Selamat Tahun Baru !! Happy New Year !!! Entri pertama di tahun 2019. Semoga Cikgu Faiz akan lebih rajin mengemaskini blog ini. Berbalik kepada tajuk, Cikgu Faiz nak share satu lagi drama korea yang best dan sweet giler. Drama ini dulu pernah ditayangkan di saluran televisyen NTV7. Cikgu Faiz suka drama ni sebab ada watak kucing cute. Pandai kucing ni berlakon.
Drama Because This Is My First Life ini ada 16 episod dan membariskan pelakon-pelakon hebat korea. Yang menariknya dua pelakon utama drama ini menjadi cameo untuk drama What's Wrong With Secretary Kim? Masa tu mereka berdua jadi watak ibu bapa sewaktu muda kepada setiausaha Kim.
Lee Min Ki sebagai Nam Se Hee
Seorang perancang komputer unik yang memiliki sebuah apartment. Dia sedang mencari rakan serumah bagi membantu membayar sewa rumahnya setiap bulan. Nam Se Hee lebih suka menghabiskan masanya bersama kucing kesayangan daripada berkahwin.
Jung So Min sebagai Yoon Ji Ho
Seorang pembantu penulis skrip yang sedang berusaha untuk mencari rumah sewa. Ji Ho bercita-cita untuk menjadi penulis yang berjaya.
Esom sebagai Woo Su Ji
Kawan baik Ji Ho yang bekerja di sebuah syarikat.
Park Byung Eun sebagai Maa Sang Goo
Kawan Nam Se Hee di tempat kerja. Merupakan seorang ketua di tempat kerjanya.
Kim Ga Eun sebagai Yang Ho Rang
Kawan baik Ji Ho yang bekerja di sebuah restoran. Ho Rang mengimpikan untuk menjadi suri rumah tangga dan berkahwin dengan teman lelakinya.
Kim Min Seok sebagai Sim Won Seok
Teman lelaki Ho Rang. Mereka berdua sudah lama bercinta.
BECAUSE THIS IS MY FIRST LIFE
Nam Se Hee sedang mencari teman serumah yang dapat memenuhi kehendaknya selaku tuan rumah. Dia bekerja sebagai seorang perancang komputer di sebuah syarikat yang membuat aplikasi telefon bimbit. Waktu-waktu terluangnya hanyalah bersama kucing kesayangan. Secara kebetulan, Yoon Ji Ho juga sedang mencari rumah sewa. Secara tidak sengaja, kawan Nam Se Hee telah mencadangkan Yoon Ji Ho untuk menyewa bilik di rumahnya. Tanpa bersemuka, Yoon Ji Ho membuat keputusan untuk menyewa bilik di rumah Nam Se Hee tanpa mengetahui bahawa tuan rumahnya adalah seorang lelaki.
Semuanya berjalan lancar kerana mereka berdua belum bertemu di antara satu sama lain sehinggalah pada suatu hari Yoon Ji Ho terkejut apabila melihat Nam Se Hee berada di dalam rumah sewanya. Selepas kejadian itu, Yoon Ji Ho membuat keputusan untuk berpindah keluar dan mencari rumah sewa lain. Akan tetapi, disebabkan satu insiden telah membuatkan Yoon Ji Ho kembali semula ke rumah Nam Se Hee. Yoon Ji Ho tidak ada tempat untuk dituju. Meskipun mempunyai dua kawan baik, dia tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya.
Nam Se Hee berasa kasihan dengan Yoon Ji Ho. Dia membenarkan Yoon Ji Ho menyewa bilik di rumahnya. Setelah berbincang, mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin supaya dapat tinggal bersama sebagai penyewa dan tuan rumah.
Nak tahu lebih lanjut tentang drama ni kenalah tonton sendiri. Biasa la cerita pasal bercinta selepas berkahwin mesti ada banyak konflik. Yang lawak, watak Nam Se Hee tu memanjang serius je. Susah nak senyum tapi dia suka kucing. Hihihi. Selain watak pasangan ni, watak-watak lain pon ada konflik dia juga terutama kawan-kawan Nam Se Hee dan Yoon Ji Ho. Senang cerita anda bolehlah tonton sendiri ye. Dekat mana? Semestinya di VIU. Sekian.
p/s : lagu ost drama ni best.
Yang menaip,
2 comments:
Pandai kucing tu posing
suka citer ni. plot tu macam slow sikit tapi xpe.
heroin comey =D
Post a Comment