Lawatan Sambil Belajar 2016 | Sunway Wild Life, Sunway Lagoon.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 14 Ogos 2016


Minggu lepas pada hari Rabu bersamaan dengan 03 Ogos 2016 telah diadakan lawatan sambil belajar bersama murid-murid Prasekolah sesi 2016. Pada tahun ini, Cikgu Faiz dan rakan telah memilih Sunway Wild Life sebagai destinasi untuk berjalan-jalan bersama anak murid. Beberapa hari sebelum lawatan murid-murid Cikgu Faiz ni asyik tanya, "cikgu, esok ke pergi lawatan?" , "cikgu, bila kita nak pergi lawatan?". Hai la budak-budak.... Tak sabar betul ye. Kemain excited nak berjalan kan. Huhu.



Tengok la tu. Suka sangat nampaknya murid-murid ni. Bukan apa. Diorang ni sebenarnya teruja nak naik bas. Hihihi. Seawal jam 7.00 pagi dah ada yang tunggu cikgu di sekolah.



Sebelum jam 8.30 pagi, bas pon sampai.



Suasana di dalam bas. Nampak je macam biasa tapi dalam hati tu dah melompat-lompat keriangan.







Sebelum jam 10.00 pagi dah sampai. Takde la jauh sangat dari Puchong nak ke Sunway ni. Oleh kerana tempat ini masih belum dibuka, jadinya kami semua berehat dulu dan makan-makan apa yang patut. Sambil tu apa lagi.... Ambik gambar la kan. Hihi.



Eh eh... tiga orang budak yang dekat depan tu bukan anak murid Cikgu Faiz ye. Mereka pon tengah tunggu nak masuk tu.




Cikgu Faiz kalau tak selfie memang tak sah. Oh ya, Sunway Wild Life ni ada dalam Sunway Lagoon tapi yang rombongan kami pergi ni cuma melawat haiwan-haiwan sahaja ye.




Selfie lagi. Lama betul nak tunggu. Semua dah tak sabar nak berjumpa dengan haiwan-haiwan liar termasuklah cikgu. Huhu.








Yeah.... akhirnya masa yang ditunggu tiba juga. Sebelum masuk, kami dipersembahkan dengan persembahan selamat datang oleh penari-penari daripada staff di sini. Takde gambar la pulak.




Bergambar dengan maskot dan penari-penari tadi. Pejam mata je la tengok pakaian dia. Huhuhu.




Ini antara haiwan-haiwan yang ada di sini. 





Tak baik tau membelakangkan tetamu. Ramai peminat ni ha...






Selfie dulu sementara murid-murid melihat haiwan-haiwan. Oh ya, rombongan kami ini diiringi oleh seorang staff yang bernama Nadia. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa rombongan kami terutamanya murid-murid melihat satu persatu haiwan-haiwan yang ada. Kiranya cikgu cuma jadi pemantau sahaja la sebab Nadia ni akan memberi penerangan tentang haiwan yang dilihat. Bagus kan.



Nak tahu tak kenapa burung flamingo ni ada yang berwarna merah jambu? Sebabnya burung flamingo ni suka makan ikan sebab itulah warnanya boleh jadi merah jambu sikit. Cikgu Faiz pon baru tau. Hihihi.



Bergambar dengan maskot lagi. Tadi warna pink, yang ni warna biru pulak. Sekali lagi pejam mata. Huhu.




Berehat sebentar.



Tahu tak burung kakak tua yang bulunya berwarna terang dan cantik itu adalah burung jantan? Manakala burung yang berwarna kurang menarik itu adalah burung betina. Hihi. Cikgu Faiz baru je tau. Macam tu rupanya dunia burung ye.



Selfie sebentar bersama lenovo.





Melawat kandang arnab pula. Laju je arnab-arnab ni makan.






Tahukah anda lagi bahawa tikus adalah sama spesis dengan arnab? (sorry, tiada gambar tikus). Cumanya, arnab boleh dimakan dan tikus tidak boleh dimakan oleh manusia.



Muka tak penat langsung.




Aktiviti ala-ala 'Longkang Fishing' macam yang ada di Farm In The City Seri Kembangan tu. Murid-murid menangkap ikan.




Tangkap jangan tak tangkap ye. Hahaha. Bersemangat sungguh cikgu tengok. Hihihi.




Semua dah tak peduli bila cikgunya selfie sebab sibuk sangat menangkap ikan.




Banyak ke dapat ikan tu? Hihihi.








Penat tangkap ikan. Kita naik tram la pulak ye. Cuci cuci mata melihat keindahan alam semulajadi di sini (yang seksi pon ada. huhuhu).




Muka penat nampak gayanya tapi seronok sangat.



Kasi can dekat cikgu nak selfie pulak la. Rasa nak terjun je. Jernih betul air kolam ni.








Okey... Sebelum balik, kak Nadia bawa murid-murid ni bermain di Merry Go Land. Jadi la dapat main kuda pusing kan. Semua happy.




Berehat sebentar sebelum keluar. Ada yang nak ke tandas.







Penat berjalan. Masa untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Destinasi terakhir sebelum pulang adalah KFC ! Akhirnya tamat sudah sesi lawatan sambil belajar kali ni. Ada banyak lagi haiwan yang Cikgu Faiz tak dapat nak ambil gambarnya. Murid-murid juga berpeluang untuk menyentuh ular dan iguana. Yang baca entri ni pon mesti penat kan sebab banyak gambar. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

2 comments:

Ahmad Hasif said...

waaa mcm bez je dkt sana tu.. nnti nk tgk berapa la harganye nak masuk snaa tu...

luqman zakaria said...

wah..seronoknya! yelah nak tau jgk berapa harga tiket eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...