Cash Out Nuffnang Buat Kali Yang Ke-2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 30 September 2014


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari terakhir di bulan September ini Cikgu Faiz akan CASH OUT earning Nuffnang setelah menabung selama setahun. Hihi. Lama kan.




Bismillah.... Cikgu Faiz tekan ye. Hihi.




Yeay.... berjaya juga akhirnya. Earning kembali kepada zero. Kena menabung semula la nampaknya. Hihihi.




Agak lama juga Cikgu Faiz kumpul earning kali kedua ni. Kira-kira setahun jugak la.




Malangnya, target RM150 tu tak tercapai. Huuhu. Kena usaha lebih lagi nampak gayanya. Cikgu Faiz memang sengaja tunggu setahun sebab nak tengok banyak mana dapat kumpul. Hihi. Tapi ada juga peningkatan cuma target tak tercapai. Syukur alhamdulillah atas rezeki melalui blog ini. InsyaAllah tahun depan Cikgu Faiz cash out lagi ye. Hihihi. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi klik klik iklan di blog ini. Hanya Tuhan saja dapat membalas. Kepada yang mention sesudah klik iklan tu Cikgu Faiz akan balas semula klik anda itu. Cuma cepat atau lambat saja. Sekian dan terima kasih Nuffnang !!!


P/S : Bulan November dapat la cheque tu. Hihi


Semestinya halal --> SINI


Yang menaip,

CPUV | Sime Darby LPGA 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 29 September 2014


Dah lama betul tak dapat CPUV secara berterusan daripada Nuffnang. Alhamdulillah hari ini blog ini mendapat CPUV lagi. Terharu dan gembira kerana Nuffnang nampak kembali blog Cikgu Faiz ni. Tu la kan, antara tips nak dapat CPUV kita kena la rajin update blog. Sehari sekali pon dah cukup asalkan ada update setiap hari. Ini yang Cikgu Faiz praktikkan apabila agak lama menyepikan diri kerana sibuk dengan tugasan seharian. Bila dah lama tak update tu Cikgu Faiz akan tingkatkan lagi kepada sehari 2/3 entri.




Itu dia CPUV yang tersangkut di blog ini yang datangnya daripada Sime Darby LPGA 2014. Terima kasih kepada pihak penaja dan Nuffnang. Diam tak diam dah ada 4 CPUV yang sedang berjalan dan kalau tak ada aral, esok Cikgu Faiz akan tekan butang CASH OUT untuk kali yang kedua. Tak sabar rasanya nak merasa duit hasil berblogging. Esok, Cikgu Faiz akan update earning terkumpul dan berapa lama duit tu mengambil masa untuk beranak pinak. Hihi. Akan tercapaikah misi Cikgu Faiz untuk target sebanyak RM150 tu? Nantikan esok ye. Itu pon kalau tiada apa-apa halangan. InsyaAllah. Sekian.


Cinta menyeramkan? --> SINI


Yang menaip,

Novel Terpakai Untuk Dijual



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 September 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses untuk pelupusan koleksi-koleksi novel yang ada di rumah. Caranya dengan menjual kembali novel-novel terpakai tersebut dengan harga yang rendah berbanding harga biasa. Dah nama pon terpakai kan jadi tak boleh la jual ikut harga sebenar. Cikgu Faiz pon tak kisah asalkan novel-novel tersebut dapat dilupuskan secepat mungkin.




Inilah antara koleksi novel kesayangan Cikgu Faiz. Terpaksa lupus sebab susah nak pindah rumah. Banyak sangat barang. Kalau dah duduk rumah sendiri tu lain cerita. Takpe. Nanti boleh kumpul lagi asalkan ada minat membaca. Antara tajuk yang ada :
  • Pilot Cafe - booked
  • Untuk Tiga Hari
  • Kasyah - Lagenda Berakhir - booked
  • Katerina - booked
  • Adam dan Hawa - booked
  • Cinta Tiada Akhirnya
  • Kasih Yang Suci
  • Bukan Sekadar Teman Mesra
  • Kami Dah Kahwinlah
  • Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - booked



  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - booked
  • Kasih Antara Kita
  • Teduhan Kasih
  • Cik Bunga Dan Encik Sombong - booked
  • Setia Hujung Nyawa - booked
  • Cintaku
  • Seindah Sakura


Maaf la Cikgu Faiz tak letak harga sebab bukunya ada di tingkat atas. Cikgu Faiz tak ingat harganya berapa. Paling murah Cikgu Faiz jual RM10 je. Sekiranya ada yang berminat dengan novel-novel terpakai ni boleh la SMS/WhatsApp Cikgu Faiz di talian 012 977 1902. Harga tu tak termasuk postage ye. Kondisi buku berada di dalam keadaan yang baik. Kalau ada buku yang tak berapa nak cantik tu boleh dapat lagi murah.


Sebenarnya bukan ini sahaja koleksi novel Cikgu Faiz. Ada lagi tapi tak tahu mana duduknya. Huhu. Hari tu pindah banyak sangat barang. Dekat kampung pon ada sikit. Nanti Cikgu Faiz update lagi ye. Hihi. Sekian.


Jom pergi bercuti --> SINI


Yang menaip,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...