Assalamualaikum.
Sudah berkurun rasanya tak update blog kesayangan ni. Dah jadi macam anak tiri pon ye jugak. Kesian kau blog. Nak buat macam mana? Laptop baru je sembuh dari sakit. Sekarang ni sudah tiba masanya untuk kembali mengaktifkan diri setelah berehat panjang. Entry pertama setelah lama menghilangkan diri.. Ha, tengok gambar di bawah.
Inilah benda yang paling penting sekali yang mesti diajar kepada murid-murid Prasekolah apabila mereka memulakan sesi persekolahan. Kalau ada di kalangan murid yang masih belum mengingati huruf-huruf ni boleh tertekan dibuatnya. Kepada sesiapa yang nak ABC bintang ni klik je pada gambar dan terus save. Bahan bantu mengajar ni boleh dijadikan hiasan dinding atau kad imbasan.
Anda musykil? Hehe. Inilah assignment Cikgu Faiz. Mulai dari hari ini kebanyakan entry-entry di blog ini akan berkisar kepada P&P iaitu pengajaran dan pembelajaran. Masih tak faham? Boleh baca entry
INI. Sekarang sudah faham kan... Cikgu Faiz amat mengharapkan sokongan anda semua yang rajin masuk ke blog ini dan membaca setiap hasil penulisan Cikgu Faiz. Terima kasih daun keladi.
With ♥..,