Assalamualaikum.... (tercungap2).
Ehem.... akhirnya siap jugak operasi menyapu dan mengemop lantai rumah. Fuhh.. leganya. Kalau tak mop arini, esok mesti tak dapat nak relax. Kerja esok cuma lipat kain yang bertimbun. Itu la aktiviti aku bila cuti Sabtu dan Ahad. Kena bijak bahagikan masa nanti tak pasal2 rumah jadi macam tongkang pecah. Tak sanggup aku nak tinggal dalam rumah yg bersepah. Lagi pulak, kalau tak mop aku bimbang anak aku akan jilat lantai. Huhu. Bukan ke membahayakan kesihatan tu. Mak aku selalu pesan supaya mop lantai nanti anak kena batuk kering. Aku sentiasa ingat pesanan tu. Nak mop hari2 mmg tak dapat la. Seminggu sekali pon dah ok janji mop. Betul tak?
Anak aku pulak, bila time aku nak mop tu time tu la dia nak main. Adoii.... masa ni la ayahnya memainkan peranan untuk menjaga anak kami. Huhu. Kalau tak jangan harap dapat mop. Macam ni lah kalau dah ada anak. Huhu.
Sementara menunggu lantai kering dapat jugak la aku online sambil update blog ni. Heheh. Mesti menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Bak kata pepatah, 'Masa Ibarat Pedang'. Heh... suke betul aku dengan pepatah tu.
* kebersihan menjamin kebahagiaan...
No comments:
Post a Comment