Faqih dan Permainannya...



Assalamualaikum.


Hai, sebelum masuk ke tahun baru 2012 baik Cikgu Faiz update dulu. Ok la. Hari tu kan, Cikgu Faiz pergi berjalan-jalan cuci mata ke IOI Mall yang terletak di Puchong. Cikgu Faiz pergi bersama Encik Suami, Faqih dan adik ipar. Sampai je ke destinasi, kami terus window shopping dari satu tingkat ke satu tingkat.


Lepas tu kami ternampak tempat yang ada permainan untuk kanak-kanak. Apa lagi, bukan main suka si Faqih. Kami terus menuju ke sana. Cepat je si Faqih nak naik permainan kat bawah ni. Huhu. Layan je...


debab tak saya?



main tekan tekan



tak pandang kamera dah



pelik sangat tengok gelagat orang


Itulah antara aksi-aksi Faqih ketika bermain permainan di IOI.

Jom Share.



Assalamualaikum.


Hai, semalam korang tengok tak cerita Tentang Dhia episod akhir? Cikgu Faiz rasa korang mesti tonton punya kan? Amacam? Ok tak endingnya? Sedih tak terutamanya babak di bawah ini?






Mesti korang nangis-nangis kan? Cikgu Faiz pon sedih gak tau. Huhu. Kesian kat Dhia. Sampai ke akhir hayat dia pon kena aniaya lagi. Lepas tu suami sendiri pon endah tak endah je. Pilu rasa hati ni.


Jom kongsikan perasaan korang setelah menonton episod akhir drama Tentang Dhia semalam. Komen pasal cerita tu. Nak tau gak pendapat korang sume.

Akhirnya...



Assalamualaikum.


Hai, semalam tak update blog pun. Sebab sibuk dengan mesyuarat. Balik rumah terus berbongkang kepenatan. Nak blogwalking pun takde mood je sebab internet macam hampeh.


Ingat lagi tak entry riang gembira aku hari tu? YANG NI LA. Hari ni aku nak berkongsi cerita di sebalik kegembiraan tersebut.


Hari tu kan aku pergi kedai buku kat Giant. Tengah syok-syok dok usha novel Ombak Rindu yang terbaru (dari cermin kaca kedai buku je), aku ternampak sebuah novel yang aku dok cari-cari selama ni. Ha, novel kat bawah ni la yang aku dah lama cari dan baru hari tu aku ternampak dan aku cepat-cepat masuk ke kedai tersebut dan terus membeli novel tersebut. Haha. Memang rezeki aku betul hari tu. Sebab apa? Sebab novel tu tinggal satu je. Jadi apa lagi, dah ada kat depan mata aku terus rembat la. Huhuhu.


Jom baca sinopsis Kasih Yang Suci.



Tagline : Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru.


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa bolehh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth.


Tapi mengapa Nora Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci ! Benarkah?


Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.


Nora Elena akhirnya redha menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


p/s : Novel Katerina pon tak abis baca lagi. Huhu.

Lega dan Gembira.



Assalamualaikum.


Hai, hari ni saya rasa lega sangat. Lega sebab sesi pendaftaran untuk murid-murid Prasekolah 2012 telah selesai dan berjalan lancar. Allah saja yang tau perasaan saya tadi. Lega yang teramat sangat. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan perjalanan program tadi.





Balik je rumah tadi, saya terus mengajak suami keluar makan tengahari di luar. Rasa kelegaan ni patut dikongsi bersama kan? Hihi. Lepas makan kami pergi membeli sedikit barang di Giant Bandar Puteri Puchong. Lepas beli barang kami naik ke tingkat satu untuk mencari buku resit. Nak tau tak? Saya rasa gembira tak terkata apabila keluar dari sebuah kedai. Senyum sampai ke telinga. Happy giler la.


Ha, agak-agak apa yang membuatkan saya suka sangat tu? Hihi.


To be continued....

Terima Kasih Banyak-Banyak.



Assalamualaikum.


Hai semua. Hari ni saya agak rajin la pulak ye. Rajin apa agaknya ye? Hmm... saya tersangat la rajin nak follow blog orang. Huhu. Mungkin sebab kebosanan melanda kot. Itu yang terlebih rajin tu.




Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi follow balik. Yang tak follow tu takpe. Saya tak kisah pon. Yang penting saya rasa puas hati dapat follow korang.

Katerina | Secoret Kesayuan Hati (Saga 2)



Assalamualaikum.


Hai, semalam aku beli novel kat bawah ni. Beli kat Giant Senawang je. Harga RM19.90. Kulit novel bukan seperti di bawah ni ok. Gambar kat bawah ni aku search kat google je. Malas nak snap. Warna kulit buku tetap pink. Cuma design kulit dah lain sikit. Baru la nampak pembaharuan kan?


Jom baca sinopsis novel Katerina ni.




Siapalah Katerina di hati Kasyah?


Segalanya tinggal memori. Ayu pergi takkan kembali.


Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga... yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka... aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat ilahi... setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau untuk sementara.


Bagai tak terpijak kakinya di bumi,
Bagaikan langit jatuh menghempap diri...
Dugaan tiada terperi dengan sisa cinta suci yang tiada berbelah bagi,
Mewarnakan semula pelangi cinta Kasyah yang telah mati.

Mungkinkah di persada indah akhirnya,
Antara Kasyah dan Katerina...
Atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan?

Penuh debaran, bersilih cabaran...
Yang datang dan yang pergi...
Semuanya mengusutkan keadaan.

Kejelitaan Zahirah mengocak damai...
Kerakusan Hisyam semakin menghancurkan...
Namun segalanya di tangan Tuhan !
Akan tumbangkah pohon cemara ke bumi...
Atau menguntum bunga cinta di kaki pelangi?

Follower Bertuah - 444



Assalamualaikum.


Hai, tengah buat apa tu? Hari ni followers saya sudah bertambah menjadi empat ratus empat puluh empat orang. Nombor yang agak cantik tu. Siapa agaknya follower yang bertuah itu?





Memperkenalkan follower saya yang ke 444 iaitu ...



a.k.a

Cik Oren !!!


Terima kasih la sebab sudi follow blog ni. Salam perkenalan buat Cik Jingga. Kalau nak tahu, Cik Jingga ni pandai buat header tau. Ha, tengok aje la entry ni. Korang nilai la sendiri ya. Kepada sesiapa yang nak follow beliau amatlah dialu-alukan.


Err... ni nak ingatkan kepada mereka-mereka nak nak follow blog orang lain tu, diharap korang tekan la butang follow macam kat bawah ni ya. Sebab butang ni aja yang berfungsi. Kalau korang tekan butang follow yang lain tu confirm korang takkan follow blog tu sampai bila-bila. Ini ingatan saja ya. Tak salahkan ingat mengingat?




Sekian.


p/s : nak beli hp Samsung? Survey KAT SINI.

Saya Menang !! Syoknya !!



Assalamualaikum.


Hai, apa khabar semuanya? Ada baikkah? Dah lama betul tak update blog ni. Rindunya tak terkata. Actually aku baru saja pulang dari Zoo Negara. Wah, seronok betul dapat jalan-jalan sambil melihat keindahan flora dan fauna di sana. Habis satu Zoo Negara kami jelajah. Kami? Siapa kami tu? Haha. Dah tentu la aku, Faqih dan suami. Uppss... adik ipar aku pon ada tau. Ok ok. Malam ni tak nak cerita pasal Zoo lagi sebab tak dapat nak upload gambar. Lain kali saja ye. Akan ada entry pasal Zoo Negara. Tunggu tau. Hee....


Hari tu kan, aku ada la join satu contest ni. Aku join pon sebab ada orang yang tag. Untuk tidak menghampakan beliau, aku pon join la. Macam biasa la, aku takde la mengharap sangat untuk menang. Masuk pon sekadar suka-suka dan untuk mengisi masa lapang.


Tup tup bila aku buka je blog arini. Blogger yang menganjurkan contest tersebut suruh aku semak senarai pemenang kat blog dia. Aku pon masuk la tanpa apa-apa harapan pon. Huhu. Tengok punya tengok kat bawah sekali ada nama aku. Ha, cuba korang tengok kat bawah ni.



