Assalamualaikum... semua mesti tengah tido lena kan.. Aku? Aku taknak tido lagi sebab siang tadi dah puas tido. Aku pon tak sedar camane aku leh terlelap lepas balik keje td. Mungkin letih sangat kot. Yang sebenarnya aku happy sangat sebab minggu ni dpt cuti 3 hari. Tu yang sampai tak mau tido. Suami dan anak aku bukan main lagi kalau dapat tido. Lena betul sampai berkeruh2.
Takde apa sangat yang aku nak cakap kat sini. Cuma nak bercerita sikit tentang bagaimana aku berkenalan dengan suami aku dolu dolu. Huahuahua... Mari kita imbas kembali detik2 pertemuan itu. Cewahh.. !
Ceritanya begini....
Di suatu pagi yang hening dan ketika orang mula sibuk untuk ke kuliah, aku dan keluarga tiba di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Lokasinya terletak di atas bukit. Hari tersebut merupakan hari untuk aku melapor diri di maktab tersebut untuk menyambung pengajianku selepas SPM. Hatiku sedikit teruja apabila melihat panorama indah di maktab itu. Aku masuk ke dewan yang telah ditunjukkan oleh AJK Minggu Orientasi.
Di dalam dewan tersebut, aku dan pelajar2 baru mendengar taklimat yang diberikan oleh seseorang. Ya, itulah suamiku a.k.a Pengerusi Induk Minggu Orientasi Pelajar Baru. Masa tu aku takde apa2 perasaan lagi. Aku mula mendaftar di bahagian Prasekolah. Kalau tak silap masa tu aku daftar dekat En. Rahim @ En. Saiful Bahari. Lupe pulak. Dalam pada sibuk menunggu giliran aku terdengar seseorang membuat pengumuman yang berbunyi begini, "diminta ibu bapa berada di belakang dewan bla bla bla..". Banyak kali jugak aku dengar pengumuman yang sama. Dalam hati aku cakap ape la dia ni asyik nak suruh ibu bapa duduk kat belakang. Biar la dia nak teman anak dia. Nak tau, yang cakap tu sebenarnya suami aku. Mentang2 la pengerusi. Koya je lebih. Hahaha. Terkutuk plak.
Ha.. macam tu la aku kenal suami aku dulu. Nanti2 aku cite lagi. Ada sambungannya... Tungguu...
No comments:
Post a Comment