Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni Cikgu Faiz sekeluarga mengambil kesempatan pergi berjalan-jalan ke i-City yang terletak di Shah Alam. Heh, baru pertama kali datang ke sini tau. Hari siang ni tak meriah dengan lampu-lampu yang bergemerlapan. Kalau datang malam mesti cantik. (Ayat macam nak pergi lagi je :p). Pertama kali nak sampai ke i-City ni boleh pula tersesat jalan. Hehe. Tersesat itu wajib okey.
Antara tempat-tempat yang Cikgu Faiz jelajah ialah Trick Art Museum. Tengok dari luar macam tak best je. Masuk-masuk je barulah rasa teruja apabila melihat lukisan-lukisan yang macam 'real'. Hehe. Trick Art Museum ini menawarkan lebih dari 100 posisi seni helah benar untuk diterokai. Lukisan bebas tangan di dinding dan lantai oleh pelukis-pelukis antarabangsa merangkumi 5 tema yang menarik iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan adiwira klasik.
Setiap exhibit kelihatan berbeza dari sudut berlainan dan kesan seni helah mata ini lebih menonjol di bawah lensa kamera. Kepada mereka-mereka yang sukakan kesenian tu amat sesuai untuk berkunjung ke sini. Datang tu jangan lupa bawa kamera okey. Kalau tak menyesal tak sudah pulak. Hehehe. Oh ya, bayaran masuk tadi RM5 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak yang berketinggian di bawah 90cm, masuk adalah percuma (seperti Faqih). Heheh.
Faqih bersama haiwan zaman purba. Muka takut.
Beraksi di bingkai gambar dan mengimbangi badan supaya tidak terjatuh ke dalam gaung. Takuttt.
Nak panjat tangga. Faqih pon sibuk nak panjat.
Tolak jangan tak tolak. Beratnya...
Cermin.
Nak turun tangga.
Eh, jaga-jaga nanti kena hempap pulak. Huhu.
Zirafah yang kuat makan.
Angel dan dinasour yang garang.
Tajamnya gigi dia...
Mendaki bukit. Faqih pon nak join jugak.
Dalam sungai ada buaya. Ngapp !
'Kiss' ikan comel, tarik duit sotong dan hantu....
Spiderman, kecemasan dan tangga ke syurga.
Dah puas bergambar di Trick Art Museum kami terus menuju ke tempat yang dinanti-nantikan sejak sekian lama lagi. Hehe. Yeah, snowalk i-City. Sejuk betul dekat dalam tu. Faqih awal-awal lagi dah pakai stoking. Tak puas rasanya berjalan-jalan di dalam 'bilik' snowalk tu. Tak boleh nak duduk lama-lama sebab sejuk. Hidung pon dah naik merah. Bayaran masuk tadi RM25. Faqih macam biasa la percuma. Hehe. Kalau datang selepas jam 6 petang harga mahal sikit. Tak ingat pulak berapa. Bila dah bayar tu anda akan mendapat baju sejuk untuk dipakai secara percuma. Yang lain-lain tu Cikgu Faiz tak pasti pulak kena sewa atau beli seperti kasut, penutup telinga dan lain-lain.
Cikgu Faiz dan budak korea mana entah. Huhu.
Steady kan Faqih.
Teruja Faqih nak jalan-jalan atas ais.
Dah mula dah buat muka takut. Eh, ini muka sejuk pulak. Hehe.
KLIK KLIK !
4 comments:
Ta penah pi laagi hihi
dah pergi tp tak leh msuk snow walk tuh sbb ank2 bwh 3 thun..huhuhu
trick art museum??
x pnah pegi lagii..
nmpk best !
tak pernah sampai sana lagi huhuhu
Post a Comment