Assalamualaikum.
Hai kawan-kawan seperjuangan. Lamanya tak menaip di sini. Cikgu Faiz baru je pulang dari berkhemah di sekolah. Biasa la akhir-akhir tahun ni aktiviti sekolah memang banyak. Mana nak buat assignment lagi. Harap-harap Cikgu Faiz dapat bertahan sampai semester akhir nanti. Amin.
Okey... Kalau kamu semua masih ingat lagi (ceh, ber'kamu' la pulak), entry terakhir Cikgu Faiz hari tu adalah tentang 12 bulan dalam setahun. Ingat lagi tak?? Hehe. TEKAN SINI. Ala.. kalau korang 'scroll' ke bawah lagi jumpa la entry tu.
Kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi bahan bagi tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai pula. Untuk pengetahuan semua, tunjang ini tidak boleh diajar oleh guru Prasekolah tetapi mestilah diajar oleh ustazah atau ustaz yang bertauliah. Sememangnya guru Prasekolah dilarang sama sekali untuk mengajar subjek Pendidikan Islam ini kerana bimbang sekiranya tersilap ajar nanti jadi ajaran sesat pula.
Tanpa membuang masa jom kita belajar mengenal bulan-bulan Islam.
Jom menyanyi bersama-sama. Tekan butang PLAY.
Kalau berminat boleh SAVE kad imbasan di atas dan jangan lupa KLIK SINI juga ye... Terima kasih.
With ♥..,
2 comments:
ala..bestnya cikguuuu..:)
nice heheee :)
Post a Comment