Alamak ! Ada nama aku la. Betul ke ni?


Hadoi hadoi, tak sangka nama aku boleh naik. Hahaha. Jadi la walaupon dapat saguhati je. Pertama kali dalam sejarah aku berblogging boleh menang contest. Saguhati tak saguhati janji menang kan? Giler seronok aku tengok nama sendiri terpampang kat bahagian bawah sekali tu. Hahah. Entah apa la agaknya hadiah tu ye. Tak sabar pulak rasanya nak tau. Hihi.


Nak tengok entry contest aku tu? KLIK SINI YE. Entry tu simple sangat-sangat.


Sekian.


Anda seorang yang gila internet? LIHAT NI.

Rambutan oh Rambutan !



Assalamualaikum.


Hai, good morning everybody. Takkan tido lagi kot. Bangun la. Jom layan entry Cikgu Faiz ni sekejap.


Pada hari Rabu yang lalu, Cikgu Faiz pergi ke kebun untuk mengutip dan mengait buah-rambutan untuk di bawa pulang ke rumah mertua. Masa tu Cikgu Faiz pergi dengan Encik Suami dan adik. Rupanya bukan senang ya nak mengait buah rambutan kat atas pokok tu. Dah la galah kat situ panjang sangat jadi agak sukar untuk mengait buah disebabkan galah itu agak berat.


Atas daya usaha suami Cikgu Faiz akhirnya berjaya juga kami mengumpul buah rambutan satu plastik sampah. Tak penuh pon plastik tu tapi bagi cikgu ianya sudah memadai. Masa suami kait buah, Cikgu Faiz buat apa pulak ya? Ha, dah tentu la jadi pengutip buah rambutan yang jatuh. Hahaha.


Cuba layan gambar kat bawah ni. Maaf la, posisi gambar kurang menarik :)




panjang betul galah ni. dah la panjang, berat pulak tu.




jolok, jangan tak jolok ya.





geramnya tengok buah rambutan kat atas pokok ni.





kenapa pulak tu?





syukur alhamdulillah. dapat la daripada takde.





p/s : lupe nak snap gambar sebijik durian yang gugur aritu :p


Sekian.


Ingin memiliki bentuk badan yang cantik? TENGOK NI.

Happy Birthday Aun !



Assalamualaikum.


Hai, selamat pagi ! Bangun, bangun ! Matahari dah naik ni takkan nak tido lagi.


Hari ni Cikgu Faiz nak buat entry pasal harijadi. Hari ni merupakan hari lahir adik ipar Cikgu Faiz la. Happy Birthday Aunn. Selamat Hari Lahir yang ke 14 tahun. Harap lepas ni akan menjadi seorang yang matang dan tabah mengharungi dugaan di dunia ini.


Err... takde hadiah la untuk Aun sebab bonus tak masuk lagi ni. Uwaaa... Amik je la gambar kek coklat kat bawah ni. Nampak macam sedap je. Nyam nyam....








Siapa-siapa yang nak kenal dengan adik ipar Cikgu Faiz boleh la KLIK DI SINI.


Nak beli i-phone tak? Cuba usha KAT SINI.


Sekian.

Bersantai Di Air Terjun Chamang



Assalamualaikum.


Hai, pada hari Selasa yang lalu Cikgu Faiz pegi berjalan-jalan di tempat perkelahan yang agak popular juga di Bentong. Korang pernah pegi tak air terjun Chamang? Tempat tu terletak di jalan menghala ke Raub. Masuk je kawasan perumahan Chamang kena berjalan jauh ke dalam kerana air terjun tu jauh ke dalam hutan tapi dah ada jalan masuk untuk ke sana.


Sebenarnya ada orang request supaya ke sana. Hihi. Siapa lagi kalau bukan suami Cikgu Faiz. Dia yang beria-ia mengajak Cikgu Faiz pergi ke sana. Kononnya nak tengok air terjun sebab belum pernah ke sana lagi.


Malas nak membebel lagi. Apa kata korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni. Mana tahu kalau korang berjalan-jalan ke Bentong tu, tak tahu nak pegi ke mana, tempat ini boleh dijadikan tempat bersantai bersama keluarga tercinta.




