Lebih kurang pukul 8 pagi baru bertolak naik bas. Semuanya nampak seronok. Mungkin ada yang baru pertama kali dapat naik bas. Semuanya telah bersiap sedia dengan plastik muntah masing-masing. Memang ada yang termuntah. Hahaha. Kesian betul.
Yeay.... destinasi pertama kita adalah Aquaria KLCC. Sebelum masuk kita ambil gambar dulu ye.
Semua dah tak sabar nampaknya nak tengok ikan.
Bestnya dapat tengok ikan secara berdepan.
Bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan ikan besar tu. Hihihi.
Jalan lagi jumpa jerung la pulak. Cikgu pon apa lagi. Ambil gambar la. Hahaha. Seronok cikgu tengok semua pon bersungguh-sungguh posing. Kikiki.
Jalan-jalan lagi. Bermcam jenis ikan yang dapat dilihat di sini. Rasa macam nak terjun pon ada. Hahaha.
Jumpa ini pulak. Ambil gambar lagi. Buat tatapan ibu bapa masing-masing melihat keriangan anak-anak berjalan bersama cikgu.
Dah selesai berjalan melihat ikan. Berehat seketika sementara menunggu bas. Lepas ni ke mana pulak kita?
Makan tengahari di Mc Donalds. Lagi best sebab dapat permainan Hello Kitty. Yang lelaki pon dapat Hello Kitty sebab itu je permainan yang ada. Huhuhu.
Selesai makan. Nak pergi ke destinasi kedua pulak. Hmmm... sempat jugak tido ye. Hihihi. Penat sangat tu.
Yeay dah sampai. Kuala Kumpur City Gallery. Apa yang ada di sini?
Bagi cikgu bergambar dulu ye. Hihihi.
Cantiknya... Inilah Kuala Lumpur.
Bergambar kenangan di I Love KL. Aktiviti kami di sini adalah membuat fridge magnet dan boleh dibawa pulang untuk kenangan.
Gambar cikgu lagi.
Selesai melawat Kuala Lumpur City Gallery.... Maka berakhirlah lawatan sambil belajar kita. Semua penat tak terkata. Esoknya ramai yang tak hadir ke sekolah sebab kepenatan tapi katanya seronok sangat. Cikgu pon rasa nak pengsan. Lawatan tahun depan nak ke mana pula?
Yang menaip,
No comments:
Post a Comment