Lagenda Budak Setan :: sebuah epik cinta terulung


Penulis :: Ahadiat Akashah


Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria. Segala suka dan duka terhimpun di sini. Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? Hanya Tuhan yang menentukan segalanya...



Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang... dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja... demi sumpahnya mencintai Ayu hingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia... cinta adalah segala-galanya ! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu ! Dan, siapakah pula Katerina?

2 comments:

elle mokhtar said...

wahhh lame xbace novel ni..=))

Nurul Faiz Bikers said...

mksdnye penah bace la tu..
ni baru nak bace :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...