Kuat betul bunyi air terjun ni. Tak boleh naik sampai atas ok. Berbahaya.





Lagi gambar air terjun. Cantik tak?





Encik suami bersama anak.





Cikgu Faiz bersama anak.





Cikgu Faiz lagi.



Sekian.


Peminat Yuna? TEKAN SINI YA.

Tarian Murid-Murid Prasekolah SKPU1



Assalamualalaikum.


Hai. Ingat lagi tak entry ni? Bagus la kalau ingat. Ok. Entry yang sebelum ni cikgu Faiz cuma tunjukkan gambar-gambar sahaja. Kali ni secara khasnya cikgu Faiz bawakan video rakaman tarian murid-murid cikgu sempena Hari Kanak-Kanak.



Dengan berbesar hati Prasekolah SKPU1 mempersembahkan....





Lagu : Berjuta Batu - Felix AF3 / Alleycats


p/s : harap maaf, sistem bunyi mengalami masalah :)


Nak beli HP baru? TEKAN SINI.


Contest : Jom Sertai Geng Kepoh!



Assalamualaikum.


Hai. Ini entry ke 2 pada hari ini. Hari ni saya nak join contest la pulak. Contest ini telah ditag oleh zana. Thanks Zana coz sudi tag akak ye. Muah !





Kalau ada siapa-siapa yang nak join tu boleh la klik DI SINI.


Sis dah tekan apa yang patut ditekan :)


Err... sis komen pasal blog la yer. Blog Budak Kepoh ni simple, cepat loading dan sejuk mata memandang sebab dia menggunakan warna biru. Kalau boleh letak la blog archieve supaya blogger-blogger lain boleh tengok apa cerita hari-hari sebelumnya :)


Tag


Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Disember 2011 tepat jam 8.00 malam.

Follower ke 400 | wow !



Assalamualaikum.


Hai.. Selamat Hari Selasa. Happy Tuesday. Eeee..... hari ni kan happy sangat-sangat. Lalala... Cuba korang jeling-jeling sikit followers kat sidebar cikgu Faiz ni. Ngeh ngeh... Sudah ada peningkatan la. Yess ! I like. Bukan senang nak naik sampai macam ni. Terharu sangat-sangat pada mereka yang sudi follow blog cikgu Faiz yang pink ni.


Tanpa membuang masa jom cikgu Faiz perkenalkan follower cikgu yang ke 400.


Taraaaa.... !!!



Ini dia adik Norasyidah. Follower ke 400.


Korang kenal ke gadis comel ni? Dah follow blog dia? Belum? Ha, apa kata korang follow blog yang comel ni ramai-ramai. Blog adik ni simple sangat-sangat. Dalam masa beberapa saat je dah berhenti loading. Itu yang korang suka kan. Heehe.


Buat adik Norasyidah terima kasih sebab sudi follow blog ni ye. Kalau rajin komen la kat chatbox baru cikgu Faiz tu (promote nampak. hihi).


Sekian.

Shoutmix, Chatbox, BoBoiBoy.



Assalamualaikum.


Hai. Sekarang ni dunia blogging tengah kecoh pasal shoutmix yang kena bayar mulai tahun hadapan. Huhu. Bila blogwalking blog kawan-kawan, rata-rata telah menukar kotak shoutmix kepada chatbox. Rasanya chatbox ni pon ok cuma kita tak boleh nak hias cantik-cantik macam shoutmix. Ok la. Lupakan sebentar pasal kotak chat ni. Cer layan lirik lagu kat bawah ni.





Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi

Jadi kita perlukan penyelamat bumi
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!

Ying!
YaYa!
Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!


Ha, amacam? Dah ok? Hihi. Anak cikgu Faiz suka betul dengan BoboiBoy ni. Dia boleh tau itu gambar BoboiBoy. Dia akan cakap "papaipai..." Hihi. Sebutan masih tak betul lagi. Yang dia boleh sebut nama Yaya je. Itu pon kadang-kadang je dengar dia sebut dengan betul. Kuat betul penangan BoboiBoy ni. Sampai mak dia pon terpaksa layan lagu BoboiBoy sampai naik muak. Huhu.


