Lirik | Soyeon - I Feel Love (OST Hospital Ship)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 09 Februari 2018


Hari Jumaat datang lagi. Macam biasa la baru dapat nak update. Kali ni Cikgu Faiz nak share lirik lagu drama korea Hospital Ship. Sumber lirik ini adalah dari YouTube. Best jugak lagu ni. Kalau tak takkan la Cikgu Faiz sanggup bersusah payah menaip liriknya. Hihihi. Dekat bawah sekali ada disertakan klip video. Korang boleh la berkaraoke. Hihi.





Soyeon - I Feel Love

Haessari nunbusige nareul gamssa aneumyeon
Oneuldo keudae pume
Salmyeosi jami deulgo sipeoyo

I feel love, i feel love...
Han georeum han georeumssik naege dagaoneyo
I feel love, i feel love........
Jogeumssik nado mollae nae mam
Dagagago isseoyo

Haessari ttaseuhage nareul bichwo naerimyeon
Joyonghi nuneul gamgo
Nae yeope keudael geuryeoboayo

I feel love, i feel love...
Han georeum han georeumssik naege dagaoneyo
I feel love, i feel love......
Tteollineun naui mameul ije

Sumgil suga eopseul geot gata
Mudeodueotdeon nae mameul kkeonaeyo

I feel love, i feel love...
Dugeun georineun nae mam keudaedo deullinayo
I feel love, i feel love......
Jogeumssik keojyeoganeun nae mam
Keudaedo boinayo




Yang menaip,

Aktiviti Prasekolah Di Bulan Januari



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 04 Februari 2018


Januari telah berlalu meninggalkan kita. Selamat datang Februari. Semoga kita tidak melupakan memori yang tercipta di sepanjang bulan Januari. Bulan Januari merupakan bulan pertama untuk murid-murid Prasekolah belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Nampaknya mereka mula serasi dan seronok dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Di sini Cikgu Faiz selitkan beberapa aktiviti yang telah diadakan di sekolah.



Aktiviti motor halus iaitu membuat riben Minnie Mouse. Motor halusnya adalah murid menampal sticker berbentuk bulat pada kertas A4 berwarna mengikut kreativiti masing-masing.




Lagi aktiviti motor halus iaitu membuat tembikai. Dengar pon dah terliur. Murid menampal sticker berwarna hijau untuk kulit tembikai, mewarnakan merah pada isi tembikai dan membuat titik (biji tembikai) dengan pen marker. Hasilnya.... murid teruja sampai nak makan buah tembikai tu! Hahaha.




Sambutan Hari Lahir salah seorang murid yang lahir pada bulan Januari. Seronoknya dapat makan kek. 




Kejohanan Merentas Desa atau Road Run yang telah diadakan pada 16 Januari 2018. Ini merupakan pengalaman pertama bagi murid-murid Prasekolah. Semua nampaknya tak sabar nak berlari.




Bergambar kenangan bersama Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Belah kanan sekali tu partner Cikgu Faiz.




Dan pemenangnya adalah seramai 20 orang murid yang terdiri daripada 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan. Tahniah semua !



Semoga bulan Februari akan lebih menyeronokkan buat murid-murid Prasekolah SKPU. Sekian.


Yang menaip,

10 Warna Ephyra Lips Yang Memukau


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 03 Februari 2018


Syukur hari ni takde ladap. Kihkihkih. Dapat la update blog ni. Wanita-wanita di luar sana mesti korang suka bersolek kan. Tidak lengkap rasanya solekan korang sekiranya tidak mengenakan gincu bibir. Pernah dengan Ephyra Lips Cream To Matte? Yang pernah dengar tu syabas, korang memang cepat bab-bab mekap ni. Haha. Yang belum tahu, mari dekat dekat, Cikgu Faiz akan kenalkan korang dengan lisptik Ephyra ni.


Ephyra Lips ni bukan gincu bibir yang jenis batang tu ye. Ianya sejenis lipstick yang didatangkan sekali dengan berus. Senang cakap bila korang buka je penutup lipstick tu terus ada berus. Ephyra Lips ni bila korang sapu pada bibir dia akan creamy creamy sikit dan tak lama lepas tu bertukar menjadi matte. Lipstick matte ni memang tengah top sekarang ni dengan pelbagai jenama. Yang pasti korang mesti cuba Ephyra Lips sebab warna-warna dia mengancam sangat.



