Majlis Makan Malam Akhir Tahun SKPU 2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 19 Januari 2018


Entri pertama di tahun baru. Agak sibuk kebelakangan ini. Kena update juga sebab gambar dalam handphone terlalu banyak. Jadi sebelum delete Cikgu Faiz akan abadikan memorinya di sini. Entri kali ini adalah berkaitan dengan Jamuan Makan Malam Akhir Tahun 2017 SKPU yang telah diadakan pada 29 Disember 2017 yang lalu bertempat di Doorsett Putrajaya..





Oleh kerana Cikgu Faiz merupakan AJK kelab kebajikan guru dan staf SKPU, makanya pada pagi hari kejadian semua AJK yang terlibat telah berkampung seawal jam 11.00 pagi (agak-agak je) untuk menghantar hadiah-hadiah dan membuat persiapan akhir. Yang ni Cikgu Faiz dalam bilik VIP. Yang pergi bujang kami lepak di bilik ini sahaja sampai ke malam.




Okey, ini pemandangan dari tingkat atas Hotel Doorsett Putrajaya. Pada hari yang sama juga diadakan Pesta Lampu di sini jadi keadaan pada waktu malam agak sesak.







Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah pada malam tersebut. Siapakah yang bertuah itu?




Persiapan pentas pon dah siap nampaknya. Belon tu bukan Cikgu Faiz yang buat ye. Cikgu Faiz anti dengan belon. Tak kuasa la nak layan. Hahaha.




Bila semua dah selesai, sambung lepak dalam bilik VIP. Sambil tu apa lagi, ambik gambar Ephyra yang Cikgu Faiz jual ni. Hihi. Siapa nak beli boleh contact Cikgu Faiz ye. Agak-agak Cikgu Faiz pakai lipstick warna apa ye? Banyak sangat pilihan tu. Hihi.




Masa yang dinantikan telah tiba. Jeng jeng jeng.




Let's retro! Kuikuikui.




Cikgu Faiz pakai simple je malam tu. Tapi adalah ciri-ciri retro tu sikit-sikit kan? Hihi. Baju dan seluar tu semua beli online. Tak sempat nak jalan-jalan shopping. Kalau ada pon semua tak berkenan. Oh ya, spek mata lupa pulak nak beli. Huhuhu.




Sebelum rakan-rakan yang lain sampai, kami selfie puas-puas dulu sebab lepas tu dah sibuk dengan kaunter pendaftaran pulak.




Dengan roomate Cikgu Faiz masa LADAP di Taman Negara dan Langkawi haritu. Hihihi.




Bila agak-agak dah mengantuk tu selfie dulu. Huhuhu.




Antara barang-barang yang dapat dalam goodie bag. Ada air soda retro, tuala Ikea, marken pen eco, bunga ros dan coklat made in Langkawi. Hahaha. Tak lupa juga beg guni yang besar tu. Boleh bawak pergi sekolah habis semua sumbat dalam tu sebab besar kan. Kikiki.




Cikgu Faiz dapat anugerah Buku Kedatangan Terbaik. Dapat sijil, hamper, tetikus, kepala charger Samsung dan laptop case.




Yeayy.... hadiah cabutan bertuah Cikgu Faiz dapat vakum. Alhamdulillah rezeki.




Ini pon rezeki jugak. Nampak ada lebih haritu terus ambik lagi empat kuntum. Hihihi. Cikgu Faiz memang suka sangat bunga ros ni. Nampak segar je. Kesimpulannya, majlis makan malam haritu memang best sangat. Makanan pon sedap (tiada gambar sebab perut dah lapar jadi ingat nak makan je. Huhuhu). Berbaloi sebab dapat macam-macam. Hihihi. Okey, itu je yang Cikgu Faiz nak cerita kali ni. Jumpa lagi !


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...