Showing posts with label teacher's day. Show all posts
Showing posts with label teacher's day. Show all posts

Hadiah Hari Guru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 21 Mei 2015


Masih lagi dalam mood Hari Guru. Tak sah kalau tak dapat hadiah kan. Hihi. Alhamdulillah. Kalau ada yang memberi takkan kita nak menolak kan. Nanti dikata sombong pula. Cikgu Faiz terima apa sahaja pemberian daripada anak-anak murid yang comel-comel tu. Tahun ni dalam sejarah dapat hadiah dari parent pula. Huhu. Parent tu sanggup datang ke kelas untuk menghantar cheese cake leleh untuk Cikgu Faiz sempena Hari Guru katanya. Terima kasih banyak-banyak ye. Tanpa membuang masa jom kita layan gambar cheese cake tu. Hihi.



Haaa.... menggoda tak? Hihi. Banyak betul cheese kan. 




Hambik lagi. Huhu. Saje nak buat korang tergoda. Huhuhu. Jangan marah ye.




Dan lagi. Rupa kek ni memang cantik dan simple sangat. Rasa sayang je nak potong tau. Rasanya pon sedap. Pujian ikhlas dari Cikgu Faiz ni bukan sebab dapat kek free. Huhuhu. Alhamdulillah kek ini dikongsi bersama dengan cikgu dan ppm. Bawak balik sikit untuk Encik Suami dia pon puji sedap giler. Huhuhu. Nampak gayanya lepas ni Cikgu Faiz kena belajar buat cheese cake la. Dalam kek tu rasa pandan memang kena dengan tekak Cikgu Faiz ni.



Ini pula hadiah pemberian dari murid. Seronok bila dapat kad yang ditulis sendiri oleh murid. Nampak la usaha dia nak bagi cikgu baca kad tu. Cikgu pon sayang awak tau. Huhuhu.




Yang tak bagi hadiah pon cikgu sayang. Cikgu tak kisah pon dapat hadiah ke tak. Yang penting semuanya belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal. Nanti cikgu jadi macam singa baru tau. Huhuhu. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak murid cikgu di dunia dan akhirat dan jangan lupa cikgu yang garang ni bila dah masuk darjah satu nanti. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Sajak | Guru oh Guru - Usman Awang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 18 Mei 2015



Apabila tibanya Hari Guru, sajak ini begitu popular sekali di kalangan warga pendidik dan pelajar. Bagi Cikgu Faiz sajak ini memang terkesan sekali di dalam hati. Marilah kita sama-sama menghayati bait-bait sajak 'Guru oh Guru' hasil nukilan Usman Awang (1979).



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.





Sekian.


Yang menaip,

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 27 Mei 2014


Yeay.... cuti sekolah telah bermula. Pagi tadi ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Havoc jugak. Hihi. Tema sambutan kali ini 'Back To School'. Jenuh jugak la nak pergi beli baju sekolah, kasut dan tudung kan tapi Cikgu Faiz pakai tudung bawal je. Huhu. Stok tudung dekat kedai dah takde. Hihi. Apa pun sambutan kali ini sangat best dan happening sangat sangat. Akan ingat sampai bila-bila. Kenangan terindah ni. Hihi.



Hihi. Teruja nak pakai kasut sekolah ni okey. Siap beli stoking lagi tu. Haha. Semangat betul.



Taraaaa !!! Ada gaya student sekolah tak? Hihihi. Nampak tak tu tudung bawal? Hihihi. 



Hadiah daripada murid-murid Prasekolah. Terima kasih ye anak-anak cikgu. Sudi juga nak bagi hadiah dekat cikgu dia yang garang ni. Hihi.



Tiba-tiba dapat anugerah pulak. Hihihi. Tak sangka lekat jugak. Dah macam ABP pon ada. Eh, bukan. AGP. Hahaha. Terharu sangat. Tinggal gantung dekat dinding je ni.



Lepas semua acara selesai ada makan makan pulak. Hihi. Ini aje yang dapat snap. Kek indulgence dari Secret Recipe. Sedap. Kek yang cair di mulut.


Keseluruhannya sambutan Hari Guru kali ini memang best. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...