Ephyra Lips ni ada 10 warna seperti yang korang boleh lihat pada rajah di atas. Warna yang paling soft dan nampak natural adalah warna Whisper Nude manakala warna yang paling menonjol adalah warna Red Kiss.




Korang boleh bandingkan 10 warna tersebut yang digunakan oleh model Ephyra ni. Cikgu Faiz pon dah cuba 10 warna ni dan ternyata Cikgu Faiz dah jatuh cinta dengan Ephyra Lips. Tak percaya? Korang boleh lihat gambar-gambar di bawah ini di mana Cikgu Faiz sendiri yang menggunakan Ephyra Lips. Jadi model tak bertauliah kejap ye. Hahaha.




Ephyra Lips code Whisper Nude untuk mereka yang sukakan gaya yang simple dan tak menonjol tetapi bibir tak nampak kusam.




Ephyra Lips code Lolly Peach merupakan warna terbaharu. Lebih kurang sama dengan whisper nude tapi Lolly Peach ni lebih nampak pinkish.




Ephyra Lips code Madly Brown. Kadang-kadang bila dah jemu dengan warna terang, boleh tukar dengan warna macam ni. Nampak ada kelainan dalam imej seharian.




Ephyra Lips code Summer Blaze. Antara warna favourite Cikgu Faiz.




Ephyra Lips code Red Kiss. Sesuai untuk mereka yang gemarkan warna-warna terang. Cikgu Faiz jarang-jarang guna warna ni. Bila ada majlis tertentu baru pakai.




Ephyra Lips code Pink Peony. Dalam banyak-banyak lisptick Ephyra ni, warna Pink Peony ni la yang kerap kali Cikgu Faiz pakai sebab pink adalah warna favourite Cikgu Faiz. Hihi. Dah nak habis pon satu tiub tu. Heee....




Ephyra Lips code Taffy Pink. Merupakan lipstick terbaharu dari Ephyra Lips. Dia ni adik beradik dengan Lolly Peach sebab dilahirkan sama-sama. Taffy Pink ni lebih terang dari pink peony.




Ephyra Lips code Amber Rose. Warna yang menjadi kegilaan peminat Ephyra Lips. Dalam banyak-banyak warna, Amber Rose yang selalu kehabisan stok dulu.




Ephyra Lips code Cranberry Quinn. Cikgu Faiz baru je jatuh cinta dengan warna ni. Sebelum ni tak minat sangat. Nak tahu kenapa? Sebab bila pakai warna Cranberry Quinn ni terasa macam korea pulak. Hahaha. Sila jangan muntah hijau. Warna ni memang cantik.




Ephyra Lips code Scarlett Plum. Warna ni pon Cikgu Faiz jarang pakai sama macam Red Kiss. Namun begitu, Scarlett Plum tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.



Haaaa.... amacam? Ada yang berkenan tak? Kalau rasa dah tergoda tu apa lagi? Order la sebelum menyesal tengok orang lain dah pakai dulu. Hihihi. Satu Ephyra Lips ni berharga RM30 (belum termasuk pos). Harga yang sangat berpatutan kan. Macam biasa la kan, Cikgu Faiz akan buat promosi di mana sekiranya korang beli 3 Ephyra Lips ni korang ada dapat percuma pos beserta dengan satu beg mekap Ephyra. Menarik bukan? Beg mekap ini hanya sah untuk pembelian secara pos sahaja ye.


Bagi mereka yang nak Cash On Delivery pon boleh ye. Cikgu Faiz boleh hantar di sekitar kawasan Puchong. Manakala pada waktu cuti sekolah pula biasanya Cikgu Faiz akan berada di Bentong, Pahang atau Senawang, Negeri Sembilan. Apa-apa pun kepada mereka yang berminat dengan Ephyra Lips ni, korang boleh roger roger Cikgu Faiz di WhatsApp 012-9771902. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...