Aktiviti hari ini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru dapat menaip semula. Hehe. Hari ni juga sama seperti hari semalam dan sebelumnya. Cikgu Faiz masih lagi sibuk dengan aktiviti sebelum menjelangnya hari pertama persekolahan. Cuma yang bezanya hari ni tiada mesyuarat. Hari ni cuma ada Hari Pendaftaran Murid Tahun Satu dan ujian diagnostik. Cikgu Faiz bertugas di kelas Satu Fokus. Kerjanya cuma memantau murid menjawab soalan. Sesudah itu kena tanda kertas murid dan menunggu ibu bapa datang menjemput anak-anak mereka.
Tadi ada juga beberapa orang bekas anak murid Cikgu Faiz yang berada di kelas tersebut. Mereka ialah Hazmiera, Amirah, Diana, Fakhira, Natasha dan Irdina. Tadi sempat juga tengok diorang punya jawapan. Yang geramnya ada pulak yang tulis huruf terbalik. Hmm.. mentang-mentang la cuti lama ye. Sabar je la. Yang paling seronok sekali apabila dua orang murid Cikgu Faiz berjaya mendapat markah seratus peratus. Yang lain-lain tu tak tahu la macam mana keputusan mereka. Harap-harap tak masuk linus.
Selesai je program tadi cepat-cepat pergi ke kelas Prasekolah untuk menyambung kembali tugasan yang masih belum siap. Susun atur perabot dah siap. Buku-buku pon dah hampir siap. Cuma nak buat label nama murid aje. Penat betul dua tiga hari ni. Esok nak pergi ambil pakaian prasekolah di PPD pulak. Lepas tu hari Ahad kena menjawab soalan peperiksaan pulak. Modul pon tak habis baca lagi ni. Hehe.
Sekian.
FORMULA NIPPON?
Yang benar,
8 comments:
mengajar pra sekolah mesti best.. seronok melayan..mesti anak murid banyak tanya nanti
dah nak bukak sekolah ni, mesti semua cg bz,, selamat menjalankan tugas cg faiz (^___^)
wah bznya cikgu kita ni hehe
@trah zain
terima kasih, Trah :)
selamat melayan karenah bebudak baru nanti cikguuuuu hihihihi
@uncle
terima kasih, uncle. tak sabar nak jumpa anak-anak baru. hehe.
salam cikgu
Melawat cikgu di malam sabtu
tlg klik sikit ya..hehe
Post a Comment