Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

Semester Terakhir Di UPSI?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 07 Jun 2017


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Cikgu Faiz ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya Cikgu Faiz telah selesai menghabiskan saki baki PJJ di UPSI Isnin lalu. Alhamdulillah hari Isnin lepas, Cikgu Faiz telah menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Syukur sangat-sangat kerana Cikgu Faiz dapat menghabiskan semester terakhir ini dengan berbekalkan semangat dari keluarga dan rakan-rakan seperjuangan.




Tetapi, Cikgu Faiz masih belum boleh menarik nafas lega selagi keputusan peperiksaan belum diumumkan. Harapan Cikgu Faiz semoga akan lulus hendaknya dan lepas ni Cikgu Faiz akan menyambung kembali aktiviti di blog. Rindu rasanya nak bercerita di blog ini dan menyertai segmen serta giveaway dari rakan-rakan blogger. Rasanya itu je yang Cikgu Faiz nak kongsikan malam ni. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin.


Yang menaip,

Semester Baru PJJ Di UPSI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 16 September 2016


Selamat Hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia ! Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izin dariNya Cikgu Faiz masih lagi berjuang demi menggenggam segulung ijazah dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Belajar secara jarak jauh (PJJ) ini bukanlah mudah. Ianya sangat mencabar terutamanya bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak serta dalam masa yang sama turut bekerja. Ianya merupakan satu pengalaman yang pasti akan diingati dan dirindui apabila tamat belajar nanti.




Sekarang ni Cikgu Faiz telah berada di semester 10. Kalau diikutkan sekarang ni Cikgu Faiz dah tamat pengajian dan akan konvo bersama rakan-rakan seperjuangan yang masuk bersama-sama dengan Cikgu Faiz empat tahun yang lalu. Apa pun, ada hikmah disebalik apa yang Cikgu Faiz lalui. Melihat status rakan-rakan yang gembira kerana akan graduate beberapa hari lagi membuatkan Cikgu Faiz lebih bersemangat dan tak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian. Semoga Cikgu Faiz diberi kekuatan.




Inilah subjek pada semester 10 di UPSI. Ada enam subjek kesemuanya. Memang mencabar sangat diakhir semester ini. Hujung bulan 12 dah mula exam. Sekarang dah bulan 9. Macam lipas kudung la Cikgu Faiz nanti. Silap-silap ada yang tak tido malam. Hihi. Diharapkan juga abang Hakim dan Hannani akan memberikan kerjasama kepada bonda. Bila dah mula sibuk dengan tugasan dan forum mungkin anak-anak akan kurang diberi perhatian. Sabar la nak.... Lepas bonda habis exam bulan satu nanti boleh la tumpukan perhatian pada anak-anak pula sebab dah cuti semester kan. Buat masa sekarang ni bermanja la dengan abah dulu ye. Huhuhu. Sekian.


Yang menaip,

Cuti Sekolah Berkampung Di UPSI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 15 Mac 2016


Alhamdulillah semester baru PJJ Cikgu Faiz sudah pon bermula. Sabtu lepas bermulalah kelas yang pertama untuk semester 9 ini. Anak-anak macam biasa akan tinggal di Bentong dan Cikgu Faiz akan bertolak dari Bentong untuk ke UPSI. Kali ini Encik Suami jadi driver merangkap bodyguard Cikgu Faiz. Hihihi. Untuk semester kali ini ada 6 subjek iaitu :

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kesihatan, Keselamatan dan Nutrisi
Psikomotor dan Pergerakan Kanak-Kanak
Mathematics For Young Children
Prinsip Pengajaran Penulisan




Cakkk ! Sebelum pukul 2 petang Cikgu Faiz dah tercongok dalam kelas. Kelas bermula pada pukul 2 petang. Masa ni baru ada 3 orang termasuk Cikgu Faiz. Huhu. Tapi tak ramai lagi best sebenarnya sebab senang sikit nak fokus. Hihihi. Kelas pada hari tersebut merupakan subjek Prinsip Pengajaran Penulisan.




Sebelum masuk kelas sempat jugak beli Pirate Coffee dekat Tanjung Malim ni buat ubat mengantuk. Hihi. Cikgu Faiz memilih vanilla coklat tapi macam kurang sejuk sangat sebab ais tak banyak macam selalu beli dekat Puchong tu. Hihi. Padahal bagus la tak banyak ais kan. Huhu. Saiz besar ni RM6.




