5
Orang Memberi Komen

Faqih Hakim di Prasekolah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Malam ni dah nak balik Puchong semula. Esok kena kerja. Huhu. Untung la sesiapa yang kerja kat kat Pahang ni esok cuti kan. Okey la, entri kali ni Cikgu Faiz nak cerita tentang aktiviti Faqih hujung minggu lepas. Nak dijadikan cerita Sabtu lepas sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar telah mengadakan satu gotong-royong bersama PIBG. Oleh kerana suami Cikgu Faiz ada kelas di UPM pada hari tu maka Cikgu Faiz terpaksa bawak Faqih ke sekolah.


Dengan berbekalkan susu, pampers, baju dan biskut, Faqih dengan gembiranya mengusung beg sekolah berodanya yang berwarna biru dan ada gambar angry birds tu. Huhu. Suka sangat dapat pergi sekolah. Oleh kerana keadaan Cikgu Faiz tidak mengizinkan untuk turut sama bergotong-royong, maka Cikgu Faiz membuat keputusan untuk menyiapkan sedikit kerja di kelas Prasekolah. Faqih pula bila dah dapat bongkah berwarna-warni terus senyap dan mula menjalankan aktivitinya. Hehe.



Seronok dapat main kat sekolah bonda.



Susun tinggi-tinggi jangan sampai jatuh.



Macam-macam cara msin pon ada.



Menulis pulak la.




Sambung main lagi.



Apa pun Cikgu Faiz teruja bila tengok Faqih dah pandai susun bongkah tu ikut warna. Faqih pulak lepas dan penat bermain boleh pulak tertidur di kelas pra. Huhu. Abah dia sampai pon tak sedar. Lepas ni kena la rajin bawak Faqih datang sekolah sebab nampaknya Faqih sangat berminat untuk belajar. Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
5 Comments

5 orang comel dah komen:

Azhafizah Md Nor said...

mesti dia seronok dapat ke sekolah :)

Niesa said...

seronok je faqih main ye..sampai tertdo..hehe

puteri kasih said...

seronok faqih dapat main kat sana yer :)

Noor Mala Binti Shahar said...

cantik kelas dia...pasti seronok belajar di sini


menabung challenge

Eraz Fadli said...

Asuh kecik-kecik, insyaallah besar-besar jadi insan yang berjaya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...