- Mengenali garisan putus-putus sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan putus-putus.
- Menghasilkan garisan putus-putus secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan putus-putus.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain yang mempunyai jahitan garisan putus-putus.
Persediaan guru : Menyediakan kain jahitan yang mempunyai corak garisan putus-putus dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan kain jahitan yang mempunyai garisan putus-putus kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis garisan putus-putus.
- Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain dan melukis garisan putus-putus.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain kain yang mempunyai jahitan garisan putus-putus, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan putus-putus serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan putus-putus menegak, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan putus-putus melintang bersama kanak-kanak.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan putus-putus.
Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
With love..,
2 comments:
nice hehee :)
@shidaR
terima kasih shida :)
Post a Comment