Kelas telah bermula. Ada lebih kurang 17 orang je hari tu. Bincang-bincang sekejap pasal assignment dan forum lepas tu dah boleh balik. Hihi. Sempoi sangat kelas yang penting dah tahu apa nak buat dengan assignment. Syukur subjek ni ada satu je tugasan dan yang selebihnya kena jawab forum. Itu pon kalau nak markah lebih. Kalau tak nak markah tak payah jawab la. Hahaha. Cikgu Faiz nekad semester ni nak pulun jawab forum sebab semester yang lepas-lepas banyak tak jawab rasa rugi sangat. Huhu. Nak buat macam mana kalau dah tak nak dengar nasihat kan dah rugi. Huhu. Nasib baik la pensyarah ni okey sangat sangat siap bagi subtopik untuk masuk dalam assignment kitorang. Terharu sangat tau. Huhu. Rasa lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan PJJ ni sampai habis. Dulu, Cikgu Faiz pernah putus asa dan rasa nak berhenti je dengan PJJ ni. Sebab apa? Nanti la Cikgu Faiz cerita ye. Dah panjang sangat ni. Okey, jumpa lagi di lain entri. Sekian.



Yang menaip,

Pendaftaran Selesai



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 11 September 2014


Alhamdulillah tadi Cikgu Faiz berjaya juga mendaftar untuk semester 6 PJJ UPSI. Line internet tak berapa nak okey. Kejap ada kejap takde. Ke memang dekat sini line celcom tak kuat? Hmmm...





Heh... sekarang ni semuanya secara online tapi kalau internet buat hal memang sakit la. Huhu. Nasib baik esok akan mula bercuti selama seminggu jadi dapat la Cikgu Faiz bersiap sedia untuk mencari apa-apa yang patut untuk assignment nanti. Hihi. Kesibukan akan mula melanda diri ini dan blog ini bakal terabai. Hukhuk. Sekian.


Terliur pulak tengok makanan ni --> TENGOK


Yang menaip,

Semester Baru PJJ Sudah Bermula



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 10 September 2014




Semester baru sudah bermula. Ada 6 subjek yang mesti diharungi. Setiap satu subjek ada dua tugasan. Jadi kesemuanya ada 12 tugasan. Fuhhh.... bermulalah episod kesibukan membuat assignment. Semoga Cikgu Faiz dapat menyiapkan semua tugasan tersebut. Amin.


HP lama saya --> SINI


Yang menaip,

Asal Usul Perkataan 'Melayu'.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 09 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<


Catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama bagi kerajaan Mo-la-yeu itu berasal dari nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, iaitu sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Siak, Terengganu dan Inderagiri. Berdasarkan cerita, air sungai tersebut begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Melayu yang dimaksudkan adalah sama dengan pengertian dalam bahasa Jawa, iaitu lari. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Mo-lo-yeu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 tahun Masihi (Darwis Harahap, 1992:13). Mereka menggunakan bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh I-Tsing sebagai Kw'un Lun di Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh. 


Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan "Himalaya' yang telah disingkatkan kepada 'Malaya' dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan 'Himalaya' berasal daripada perkataan 'Hima' dan 'alaya'. 'Hima' bererti salji atau salju, sedangkan 'alaya' bererti tempat. Dengan itu himalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.


Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu 'Malaya' manakala di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada 'Melayu'.


Terdapat juga pengkaji berpendapat perkataan melayu berasal daripada perkataan 'pamalayu', iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sebagai peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud "Ekspedisi Melayu", iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.


Rujukan : Dr. Azhar Wahid dan Razali Ayob, Modul BML 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


KERETA IDAMAN


Yang menaip,

Hari Yang Tragis di UPSI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 05 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<


Alhamdulillah... Minggu ni settle 3 paper di UPSI. Tinggal minggu depan je lagi lepas tu merdeka. Huhu. Merdeka la sangat kan. Hmmm... Hari Sabtu baru-baru ni betul-betul mencabar ketahanan fizikal dan mental Cikgu Faiz. Siap je paper pagi tu mesej Encik Suami suruh dia datang lepas tu secara tiba-tiba kereta tak boleh nak start pulak. Adoi... masa ni la dia nak buat hal pulak. Perut daH lapar ni sebab sebelum exam pagi tu tak sempat nak makan. Encik Suami check la apa-apa yang patut. Tengok bateri warna masih hijau menandakan bateri masih ada. Apa la agaknya masalah kereta ni?


