Isnin Ini Mula Bekerja | Hannani Tidak Mahu Minum Susu Botol



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 08 Februari 2014


Diam tak diam sudah hampir tiga bulan Cikgu Faiz bercuti. Hari Isnin ini akan mula bekerja seperti biasa. Hannani dan abang Faqih akan tinggal di taska. Abang tu tak risau sangat sebab dia dah terbiasa dengan keadaan di taska. Yang merisaukan Cikgu Faiz sekarang ni adalah Hannani. Sebabnya Hannani tak nak minum susu botol. Huhuhu. Masa lepas 44 hari aritu Hannani nak jugak minum susu botol. Awal-awal dah latih dia minum susu botol. Alhamdulillah dia nak. Bila masuk dua bulan dan Cikgu Faiz balik bercuti di rumah mertua, terus dia tolak susu botol. Huhuhu. Nak menangis rasanya. Macam mana bonda nak kerja kalau Hannani tak nak minum susu. 


Tapi kan... perangai Hannani ni sama macam abang dia masa mula-mula nak hantar ke taska dulu. Bila Cikgu Faiz bagi susu botol dia tak nak minum. Lepas tu hantar ke taska elok pulak dia minum. Huhu. Harap-harap Hannani pon sama jugak macam abang dia. Mungkin Hannani nampak muka bonda sebab tu dia tak nak susu botol. Huhu.




Sudah tiga jenis susu Cikgu Faiz bagi Hannani. First, Dulac Dumex. Second, Friso Gold dan yang terbaru susu Mamex. Dia tetap menolak. Huhu. Puting pon dah bermacam jenis pon sama jugak. Huwaaa... Susah hati betul bonda dibuatnya. 




Rasanya hari Isnin ni Cikgu Faiz takkan dapat bekerja dengan tenang sebab akan memikirkan keadaan Hannani di taska. Harap Hannani akan minum susu botol dengan pengasuh di taska. Lain-lain takde masalah cuma ini sahaja masalah yang paling besar. Huhuhu. 


Ada tak sesiapa yang mengalami situasi seperti Cikgu Faiz ni? Kalau ada tips tu kongsi-kongsi la ye :) Sekian.




Yang menaip,

Exclusive Giveaway by Mieya Atiera



Assalamualaikum :)

klik banner untuk join.

Sebanyak 107 hadiah menanti pemenang bertuah.


(
klik untuk ketahui senarai hadiah)






Yang menaip,

1st Mini Giveaway 2014 by Shad



1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!


Apa ni terjerit-jerit pulak --> KLIK


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...