4
Orang Memberi Komen

Train To Busan | Sinopsis | Watak-Watak Korea VS Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 18 September 2016





Dah tengok filem korea Train To Busan? Ianya berkisarkan tentang zombie dan sarat dengan mesej dan nilai-nilai murni. Ramai yang kata filem ni best dengan jalan cerita yang mendebarkan. Train To Busan mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang terlalu ingin pergi ke Busan untuk bertemu dengan ibunya. Perjalanan ke Busan dengan menaiki keretapi serta ditemani oleh ayahnya telah membawa kepada satu episod yang menakutkan di mana secara tiba-tiba hampir kesemua penumpang di dalam keretapi tersebut bertukar menjadi zombie.


Rugi kalau tak tengok filem ni sebab ianya memang best sangat sebab hero dia handsome. Hahaha. Nak kata hero tu tak jugak sebab akhirnya hero tu jadi zombie jugak. Huhu. Hero sebenar dalam filem ni adalah budak perempuan tu dan juga wanita yang sarat mengandung. Kenapa Cikgu Faiz kata hero? Sebabnya hanya mereka berdua sahaja yang terselamat daripada menjadi zombie.


Kalaulah Train To Busan dilakonkan oleh pelakon-pelakon di Malaysia ni mesti gempak juga kan. Ini antara watak-watak utama yang sesuai dilakonkan oleh pelakon-pelakon di Malaysia. Cikgu Faiz jumpa ni di facebook. Kredit untuk saudara Nama Saya Fauze.



Watak bapak budak dilakonkan oleh Rosyam Nor. Boleh la.





Watak budak perempuan dilakonkan oleh Puteri Balkis. Boleh la.





Watak suami perempuan mengandung dilakonkan oleh Johan Raja Lawak. Ini tak boleh blah. Hahaha.





Watak perempuan mengandung dilakonkan oleh Rita Rudaini. Sesuai sangat.





Watak budak sekolah dilakonkan oleh Kila Fairy. Sesuai jugak.





Watak budak sekolah dilakonkan oleh Hazama. Okey la.





Watak paling jahat yang ada dalam keretapi dilakonkan oleh Dato Jalaludin Hasan. Memang sesuai sangat sangat. Hahaha.


Apa pula kata anda?


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
4 Comments

4 orang comel dah komen:

Zasillah Ariffin said...

sedih sangat sangat sangat cerita ni :(

Lea Azleeya said...

Sedih sangat cite ni.. sob sob sob..

Radhia Razali said...

Yang jalaluddin hassan, macam tak kena pulak..Muka tak cukup kejam macam pelakon korea tu..hehe

Mud Bahulu D'Qaseh said...

gambar last saya jumpa dalam fb ada org kata supa dgn zahid hamidi ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...