Showing posts with label assignment. Show all posts
Showing posts with label assignment. Show all posts

CPUV Ke-8 | Kotex Overnight | Thanks Nuffnang !!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sejak akhir-akhir ni Cikgu Faiz dah jarang dapat update entri hari demi hari. Semalam langsung tak nampak batang hidung. Hari ni baru dapat munculkan diri. Hehe. Mulai dari hari ini Cikgu Faiz akan dapat update entri dua hari sekali. Ini kerana Cikgu Faiz akan memulakan misi menjadi pelajar PJJ untuk semester ke-3. Rindu nak buat assignment dan jawab forum. Huhu. Hujung minggu ni pulak ada tutorial di UPSI. Fuhh... minggu ni memang padat giler dengan kerja dan tugasan sebagai pelajar. Adakah yang senasib dengan diri ini?


Walaupun semalam langsung tak update apa-apa dan blogwalking, tetapi Cikgu Faiz tetap mendapat CPUV! Wah! Dapat CPUV terbaru dari nuffnang. Alhamdulillah. Nuffnang tak jemu-jemu memberi semangat kepada blog DingDang ni dengan mendermakan CPUV terbaru iaitu Kotex Overnight.






Inilah yang dikatakan rezeki. Terima kasih nuffnang di atas pemberian CPUV ke-8 ini. Tak lupa juga terima kasih kepada Kotex Overnight ^ ^ Nampak gayanya ada tiga CPUV yang sedang berjalan tika dan saat ini. Hehe. U-Mobile dan Astro Fear Factor masih belum melabuhkan tirainya. Harap lama la duduk di blog ni ya. Wink wink. 


Kalau korang nak dapatkan CPUV macam Cikgu Faiz ni boleh la baca tips di bawah ini ------------->>>TEKAN


Kepada mereka yang masih belum menerima kunjungan dari Cikgu Faiz jangan la marah ye. Cikgu Faiz kena datang secara slow and steady. Hehe. Harap korang faham. Sekian.


Nak tahu isu-isu terkini yang berlaku di Lahad Datu? TEKAN SINI


Salam sayang,

Tutorial : Cara Zip File Dalam Satu Folder

Assalamualaikum.


Malam ni Cikgu Faiz terpanggil untuk membuat tutorial berkaitan dengan program Pendidikan Jarak Jauh iaitu subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Cikgu Faiz baru je selesai submit assignment ni tadi. Malas dah nak simpan nanti mula la internet buat hal. 


Masa menghadiri kelas pada Sabtu lepas, ada yang bertanya macam mana kita nak zip kan file. Tapi masa tu Cikgu Faiz memang tak pandai langsung sebab tak pernah buat. Huhu. Jadi bila dah berjaya submit tu rasa lega sangat dan Cikgu Faiz ingin berkongsi dengan rakan-rakan PJJ cara untuk membuatnya. Tapi ini hanya cara untuk zip sahaja. Terima kasih kepada Rabizah kerana sudi mengajar tadi. Hehe.


Jom ikut langkah demi langkah...




Buat satu folder dekat desktop yang berkaitan dengan powerpoint cikgu. Macam Cikgu Faiz dalam satu folder tu ada powerpoint, video dan microsoft word. Jadinya ada tiga benda. Tengok gambar di atas. Klik gambar untuk lebih jelas.




Inilah file yang ada dalam folder tadi.




Lepas tu cikgu klik edit > select all > klik kanan > send to > compressed (zipped folder)




Lepas tu automatik akan jadi macam sebelah anak panah tu. Siap. Cuba cikgu klik file yang telah dizip tu tengok ada tak semua benda dalam tu. Kalau ada dah menjadi la tu :)




Lepas tu macam biasa cikgu kena upload dulu dekat siswa. Yang paling penting cikgu mesti upload file yang telah dizip tadi ye. Pastikan file tersebut diupload sebagai 'presentation' dan bukan 'document'.


Selamat menghantar tugasan !!




With love..,

Seni dan Kraf Kanak-Kanak

Assalamualaikum.





Seni dan kraf untuk kanak-kanak awal umur, prasekolah dan sekolah rendah merangkumi aktiviti menggambar, aktiviti membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasi kemahiran seni, mengekspresi diri, mengapresiasi seni untuk memperolehi pengalaman estetik dan menyampaikan idea melalui imaginasi dan kreativiti.


Aktiviti seni dan kraf yang dilaksanakan untuk kanak-kanak lebih menekankan proses daripada produk. Proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran serta pembentukan kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak lebih penting dan bermakna dalam aktiviti seni dan kraf kanak-kanak. Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti seni dan kraf bukannya untuk menjadi pelukis atau artis tetapi membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Kanak-kanak dapat menzahirkan idea kreatif mereka dengan mengenal dan menggunakan bahan dan peralatan seni seperti kertas lukisan, kertas warna, berus, warna, krayon dan bahan-bahan buangan di persekitaran. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak membantu kanak-kanak memahami nilai-nilai corak, harmoni dan warna dalam seni visual. Selain itu, aktiviti seni dan kraf juga membantu kanak-kanak mengenali garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang yang dapat memupuk minat dan memperkembangkan potensi dan bakat seni kanak-kanak.



