Showing posts with label bahan bantu mengajar. Show all posts
Showing posts with label bahan bantu mengajar. Show all posts

Projek Keceriaan Pondok Sekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 04 Mei 2015


Masih lagi dalam mood bercuti. Kejap lagi dah nak balik Puchong. Esok akan kembali bekerja. Banyak benda yang mesti disiapkan apabila naik sekolah esok. Antaranya, projek menaik taraf pondok menunggu di sekolah. Guru besar telah mengamanahkan Cikgu Faiz dan kawan-kawan di unit Prasekolah untuk menceriakan pondok menunggu untuk murid-murid Prasekolah.




Taraaa.... Inilah projeknya. Bahan macam biasa ambik di internet. Mula-mula print dulu lepas tu gunting dan tampal atas kertas hitam seperti di atas. Lepas tu gunting jadi seperti gambar di bawah pula. Lepas tu baru laminate dan gunting lagi. Memang agak rumit tapi berbaloi sebab hasilnya tidak menghampakan.



Buat benda ni kalau sorang-sorang memang la tak larat sebab banyak kerja kan. Tapi kalau dah semua bekerjasama, kerja yang susah pon akan menjadi mudah. Tak gitu? Nanti bila projek tu dah siap Cikgu Faiz tunjuk hasilnya okey. Sekian.


Yang menaip,

Kad Imbasan - Huruf Besar / Capital Letters A-H



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat bercuti kepada mereka yang masih bersekolah. Bagi Cikgu Faiz cuti ni amat bermakna sekali kerana masa cuti ni la Cikgu Faiz dapat menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan PJJ dan hal-hal di sekolah. Kepada yang bercuti tu, manfaatkanlah cuti anda semua okey ^ ^


Entri sebelum ini Cikgu Faiz ada share kad imbasan huruf kecil a-h kan? Hari ni pulak Cikgu Faiz nak share kad imbasan huruf besar / capital letters pulak. Juga huruf A-H. Ini merupakan bahan untuk pertandingan guru inovatif yang akan dipertandingkan selepas cuti sekolah ini.


















Sebelum ini pon Cikgu Faiz ada buat kad imbasan huruf ni. Tapi huruf besar dan huruf kecil yang berpasangan. Boleh tengok DI SINI




Salam sayang,

Bahan Inovatif - Huruf a-h



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni merupakan hari yang agak sibuk jugak. Sebabnya, Cikgu Faiz sedang menyiapkan bahan untuk Pertandingan Guru Inovatif. Kena prepare bahan-bahan untuk dibuat esok. Jadinya Cikgu Faiz siapkan huruf-huruf untuk ditampal pada bahan inovatif tersebut. Kalau ada yang berminat dengan huruf-huruf kecil di bawah ini boleh la save ye ^ ^




















Untuk hari ini Cikgu Faiz upload huruf a-h sahaja. Huruf yang selebihnya hari lain ye. Ni Cikgu Faiz tengah siapkan huruf besar pulak. Huhu. Malam ni tak tau la dapat berforum ke tidak. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah. Nak berforum sampai lebam. Huhu.




Salam sayang,

Aktiviti Hari Ini



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Baru je siap buat rancangan mengajar untuk esok. Jam baru menunjukkan angka sebelas lebih tapi mata ni dah berpinar-pinar. Baju untuk esok pon tak gosok lagi. Nampak gayanya pagi esok la baru gosok. Huhu. Dah tu hapdet blog ni tak mengantuk pulak ! Pelik pelik ^ ^ Agaknya mata mengantuk disebabkan makan nasi lemak kukus pasar malam tadi. Fuhh !! Memang sedap. Habis licin sepinggan. Hehe. Kuat makan jugak Cikgu Faiz ni. Huhu.



Tak sempat nak ambil gambar nasi lemak sebab dah lapar sangat. Huhu. Yang ini pon okey la.


Nampaknya kesibukan telah mula melanda diri ini. Malam baru dapat bersantai di depan laptop. Petang pon dah jarang-jarang dapat online sebab kadang-kadang Cikgu Faiz buat overtime dekat sekolah. Huhuhu. Sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran hari esok dan seterusnya. Memang tak menang tangan dibuatnya. Mana nak mengajar, tanda buku, buat BBM, hias kelas. Boleh kurus tau (memang dah kurus kering ni. huhuhu). Nasib baik la ada kak Za iaitu Pembantu Pengurusan Murid yang rajin sangat nak menceriakan kelas tu. Amin. Hehe. Nanti ada masa terluang Cikgu Faiz update sudut-sudut keceriaan pulak ye.





Ini BBM untuk tema minggu ini iaitu Rumah Saya dan subtemanya ialah peralatan di dapur. Bahan ni ambil di internet aje. Hehe. Cikgu Faiz cuma print, gunting, tampal, gunting, laminate dan gunting. Macam biasa la. Hari-hari asyik menggunting je  ^ ^ Oleh kerana petang tadi buat overtime, maka semua gambar telah siap. Hehehe. Lega.


P/S : Petang esok ada aktiviti ko-kurikulum unit beruniform. Cadang aktivitinya nak buat sandwich. Best best ^ ^




Salam sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...