google.com.my
- Perbehendaharaan kata yang terhad.
- Menunjukkan kelemahan yang amat ketara apabila mengekspresi dalam bentuk tulisan, sehingga terdapat perbezaan jelas antara kemahiran verbal (lisan) dengan karangan.
- Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua.
- Kesukaran membaca not muzik.
- Gred yang rendah dalam banyak kelas.
- Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah.
Peringkat Dewasa
Orang dewasa yang mengalami disleksia lazimnya akan melalui pengalaman pendidikan sama seperti yang dinyatakan pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Selain itu, mereka juga :-
- Membaca dengan lambat.
- Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali bagi memahaminya.
- Selalu silap mengeja.
- Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan.
- Tidak suka menulis memo atau pun surat.
- Masih mengalami masalah dengan arah seperti kanan dan kiri.
- Sering sesat, walaupun di kawasan biasa.
- Kadang kala keliru antara "b" dengan "d" terutamanya semasa penat atau pun sakit.
Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yang benar,
4 comments:
Anak sepupu kakak ada disleksia ini. Masa tadika dan sekolah rendah sepupu kakak tak perasaan ingatkan tulis terbalik tapi rupanya dia memang ada penyakit ini. Kesian sekarang dah bujang tapi sebab belajar tak begitu pandai kerja dia membantu di klinik ayahnya.
Perkongsian yang menarik ..
perkongsian yang baik ni kak...tengkiu share ada gak dgr pasal disleksia ni, tp x tahu apa maksudnya.
perkongsian yang baik ni kak...tengkiu share ada gak dgr pasal disleksia ni, tp x tahu apa maksudnya.
Post a Comment