Kohort 3 : Program Pensiswazahan Guru



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Hari ni Cikgu Faiz sibuk sangat-sangat. Pagi tadi bertolak ke UPSI kira-kira hampir jam 7 pagi jugak. Sampai kampus lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai-sampai terus online laman web PJJ sebab nak cari nombor kumpulan.


Memang tak puas hati la sebab pihak universiti memang takde langsung bagitahu apa-apa mengenai kelas kami. Pandai-pandai la cari sendiri. Rupa-rupanya kelas PJJ bukanlah di kampus induk UPSI. Kelas kami terletak di bangunan UPSI yang baru jalan menghala ke Proton City iaitu di Kediaman UPSI.


Memang confident giler masa masuk kelas sebab dah tanya dengan kawan-kawan yang lain. Kumpulan Cikgu Faiz B02. Dipendekkan cerita, yang sebenarnya Cikgu Faiz telah tersalah masuk ke kelas. Kelas yang sebenar-benarnya adalah di Proton City. Aduhai... kenapa la jadi macam ni? Menyusahkan betul. Tak boleh ke tampal senarai nama dekat setiap kelas? Kan mudah nak jejak. Memang ramai yang tersalah masuk kelas. Pensyarah pon dok geleng kepala melihat gelagat cikgu-cikgu yang asyik keluar masuk kelas. Apa nak buat? Lain kali rancang la betul-betul sebelum nak mulakan kelas.




Apa-apa pun hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan. Asyik nak mencari dari pagi sampai malam. Cari apa? Ha, ni dia senarai pencarian Cikgu Faiz.

1. Kelas

2. Kedai makan

3. KFC

4. Hotel Bunga Raya


Pertanyaan : ada tak blogger di sini yang ambik PJJ di UPSI?

4 comments:

Koding said...

Selamat belajar...

Jemput singgah ke blog Koding...

Koding said...

Selamat belajar...

Jemput singgah ke blog Koding...

tunz said...

wah..amik course apa faiz?kelas weekend je ke ikot jadual disediakan.moga tabah harunginya

Nurul Faiz Bikers said...

@tunz
amik kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak :) tima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...