google.com
google.com
Aras : Sederhana
Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
- Mengenali garisan berlingkar sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berlingkar.
- Menghasilkan garisan berlingkar secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bulat.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan gula-gula lolipop.
Persediaan guru : Menyediakan gula-gula lolipop yang mempunyai corak garisan berlingkar dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan gula-gula lolipop kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada gula-gula lolipop.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis garisan berlingkar.
- Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada gula-gula lolipop dan melukis garisan berlingkar.
- Kanak-kanak mempamerkan mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain gula-gula lolipop, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan berlingkar serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berlingkar.
google.com
Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Berpeluang memenangi RM500,000 dengan CIMB Bank. Jangan lepaskan peluang ini ! KLIK !
With love..,
3 comments:
thanks share tips nih....
sedap la pulok tgk lollipop tu...tips yg menarik...blh ajar anak kt umah..
blog yang menarik!
Post a Comment