Sumber gambar : Google



Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


KLIK


With love..,

Mari Mengeja Suku Kata KVKVK

Assalamualaikum.


Selamat Hari Ahad semua.. ! Nikmatnya dapat bercuti dua hari ni. Tinggal lima hari saja lagi sebelum sesi persekolahan 2012 akan tamat. Masa tu barulah boleh menarik nafas lega. Baru dapat fokus pada assignment yang menimbun tu. Okey la. Sekarang ni mari kita sambung kembali pelajaran kita. Sebelum ni Cikgu Faiz dan buat entri fasal ABC, suku kata KVKV dan suku kata KVK. Ha..., kali ni Cikgu Faiz update tentang suku kata KVKVK.


Tapi sebelum itu meh tengok sini dulu --> FINDING NEMO


Apa itu suku kata KVKVK? Ianya merupakan suku kata terbuka dan tertutup. Contoh perkataan seperti di bawah.





Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.
Standard Pembelajaran : (BM3.5.7) Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.


p/s : Guru boleh bermain permainan dengan menggunakan kad imbasan ni. Contohnya, murid memilih satu kad dan mengeja perkataan pada kad tersebut. Kalau murid berjaya mengeja guru boleh berikan ganjaran :)



With ..,

Mari Mengeja Suku Kata KVK

Assalamualaikum.


Alhamdulillah hari ini telah berjaya ditempuh dengan sederhana dan yang penting hati mesti bersih daripada perasaan PHD. Sendiri mau ingat la. Pagi tadi Cikgu Faiz 'terbangun' lambat untuk ke sekolah. Tak pasti pulak sama ada handphone tak berbunyi atau Cikgu Faiz yang tak dengar. Huhuhu. Nasib la ada Faqih kalau tak dah selamat la hari ni . Eiii... ngerinya bila 'terbangun' lambat ni. Harap-harap esok akan lebih baik dari hari ini. InsyaAllah ...


Baiklah, hari ni Cikgu Faiz ingin berkongsi kad perkataan bagi suku kata KVK iaitu konsonan + vokal + konsonan (satu suku kata tertutup). Sekarang mari kita lihat Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk mengajar suku kata ini.


Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.
Standard Pembelajaran : (BM3.5.5) Membatangkan satu suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.




Macam biasa la kan. Kad imbasan ni boleh dijadikan hiasan dinding. Boleh juga diletakkan di sudut bacaan supaya murid boleh membaca bersama rakan-rakan mereka .




With ..,

Syukur Alhamdulillah... Bab 1 dah selesai...

Assalamualaikum.


Leganya rasa hati ini sebab assignment Falsafah sudah dihantar kepada pensyarah. Perasaan lega selepas menghantar assignment sama macam perasaan selepas terkentut. Rasa lega giler. Hahaha . Cikgu Faiz rasa happy sangat ni sebab assignment yang paling susah dah selesai. Tapi kan, ada sedikit perasaan gusar jugak sebab ada sikit lagi yang Cikgu Faiz tak jawab. Apakan daya... Cikgu Faiz dan tak boleh berfikir dengan tenang lagi untuk menjawab tugasan ni. Adoi. Apa-apa pon Cikgu Faiz harap markah akan okey la hendaknya. Huhuhu . Amin... 





Lepas ni boleh la Cikgu Faiz fokus pada tugasan yang lain pulak terutamanya blog ini. Hehehe 




With ..,

Bulan-Bulan Islam

Assalamualaikum.


Hai kawan-kawan seperjuangan. Lamanya tak menaip di sini. Cikgu Faiz baru je pulang dari berkhemah di sekolah. Biasa la akhir-akhir tahun ni aktiviti sekolah memang banyak. Mana nak buat assignment lagi. Harap-harap Cikgu Faiz dapat bertahan sampai semester akhir nanti. Amin.


Okey... Kalau kamu semua masih ingat lagi (ceh, ber'kamu' la pulak), entry terakhir Cikgu Faiz hari tu adalah tentang 12 bulan dalam setahun. Ingat lagi tak?? Hehe. TEKAN SINI. Ala.. kalau korang 'scroll' ke bawah lagi jumpa la entry tu. 


Kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi bahan bagi tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai pula. Untuk pengetahuan semua, tunjang ini tidak boleh diajar oleh guru Prasekolah tetapi mestilah diajar oleh ustazah atau ustaz yang bertauliah. Sememangnya guru Prasekolah dilarang sama sekali untuk mengajar subjek Pendidikan Islam ini kerana bimbang sekiranya tersilap ajar nanti jadi ajaran sesat pula.


Tanpa membuang masa jom kita belajar mengenal bulan-bulan Islam. 






Jom menyanyi bersama-sama. Tekan butang PLAY.





Kalau berminat boleh SAVE kad imbasan di atas dan jangan lupa KLIK SINI juga ye... Terima kasih.


With ♥..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...