1
Orang Memberi Komen

Semester Baru PJJ Di UPSI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 16 September 2016


Selamat Hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia ! Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izin dariNya Cikgu Faiz masih lagi berjuang demi menggenggam segulung ijazah dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Belajar secara jarak jauh (PJJ) ini bukanlah mudah. Ianya sangat mencabar terutamanya bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak serta dalam masa yang sama turut bekerja. Ianya merupakan satu pengalaman yang pasti akan diingati dan dirindui apabila tamat belajar nanti.




Sekarang ni Cikgu Faiz telah berada di semester 10. Kalau diikutkan sekarang ni Cikgu Faiz dah tamat pengajian dan akan konvo bersama rakan-rakan seperjuangan yang masuk bersama-sama dengan Cikgu Faiz empat tahun yang lalu. Apa pun, ada hikmah disebalik apa yang Cikgu Faiz lalui. Melihat status rakan-rakan yang gembira kerana akan graduate beberapa hari lagi membuatkan Cikgu Faiz lebih bersemangat dan tak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian. Semoga Cikgu Faiz diberi kekuatan.




Inilah subjek pada semester 10 di UPSI. Ada enam subjek kesemuanya. Memang mencabar sangat diakhir semester ini. Hujung bulan 12 dah mula exam. Sekarang dah bulan 9. Macam lipas kudung la Cikgu Faiz nanti. Silap-silap ada yang tak tido malam. Hihi. Diharapkan juga abang Hakim dan Hannani akan memberikan kerjasama kepada bonda. Bila dah mula sibuk dengan tugasan dan forum mungkin anak-anak akan kurang diberi perhatian. Sabar la nak.... Lepas bonda habis exam bulan satu nanti boleh la tumpukan perhatian pada anak-anak pula sebab dah cuti semester kan. Buat masa sekarang ni bermanja la dengan abah dulu ye. Huhuhu. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

littlesjune said...

moga allah permudahkan setiap urusan dalam pembelajaran cikgu faiz, amin ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...