Secret Admire part 2

Assalamualaikum.. good evening everybody...

Malam ini aku bercerita lagi tentang kisah lama. Kisah sewaktu aku mula bekerja sambilan di sebuah pasaraya yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. Mak aku yang beria2 suruh aku kerja. Pada mulanya aku menolak tapi mak tak abis2 nak berleter pasal perkara tu. Katanya cari pengalaman dulu. Last2 aku keje jugak. Tapi tak susah untuk aku menyesuaikan diri di tempat kerja tu. Lama2 jadi seronok pulak.

Bila dah beberapa bulan keje kat situ, aku mula perasan ada beberapa pasang mata yang selalu memerhatikan gerak geri aku. Aku buat derk je. Aku memang serius bila bekerja. Tak hairan la kalau ada yang curi2 tengok aku. Ala2 usha la tu.

Mamat 1 :: Nama dia Rafi. Sudah agak lama juga dia dok perhatikan aku. Pada suatu hari tu, dia dtg kat tempat keje aku. Aku dah nampak dia tapi aku wat tak tau je. Aku wat keje aku je. Pastu dia beli satu kad. Pastu dia suruh aku tulis sesuatu pada kad tu. Dia kata nak bagi kad tu pada seseorang. Aku pon tulis la. Pastu...... Alamak, aku lupa apa yg jadi lepas tu. Tapi yang pasti dia bagi kad tu pada aku. Cuma aku tak ingat macam mana dia bagi. Hahaha... Dah la aku yang tulis tup2 aku plak yang dapat. Agak kelakar jugak bila diingat balik. Sejak hari tu dia selalu datang borak2 dengan aku. Bila aku berhenti keje kitorang terus lost contact.

Mamat 2 :: Dia ni pulak agak emo orangnya. Al maklum la baru putus cinta. Kami kenal pon kat tempat kerja aku. Dia selalu perhatikan aku buat kerja. Dia cakap aku buat kerja tak pandang kiri kanan. Muka pon serius je. Dia selalu cerita tentang kisah silam dia bersama bekas kekasih dia dulu. Dia memang sayang giler2 kat ex dia alih2 pompuan tu tinggalkan dia. Aku pon dah lupa apa sebabnya. Aku kawan dengan dia sampai aku masuk maktab. Lepas tu terus senyap. Rupa2nya dia ada hati kat aku. Aku je yang buat tak tau kat dia. Aku anggap dia kawan je sebab aku malas nak bercinta. Dia dan kwn2 dia pernah dtg umah aku utk celebrate birthday aku. Memang tak sangka dia datang bawak macam2 makanan. Dapat hadiah lagi. Masa mula2 kenal dulu pon dia bagi hadiah jugak. Bila aku dah jadi cikgu ada la satu hari tu aku mesej dia nak ucapkan tahniah sebab dia nak kawin. Pastu dia marah aku, dia cakap aku dah berubah. Lepas tu aku terus tak berhubung dengan dia lagi. Dia ni memang emo sangat2. Hmmm....

Ok la... Aku tgh tengok cite best ni. Nanti sambung lagi. Cite ni lom abis lagi. Tata.

2 comments:

Miss Y and Her World said...

emo betul ye, mamat yang no.2 tu. ada konflik dalam diri ke apa. hehehe ;)

Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

Nurul Faiz Bikers said...

hihi.. tak tau la sy...
skrg ni dah bahagia kot.
tak emo dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...