Kuih Raya Paling Top.

Assalamualaikum


Beberapa minggu yang lalu, Cikgu Faiz telah pulang ke kampung halaman yang terletak di Bentong Pahang. Masa balik tu sempat jugak la tolong mak buat kuih raya. Korang suka tak makan biskut tart nenas. Cikgu Faiz ni kureng sikit bab-bab kuih raya ni. Tak berapa gemar. Kerepek tu berhantu la. Hehehe. Tapi kan, seronok jugak tolong mak buat kuih raya ni. Teringat zaman sebelum kawin dulu memang setiap tahun Cikgu Faiz akan turun padang untuk membantu apa-apa yang patut. HEHE.


Bila dah kawin ni masa agak terhad jadi ini saja yang dapat Cikgu Faiz sumbangkan untuk raya ni. Hehe. Cikgu Faiz bukan pandai pon buat kuih ni. Cuma tolong susun je. Lepas tu letak inti nenas tu boleh la. Bila dah masak tukang susun dalam balang pulak. Hehe. Itulah tugas Cikgu Faiz yang sebenar-benarnya. Huhuhu. Kalau dulu mak Cikgu Faiz siap ambil tempahan lagi. Jenuh pulak nak kena kira satu-satu. Kalau tersilap sikit je kena kira semula. Itulah antara kenangan Cikgu Faiz semasa membuat kuih raya.


Selalunya mak Cikgu Faiz akan buat kuih tart nenas, biskut mazola, biskut makmur, biskut cornflakes, rempeyek, kerepek pisang. Masa ada Cikgu Faiz dulu memang banyak kuih raya yang mak buat. Memang tak beli langsung. Contohnya macam biskut bangkit, semperit, almond london dan banyak lagi la. Dah lupa la mana taknya setahun sekali je buat kuih ni.





Budak tak puasa. Orang buat kuih dia pon sibuk jugak nak ke dapur.




Tart nenas yang telah siap dibakar.




Menarik tak ????




Macam ni la caranya ye murid-murid....




Sakit jari-jemari nak tekan tepung ni...




Sedang bersiap sedia untuk dibakar di dalam oven.


Apakah kuih raya yang paling korang suka sekali dan sebab apa? Jom kongsi...




With ♥..,

10 comments:

Mira Adzlia said...

hehe...sy pun buat kuih nih jugak... :)

Sally Yatiey said...

Sedapnyaaaa kuih raya :D

shidaR said...

uihhhh xsabar nak mkn nih ^_^

NURULHANIF said...

sedapnya.. sy pernah buat skli.. memang skit nak tekan2 tu.. huhu

~~oOpEt~~ said...

sedapnya tart :D pndai la cf buat.. hehe :D

Scarlett O'Hara said...

Tahun ni tak smepat buat kuih.Beli je.

Zana Adieyza said...

saya suka kuih almond london.. kalau dpt makan, rasa macam nikmat sgt2.. hihihi..

gebu2 kuih tart nenas tu.. mesti sedapppp..

salam kenal dari zana.. nice blog!

zatul_yayah said...

suka tart nenas!! sebab sedap sangat2..nyum3

jaakechik said...

jaa paling suka biskut arab...hehehhee... dan yg paling x suka dan anti ialah tat nenas la! x sedap! dari dulu sampai skrg, tak tau kenapa...

thomas said...

Pineapples tarts memang sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...