Nasib baik ada kawan Encik Suami yang sudi datang dan tolong. Huhu. Mula-mula tumpang kereta dia pergi workshop. Entah apa yang Encik Suami cakap dengan tokey kedai tu. Pung pang pung pang. Lepas tu pegi UPSI balik. Nak kena 'jumper' (betul ke eja ni?) kereta Cikgu Faiz dengan kereta kawan Encik Suami. Fuhh.. lega sebab kereta dah boleh start. Kurang asam keping punya bateri. Hidup-hidup kena tipu ye. Tak boleh pakai lampu bateri tu. Huhu.
Bila kereta dah boleh start, apa lagi terus memecut ke workshop tadi. Terus tukar bateri baru. Terbang RM170 pada hari tersebut. Huhuhu. Nasib baik la masalah bateri je. Kalau lain yang rosak risau jugak nak menunggunya. Selesai je urusan kereta terus pergi makan lepas tu pergi UPSI semula untuk paper yang kedua pulak. Nasib baik sempat masuk kalau tak terpaksa menebalkan muka sebab masuk lambat. Itulah alkisahnya.... Hehe. Sekian.




Yang menaip,

Sabtu Ahad Exam | Hannani Kena Tinggal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

03 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<


Esok pagi-pagi dah kena gerak ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ada exam dua paper. Satu paper bermula pada jam 9.00 pagi dan satu paper lagi jam 2.30 petang. Harap-harap esok dapat soalan objektif. Senang sikit nak tembak. Huhu. Cikgu Faiz tak baca buku sebab buku ada di Puchong. Encik Suami tak jumpa pulak buku tu. Aduiyai. Sabar je la. Jumaat lepas pon exam pulak pon tak baca buku. Dapat je soalan terkejut beruk sebab soalan esei. Huhuhu. Rasa macam nak keluar je dari bilik peperiksaan tu. Last last jawab je la mana yang ingat. Itu pon tak tahu betul ke tak. Redah jer. Janji jawab :p






Hari Ahad pulak ada satu paper lagi bermula jam 9.00 pagi. Lama betul nak tunggu cuti semester ni. Esok lusa jugak Hannani akan ditinggalkan bersama atok dan nenek begitu juga Faqih. Faqih tu takpe la sebab dan besar. Hannani ni baby lagi terasa sayu nak tinggalkan dia. Huhu. Takpe la. Nanti pon akan kena tinggal jugak sebab Cikgu Faiz nak pergi kerja. Hmmm.... 


<KLIK SEKALI JER>


Yang menaip,

CPUV Ke-8 | Kotex Overnight | Thanks Nuffnang !!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sejak akhir-akhir ni Cikgu Faiz dah jarang dapat update entri hari demi hari. Semalam langsung tak nampak batang hidung. Hari ni baru dapat munculkan diri. Hehe. Mulai dari hari ini Cikgu Faiz akan dapat update entri dua hari sekali. Ini kerana Cikgu Faiz akan memulakan misi menjadi pelajar PJJ untuk semester ke-3. Rindu nak buat assignment dan jawab forum. Huhu. Hujung minggu ni pulak ada tutorial di UPSI. Fuhh... minggu ni memang padat giler dengan kerja dan tugasan sebagai pelajar. Adakah yang senasib dengan diri ini?


Walaupun semalam langsung tak update apa-apa dan blogwalking, tetapi Cikgu Faiz tetap mendapat CPUV! Wah! Dapat CPUV terbaru dari nuffnang. Alhamdulillah. Nuffnang tak jemu-jemu memberi semangat kepada blog DingDang ni dengan mendermakan CPUV terbaru iaitu Kotex Overnight.






Inilah yang dikatakan rezeki. Terima kasih nuffnang di atas pemberian CPUV ke-8 ini. Tak lupa juga terima kasih kepada Kotex Overnight ^ ^ Nampak gayanya ada tiga CPUV yang sedang berjalan tika dan saat ini. Hehe. U-Mobile dan Astro Fear Factor masih belum melabuhkan tirainya. Harap lama la duduk di blog ni ya. Wink wink. 


Kalau korang nak dapatkan CPUV macam Cikgu Faiz ni boleh la baca tips di bawah ini ------------->>>TEKAN


Kepada mereka yang masih belum menerima kunjungan dari Cikgu Faiz jangan la marah ye. Cikgu Faiz kena datang secara slow and steady. Hehe. Harap korang faham. Sekian.


