google.com.my
Aras : Tinggi
Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
- Mengenali garisan berduri sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berduri.
- Menghasilkan garisan berduri secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan berduri.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan model durian yang mempunyai duri yang tajam.
Persediaan guru : Menyediakan model atau gambar durian dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan model atau gambar durian yang mempunyai duri tajam dan bersoal jawab dengan kanak-kanak.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis garisan berduri berdasarkan corak duri tajam durian.
- Kanak-kanak melukis garisan berduri berdasarkan corak duri tajam durian.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain model atau gambar durian yang mempunyai duri tajam, guru juga boleh menunjukkan video atau objek lain yang mempunyai corak garisan berduri serta memastikan kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berduri.
Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Yang benar,
6 comments:
wah, nice sharing.. =)
bagus utk sesape yg de ank nih
eh, ingtkan garisan apa.. hehe
blh amik sbgai tips ni,, thx akak ^^,
Nota yang menarik :)
Nota yang menarik :)
Hii slm kenal..singgah sini ye
Post a Comment