1
Orang Memberi Komen

Cara Tukar Nama Di Facebook



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 17 September 2016


Fuhhh..... akhirnya berjaya jugak Cikgu Faiz menukar nama di facebook. Pada mulanya Cikgu Faiz tak ambik port sangat bila ada yang dapat amaran dari facebook bahawasanya pengguna facebook perlu menukar nama samaran kepada nama penuh atau pun akaun facebook akan terus dipadam jika tidak berbuat demikian. Sebabnya sampai ke hari ini Cikgu Faiz masih tak dapat sebarang amaran dari facebook. Tapi bila Cikgu Faiz dapat tahu ada akaun facebook yang dah kena padam tanpa mendapat sebarang amaran, itu yang Cikgu Faiz terpanggil untuk terus menukar nama. Sebelum ini nama facebook Cikgu Faiz > Nurul Faiz Drifter. Sekarang ni dah diubah kepada > Nurul Faiz Jamaludin


Pada mulanya Cikgu Faiz nak tukar guna handphone je tapi cari-cari tak jumpa pulak. Jadi, jalan penyelesaiannya tukar guna laptop. Rasanya mesti ramai yang dah tahu cara-cara nak tukar nama di facebook kan. Tapi Cikgu Faiz nak kongsikan juga manalah tahu kot-kot ada yang terlupa. Hihi. Boleh ikut langkah-langkah yang Cikgu Faiz tunjukkan di bawah ni ye.



Rajah 1 : Dekat bahagian HOME tu korang klik butang yang bertanda no 1. Lepas tu klik pula di bahagian SETTINGS.





Rajah 2 : Akan keluar macam ni. Korang klik je EDIT yang ada di bahagian NAME.





Rajah 3 : Akan keluar seperti ini. Isi nama dan klik REVIEW CHANGE.





Rajah 4 : Bila dah keluar macam ni, korang pilih je pilihan nama yang korang nak. Lepas tu masukkan kata laluan facebook korang dan klik SAVE CHANGES.



Dah siap ! Boleh la view facebook dengan nama yang baru. Hihi. Moga bermanfaat. Sekian.



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
1 Comments

1 orang comel dah komen:

Radhia Razali said...

Thanks for sharing this info. BTW, do follow my blog at http://penselduabee.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...