Nak tahu isu-isu terkini yang berlaku di Lahad Datu? TEKAN SINI


Salam sayang,

Lima Subjek Semester Ke-3 PJJ



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Petang tadi Cikgu Faiz update tentang keputusan semester dua. Kali ni Cikgu Faiz nak update tentang subjek-subjek untuk semester yang ketiga. Kalau semester yang lepas cuma ada empat mata pelajaran, kali ni dah tambah satu lagi menjadikan jumlah subjek adalah lima. Bermakna assignment pon akan bertambah. Huhuhu.



Tiga subjek paling atas merupakan subjek major bagi opsyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Manakala dua lagi merupakan subjek wajib. Apa pun semester ni akan lebih mencabar dengan penambahan subjek dan subjek yang bukan dalam bidang Cikgu Faiz iaitu subjek Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Harap-harap kali ni akan dapat pensyarah yang okey dan tak kedekut markah. Sekian.




Salam sayang,

Belajar Dari Kesilapan



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah... Hari kedua berada di kampung halaman. Malam tadi meriah betul dengan bunyi mercun. Namun begitu, ianya langsung tidak menggugat ketenteraman Cikgu Faiz untuk tidur lena. Hehe. Selamat Tahun Baru Cina, Happy Chinese New Year dan Gong Xi Fa Cai kepada penduduk Malaysia yang meraikannya khususnya kepada kaum cina ^ ^


Hari ni Cikgu Faiz nak share keputusan peperiksaan + assignment untuk semester yang kedua baru-baru ini. Takde la dapat cemerlang tapi keputusan kali ni lebih baik dari semester satu tahun lepas. Bersyukur sangat sebab kali ini ada peningkatan dari segi pointer sem dan gred purata.




Kali ni Cikgu Faiz dapat 1A, 2B, 1C. Bila dah bekerja sambil belajar ni memang dah tak fikir nak cemerlang. Apa yang penting lulus dan dapat meneruskan pengajian di peringkat yang seterusnya. Jauh di sudut hati Cikgu Faiz pon teringin juga nak dapatkan keputusan yang lebih baik dari yang ini tapi apakan daya, bukan senang nak bahagikan masa dengan kerja dan menjadi seorang pelajar. Lagi pulak sekarang dah berstatus puan makin bertambah la tanggungjawab yang harus dipikul. Mereka yang mengalami situasi seperti ini mungkin faham.


Sebenarnya banyak sangat dugaan sebelum Cikgu Faiz mendapat keputusan seperti di atas terutamanya bagi subjek Pengantar Bahasa Melayu dan subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Dua subjek tu betul-betul membuat Cikgu Faiz tidak tentu arah sekejap. Kalau diingat balik kelakar pun ada dan Cikgu Faiz akan jadikan ianya sebagai pengajaran supaya lebih teliti dan tidak membuat tugasan 'last minute'. Hehe.


Pengantar Bahasa Melayu

Subjek ni ada dua tugasan dan selalunya setiap tugasan mempunyai dateline yang berbeza. Tapi entah macam mana Cikgu Faiz boleh tak perasan yang tarikh penghantaran kedua tugasan tersebut adalah sama. Memang cuak giler sebab Cikgu Faiz cuma menghantar tugasan satu sahaja manakala tugasan kedua tidak dapat dihantar secara online kerana telah disubmit kepada pensyarah e-learning secara online ! Ayoyo macam mana ni?? Apa lagi terus private mesej dekat pensyarah tersebut memaklumkan perkara itu dan meminta beliau supaya membuka kembali tapak penghantaran tugasan tersebut. Dalam masa yang sama Cikgu Faiz menghantar tugasan tersebut melalui pos sebagai backup jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Beberapa hari kemudian pensyarah tersebut membalas mesej dan meminta Cikgu Faiz menghantar tugasan kedua melalui emailnya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Satu lagi masalah besar terjadi kerana Cikgu Faiz cuma membaca mesej itu setelah tempoh penghantaran tugasan itu telah tamat. Alamak !! Habis la kali ni. Huhu. Tapi Cikgu Faiz tetap submit assignment tu melalui email. Dalam hati terfikir mesti result subjek ni teruk. Hati memang dah tak keruan sebab takut gagal subjek tu. Aaaa !!! Saya tak nak repeat ! Tapi, Alhamdulillah.... Pensyarah tersebut memberi gred B+. Terima kasih Dr. ^ ^. Saya sangat hargainya. Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik Dr. kepada saya. Huhu.


Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2

Bagi subjek ni semua pelajar dikehendaki membuat rakaman pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara penghantaran adalah dengan memuat naik video tersebut di laman youtube dan mengambil url video tersebut untuk dihantar melalui tapak assignment yang telah disediakan. Tapi Cikgu Faiz tak dapat nak memuat naik video tersebut kerana tempoh masa video yang agak lama iaitu hampir 30 minit telah menyukarkan Cikgu Faiz untuk memuat naik video itu. Akhirnya Cikgu Faiz mengambil keputusan dengan mengepos CD sahaja. Syukur Alhamdulillah sebab pensyarah tersebut telah menerima tugasan Cikgu Faiz tu :).


Forum

Menjawab forum juga dapat menyumbang markah bagi sesuatu subjek. Masa semester satu Cikgu Faiz agak malas nak jawab forum jadi sebab itulah pointer agak kureng. Untuk semester kedua ni Cikgu Faiz banyak menghabiskan masa dengan menjawab forum. Ternyata sagala usaha Cikgu Faiz ada juga hasilnya :). Terima kasih ya Allah.


Sorry la kalau entri kali ni agak panjang lebar. Hehe. Sekian.




Salam sayang,

Tutorial : Cara Zip File Dalam Satu Folder

Assalamualaikum.


Malam ni Cikgu Faiz terpanggil untuk membuat tutorial berkaitan dengan program Pendidikan Jarak Jauh iaitu subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Cikgu Faiz baru je selesai submit assignment ni tadi. Malas dah nak simpan nanti mula la internet buat hal. 


Masa menghadiri kelas pada Sabtu lepas, ada yang bertanya macam mana kita nak zip kan file. Tapi masa tu Cikgu Faiz memang tak pandai langsung sebab tak pernah buat. Huhu. Jadi bila dah berjaya submit tu rasa lega sangat dan Cikgu Faiz ingin berkongsi dengan rakan-rakan PJJ cara untuk membuatnya. Tapi ini hanya cara untuk zip sahaja. Terima kasih kepada Rabizah kerana sudi mengajar tadi. Hehe.


Jom ikut langkah demi langkah...




Buat satu folder dekat desktop yang berkaitan dengan powerpoint cikgu. Macam Cikgu Faiz dalam satu folder tu ada powerpoint, video dan microsoft word. Jadinya ada tiga benda. Tengok gambar di atas. Klik gambar untuk lebih jelas.




Inilah file yang ada dalam folder tadi.




Lepas tu cikgu klik edit > select all > klik kanan > send to > compressed (zipped folder)




Lepas tu automatik akan jadi macam sebelah anak panah tu. Siap. Cuba cikgu klik file yang telah dizip tu tengok ada tak semua benda dalam tu. Kalau ada dah menjadi la tu :)




Lepas tu macam biasa cikgu kena upload dulu dekat siswa. Yang paling penting cikgu mesti upload file yang telah dizip tadi ye. Pastikan file tersebut diupload sebagai 'presentation' dan bukan 'document'.


Selamat menghantar tugasan !!




With love..,

Kohort 3 - Semester 2

Assalamualaikum.


Sekarang ni Cikgu Faiz berada di UPSI. Untuk apa? Bagi mengikuti kelas Pendidikan Jarak Jauh. Diam tak diam Cikgu Faiz sudah berada di semester ke-2. Semalam dan dapat dua assignment. Satu KRB3033-Pengantar Bahasa Melayu dan yang ke-2 subjek KPF3012-Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah dan Dasar. Ha... lepas ni Cikgu Faiz akan semakin sibuk dengan assignment dan forum. Entah ada masa ke tidak nak blogging pon tak tahu la....


Hari ni pulak Cikgu Faiz dapat assignment bagi subjek KPD3026-Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Dan assigment ke-4 KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Assignment ke-4 ni mungkin agak seronok sikit kot sebab semua pelajar dikehendaki membina blog. Yeay... seronok sebab Cikgu Faiz dah ada blog ni jadi tak perlu la nak bersusah-payah membuat blog lain kan? Cikgu Faiz ingat nak guna blog ni je cuma pengisiannya mungkin akan lebih kepada apa yang pensyarah mahukan. Cikgu Faiz harap korang takkan terkejut pulak bila tengok blog Cikgu Faiz ni. Hehehe. Cikgu Faiz amat mengharapkan sokongan daripada korang semua yang tak jemu-jemu membaca apa yang ditaip oleh Cikgu Faiz selama ini.






p/s : Harap korang tak jemu berada di blog ni dan sentiasa tinggalkan jejak di ruangan chat. Cikgu Faiz akan cuba mencuri sedikit masa untuk blogwalking di blog korang pulak ye walaupun keadaan semakin sukar sekarang ni. HUEHUEHUE...




