang mencabar sangat diakhir semester ini. Hujung bulan 12 dah mula exam. Sekarang dah bulan 9. Macam lipas kudung la Cikgu Faiz nanti. Silap-silap ada yang tak tido malam. Hihi. Diharapkan juga abang Hakim dan Hannani akan memberikan kerjasama kepada bonda. Bila dah mula sibuk dengan tugasan dan forum mungkin anak-anak akan kurang diberi perhatian. Sabar la nak.... Lepas bonda habis exam bulan satu nanti boleh la tumpukan perhatian pada anak-anak pula sebab dah cuti semester kan. Buat masa sekarang ni bermanja la dengan abah dulu ye. Huhuhu. Sekian.
Yang menaip,
1 comment:
moga allah permudahkan setiap urusan dalam pembelajaran cikgu faiz, amin ^___^
Post a Comment