Showing posts with label
ulangtahun perkahwinan yang ke-4.
Show all posts
Showing posts with label
ulangtahun perkahwinan yang ke-4.
Show all posts
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Empat tahun lalu.... Cikgu Faiz dan Encik Suami telah sah diijabkabulkan di tempat kelahiran Cikgu Faiz dengan dua kali lafaz. Saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya Cikgu Faiz apabila dapat bersatu dengan orang yang dicintai. Setahun lebih selepas itu, kami dikurniakan seorang cahayamata lelaki sebagai pewaris di dalam keluarga kecil kami.
Sekarang..... setelah empat tahun hidup bersama-sama melayari rumahtangga yang penuh pancaroba ini telah semakin menyemarakkan lagi hubungan ini. Kami bahagia dengan apa yang ada di dalam kehidupan kami sekeluarga biarpun masih terlalu banyak yang kurang. Rasanya macam baru sahaja dinikahkan. Hikhik. Tuptup dan empat tahun. Cepat sungguh masa berlalu.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke-4, Abah... Hehehe. Semoga kita terus bahagia dan diredhai olehNYA.
Buat tatapan para pembaca sekalian, terimalah kenangan-kenangan yang tercipta pada waktu, tika dan saat tersebut. 14 Mac 2009 akan menjadi satu tarikh keramat buat kami ^ ^
Selepas diakad nikah ^ ^
Pelamin indah...
Acara resepsi...
Kek perkahwinan...
Bersanding...
Sesi fotografi...
Berarak...
Sarung cincin...
p/s : Encik Suami bukan sahaja seorang suami, malah dia adalah segala-galanya. Kawan baik, kawan bergaduh, guru, tempat mengadu hal kerja, tempat mintak tolong buat kerja di sekolah dan macam-macam lagi. Huhuhu. Saranghae...
Salam sayang,