Bersama Duta Ephyra di Karnival Jom Heboh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 30 Mei 2014


Bersantai di hari cuti. Hihi. Nikmatnya dapat merehatkan diri. Sekarang ada di rumah mertua dulu. Minggu depan baru pulang ke kampung halaman Cikgu Faiz pulak. Tak sabar betul rasanya. 


Sabtu lepas Cikgu Faiz pergi ke Karnival Jom Heboh di Putrajaya semata-mata nak beli Ephyra. Hihi. Entri tu kat SINI. Agaknya memang dah rezeki kan, dapat pulak berjumpa dengan duta ephyra iaitu Memey Suhaiza. Heh, mulanya Cikgu Faiz langsung tak perasankan Memey almaklum la tengah sibuk dengan ephyra. Hikhik. Sampai la Encik Suami yang bagitau terus suruh Cikgu Faiz ambik gambar dengan Memey. Huhuhu.




Masa tu Memey tengah bersembang dengan seseorang. Tak pasti pulak siapa tapi macam CEO ephyra je. Itu pun baru terfikir masa dalam kereta. Aish... rugi tak dapat bergambar dengan kak Amiza Ephyra tu. Hihi. 




Memey langsung tak sombong. Bila dia nampak Cikgu Faiz je terus datang dekat dan bergambar. Huhu. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Kita yang tengok ni pon sejuk je hati. Takut jugak kot kot artis ni sombong ke apa kan. Bukan main tinggi lagi Memey ni. Nampak sangat Cikgu Faiz ni kemetot. Huhu. Cantik sangat Memey. Comel. Sempat pulak Memey bersoal jawab dengan Cikgu Faiz tentang baju yang dipakai sama dengan abang Hakim. Hihi. Siap tanya beli dekat mana. Hihi.


Tapi agak frust sebab tak dapat bergambar dengan Awish yang comel tu. Hihi. Bila nak balik tetibe je Awish muncul. Huhu. Encik Suami suruh bergambar dengan Norman Hakim tapi Cikgu Faiz pulak yang segan. Hihi. Terima kasih la Encik Suami sebab sudi melayan kerenah isteri yang macam macam ni. Huhuhu.


Sekarang ni Encik Suami pon dah mula terjebak dengan ephyra. Hihi. Hari ni masuk hari ke-2 minum ephyra. Heh, lepas 10 hari nanti nak tahu keberkesanan ephyra pada Encik Suami. Nantikan testimoninya ye. Kepada yang baru nak mencuba ephyra tu boleh whatsapp Cikgu Faiz di talian 0129771902. Ephyra ada dalam bentuk pek percubaan (10 sachets) dan premium pek (30 sachets). Harga semestinya lebih murah berbanding harga di pasaran.


Sekian.


Jom selfie dan menang hadiah --> SINI


Yang menaip,

3 comments:

Maria Firdz said...

alhamdulillah... saya sekeluarga dah masuk kotak kedua... best nye dpt jmpa memey...

Azhafizah MN said...

wahh bergambar besama memey..Ephyra terbaik :)

Cekgu Norazimah said...

cantiklah memey ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...