With ♥..,

Tersesat Jua Akhirnya....



Assalamualaikum.


Hari ni merupakan hari pertama saya menduduki peperiksaan di UPSI cawangan baru. Peperiksaan di jadual bermula pada jam 9.00 pagi. Pada hari ini juga saya terpaksa memandu bersendirian kerana suami bekerja. Mula-mula tu dia ada offer untuk hantar saya tapi saya buat jual mahal pulak. Konon nak test drive ke sana sendiri. 


Akan tetapi, nasib kurang menyebelahi saya apabila saya telah tersilap masuk lorong. Huhu. Apalah nasib saya ni? Habis la lambat sampai nanti. Hati saya dah risau sangat. Lepas tu saya nampak signboard yang tertulis perkataan IPOH dan tanpa membuang masa saya terus memecut secara berhemah. Debaran masih belum tamat apabila saya mendapati bahawa untuk sampai ke tempat yang dituju masih memerlukan 200 lebih kilometer perjalanan lagi. Arrggghhh !!! Sempat ke tak ni nak sampai sebelum pukul sembilan? Saya bertolak pada jam tujuh pagi. Saya hanya mampu berserah. Dengan tidak semena-mena saya telah berjumpa semula jalan untuk ke Tanjung Malim. Yeayyy!!! Fuhh... lega.... Saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga. 


Rupa-rupanya tidaklah jauh sangat untuk ke Tanjung Malim tu sebab ada 40 lebih kilometer saja lagi. Yang saya tengok tadi tu jalan untuk pergi ke Ipoh. Haha. Nak buat macam mana? Saya memang lemah bab jalan raya ni. Dah selalu pergi pon masih tak ingat jalan lagi.


Pengajaran : jangan jual mahal sangat. Kalau orang dah offer tu terima jer. Huhuhu

http://cikgufaizcute.says.com/recommendations/9tv-gig

UPSI | Kampus Baru




Assalamualaikum.


Hai bloggers. Dah lama sangat tak update blog kesayangan ni. Kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi gambar Universiti Pendidikan Sultan Idris cawangan baru yang terletak berhampiran dengan Proton City. Untuk pengetahuan semua, di sinilah Cikgu Faiz belajar PJJ. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan Cikgu Faiz akan ke sini untuk menuntut ilmu.


Tanpa membuang masa jom kita tengok gambar pemandangan di UPSI. Oppss... terlupa pulak nak letak watermark dekat setiap gambar. Dah lama tak update semua pon lupa :)








Kohort 3 : Program Pensiswazahan Guru



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Hari ni Cikgu Faiz sibuk sangat-sangat. Pagi tadi bertolak ke UPSI kira-kira hampir jam 7 pagi jugak. Sampai kampus lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai-sampai terus online laman web PJJ sebab nak cari nombor kumpulan.


Memang tak puas hati la sebab pihak universiti memang takde langsung bagitahu apa-apa mengenai kelas kami. Pandai-pandai la cari sendiri. Rupa-rupanya kelas PJJ bukanlah di kampus induk UPSI. Kelas kami terletak di bangunan UPSI yang baru jalan menghala ke Proton City iaitu di Kediaman UPSI.


Memang confident giler masa masuk kelas sebab dah tanya dengan kawan-kawan yang lain. Kumpulan Cikgu Faiz B02. Dipendekkan cerita, yang sebenarnya Cikgu Faiz telah tersalah masuk ke kelas. Kelas yang sebenar-benarnya adalah di Proton City. Aduhai... kenapa la jadi macam ni? Menyusahkan betul. Tak boleh ke tampal senarai nama dekat setiap kelas? Kan mudah nak jejak. Memang ramai yang tersalah masuk kelas. Pensyarah pon dok geleng kepala melihat gelagat cikgu-cikgu yang asyik keluar masuk kelas. Apa nak buat? Lain kali rancang la betul-betul sebelum nak mulakan kelas.




Apa-apa pun hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan. Asyik nak mencari dari pagi sampai malam. Cari apa? Ha, ni dia senarai pencarian Cikgu Faiz.

1. Kelas

2. Kedai makan

3. KFC

4. Hotel Bunga Raya


Pertanyaan : ada tak blogger di sini yang ambik PJJ di UPSI?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...