Ok. Itu saje. I nak buat chatbox la pulak. Heee....

Paint??? Macam tak ok jer.



Assalamualaikum.


Hari ini tepat jam 12 malam 11 Disember 2011 aku telah dikejutkan dengan satu ciuman hangat sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran. Hihi. Eh, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni tapi pasal gambar kat bawah ni ha. Cuba tengok.





Nampak ganas tak? Haha. Yang sebenar-benarnya gambar ni telah diedit oleh suami cikgu Faiz. Tak sangka suami saya pandai bab edit gambar ni. Huhu. Bila ditanya edit guna apa dia kata guna PAINT je. Cikgu Faiz memang tergelak besar bila dengar perkataan PAINT. Hihi. Jahatkan.


Dulu program PAINT ni simple sangat-sangat. Yang saya tau kita cuma boleh melukis je. Tapi tak sangka suami saya tu pandai jugak godek-godek PAINT ni. Haha. Yela, sekarang ni kan orang semua sibuk edit gambar guna photoshop tak pon photoscape ataupon Adobe Illustrator. Tup tup suami saya boleh edit guna paint.


Bila suami saya tunjuk program PAINT tu saya berkata, ooooo...... Boleh edit jugak eh ? Hihi. Punya la lama tak bukak PAINT. Tiba-tiba dah jadi lain. Korang pulak pernah tak guna PAINT ni? Ataupon korang guna program lain untuk edt gambar?? Cer share. Hik.

Butang HOME je.



Assalamualaikum.


Sempena Hari Jadi saya pada hari ini. Terasa nak bagi sesuatu untuk anda semua. Button HOME je. Harap korang sudi terima. Tak tahu macam mana nak letak button HOME ni? Takpe. Cari je tutorial kat SINI.



http://i788.photobucket.com/albums/yy170/nurulfaiz/PURPLE-1.png




http://i788.photobucket.com/albums/yy170/nurulfaiz/PINK.png




http://i788.photobucket.com/albums/yy170/nurulfaiz/MERAH.png




http://i788.photobucket.com/albums/yy170/nurulfaiz/HIJAU.png




http://i788.photobucket.com/albums/yy170/nurulfaiz/BIRU.png

Berehat Untuk Sementara Waktu.





Hai, hari ini saya telah berada di negeri kelahiran iaitu di Bentong, Pahang. Semalam baru pulang ke sini. Wah, balik-balik je terus ada durian dan rambutan. Syok betul. Dah lama saya nak makan durian kat sini tapi tak kesampaian. Akhirnya rezeki menyebelahi saya juga.


Di samping kegembiraan menikmati keenakan buah-buahan di kampung, saya ingin memohon kemaafan kepada mereka-mereka yang telah singgah ke blog ini kerana buat masa sekarang saya tidak dapat membalas kunjungan anda. Ini kerana talian internet di sini amatlah mengecewakan. Blog yang ringan pon boleh jadi berat kalau tak kena gaya. Huhu. Harap maaf ye. Mana-mana blog yang saya dapat terjah tu kira bernasib baik. Takpe. Hari lain masih ada kan untuk saya bertandang ke blog anda. Jadi janganlah anda menuding jari dengan mengatakan bahawa cikgu Faiz ini seorang yang sombong ya.


Walaupon saya tak dapat nak blogwalking ke blog anda itu tidak bermakna saya terus menyepikan diri. Hmm... saya akan tetap update blog ini dari masa ke semasa. Esok saya dan suami bercadang mahu membawa anak kami ke klinik untuk suntikan setahun 6 bulan. Agak-agaknya demam tak anak saya tu lepas kena injection? Moga-moga dia kuat seperti emaknya (koya). Hari Sabtu pula kami merancang untuk pergi ke Temerloh bagi meraikan majlis perkahwinan adik kawan saya.


Hari-hari yang seterusnya belum ditentukan lagi apa aktiviti yang akan kami lakukan bersama. Untuk itu, sekian sahaja laporan daripada saya untuk hari ini.