KDrama | Hotel Del Luna



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 30 November 2019




Apa khabar semuanya? Lama Cikgu Faiz tak bersiaran di blog ini. Kali ni Cikgu Faiz nak review drama korea yang boleh dikatakan agar baru juga disiarkan di viu yang berjudul Hotel Del Luna.  Ini adalah drama terakhir yang Cikgu Faiz tonton di viu. Drama ini bergenre fantasi, seram, misteri dan komedi romantik. Drama ini mempunyai 16 episod. Episod pertama sahaja dah membuatkan penonton tertanya-tanya dan terus ingin menonton episod seterusnya.


Hotel Del Luna atau sebelumnya dikenali dengan nama Rumah Penginapan Bulan terletak di Seoul dan tidak seperti hotel-hotel lain. Ini kerana kesemua tetamu Hotel Del Luna adalah hantu atau roh orang yang telah meninggal dunia. Hotel Del Luna tidak dapat dilihat pada waktu siang. Pada zaman Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man Wol (dilakonkan IU) telah menerima hukuman di atas kesalahannya membunuh mereka yang tidak bersalah. Jang Man Wol terperangkap di hotel tersebut selama beribu tahun sehinggalah dia bertemu dengan Koo Chan Seong (dilakonkan Yeo Jin Goo) yang menjadi pengurus Hotel Del Luna.


Lee Ji Eun (IU) sebagai Jang Man Wol


Koo Chan Seong adalah pengurus baru Hotel Del Luna menggantikan pengurus sebelumnya yang telah bersara. Pengurus Hotel Del Luna adalah manusia bagi memudahkan proses pengurusan hotel. Koo Chan Seong seorang lelaki kacak yang berkelulusan dari Universiti Harvard merupakan seorang pengurus di sebuah hotel terkemuka sebelum berpindah ke Hotel Del Luna. Disebabkan bapa Koo Chan Seong telah membuat perjanjian bersama Jang Man Wol 20 tahun lalu telah menyebabkan dia terperangkap dengan Hotel Del Luna.


Yeo Jin Goo sebagai Koo Chan Seong


Setiap roh yang datang menginap di Hotel Del Luna mempunyai cerita yang tersendiri di sebalik kematian mereka. Begitu juga dengan setiap kakitangan hotel. Di akhir cerita ni nanti Jang Man Wol akhirnya bebas daripada hukuman selama bertahun-tahun. Kalau korang tonton drama ni harapnya jangan pulak terpesong ye. Biasa la drama korea ni memang sinonim dengan cerita yang tak terjangkau dek akal macam ni. Anggap sahaja ianya sebagai hiburan. Dengar khabar akan ada sekuel selepas Hotel Del Luna tapi pemiliknya bukan lagi Jang Man Wol. Jeng jeng jeng. Harapnya best macam Hotel Del Luna. Akhir kata, Cikgu Faiz ucapkan selamat menonton.


*** gambar ehsan Google.




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...