Aidilfitri Part 1

Assalamualaikum.


Alhamdulillah... kita bertemu lagi di blog DingDang yang tak seberapa ini. Lama jugak Cikgu Faiz menyepikan diri dari dunia maya ni. Rayalah katakan. Nak kumpul bahan banyak-banyak dulu lepas tu nak update sampai lebam. Hahaha. Tak sedar diri betul yang laptop ni tak boleh nak dibawa berunding langsung. Huh ! Tiba-tiba pulak nak menyirap.


Okey.. raya kali ni Cikgu Faiz pulang ke kampung atok suami yang terletak di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Ha, ada sesiapa yang kampungnya di situ jugak ke? Atau yang berhampiran dan yang sewaktu dengannya? Tapi itu tidak bermakna Cikgu Faiz tidak pulang beraya di kampung halaman tercinta. Cuma kali ni sesi beraya dimulakan di kampung sebelah suami dahulu. Kenalah adil kan? Barulah rumahtangga membawa berkat. Sempat pulak nak berceramah ye.


Tanpa membuang masa jom kita terjah gambar-gambar di pagi 1 Syawal ini. Tema tahun ini ialah ungu - merah jambu. Ada yang sama tema tak? Hehe. Meriah betul beraya kali ni. Ini cuma sebahagian gambar je. Ada banyak lagi karang tak larat pulak laptop ni nak upload banyak-banyak. Huhu.





Yang ni siapa tak kenal kan.. Faqih Bikers. Berbaju melayu ungu siap bersamping. Kopiah / songkok tak nak pakai. Grrr...




Sesi bermaafan dengan Encik Suami. Mintak maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum ye. Kenang daku dalam mimpimu. Tiba-tiba jer... Huuu..




Eh.. apa tarik-tarik ni? Nak bagi tu bagi je la. Ini je duit raya yang dapat. Jadilah...




Faqih yang obses dengan mainan bas.




Leb leb yang tak berapa nak jadi.




Faqih tak nak bergambar jadi abah dan bonda pon ambik kesempatan la pulak. Bila lagi kan...?


Nantikan episod yang ke 2 pulak untuk entry hari raya ni. Bye... Gambar kali ni tak sempat nak letak watermark sebab nak cepat sangat. Heee... :)



With ♥..,

4 comments:

unsecretostory said...

Sweetnya . Semoga bahagia selamanya . Aminnnn :D

Sally Yatiey said...

Sweet ^_^ Faqih comel pakai baju melayu.

shidaR said...

so sweet kak hehee.. :) kak umo bape eh?

Nurul Faiz Bikers said...

@shidaR
umo dah dua puluh lapan shida. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...