Aidilfitri Part 3

Assalamualaikum.


Masih lagi di dalam mood beraya. Kali ni Cikgu Faiz ingin menyambung kembali gambar-gambar yang belum habis ditayangkan. Kali ni gambar adik beradik pulak. Yang ni belah Encik Suami. Adik beradik dia ramai jadi gambar pon boleh tahan banyak juga. Sebelum itu bagi yang terlepas gambar raya sebelum ini boleh la klik link di bawah...








"Mintak maaf zahir dan batin yer along..."




"Maafkan segala salah dan silap Lala kak... wuwuuuuu...."




Lebar senyum. Ini adik ipar yang paling bongsu.




"Ehh.... tak aci tak dapat duit raya"




Ini pasangan yang lari tema. Huhuhu.




Wink wink. Nak jugak tepek gambar ni.


Bersambung... Nantikan episod ke 4 pula...




With ♥..,

Aidilfitri Part 2 - Wordless Wednesday

Assalamualaikum.








Tiada watermark buat sementara waktu.


With ♥..,

Aidilfitri Part 1

Assalamualaikum.


Alhamdulillah... kita bertemu lagi di blog DingDang yang tak seberapa ini. Lama jugak Cikgu Faiz menyepikan diri dari dunia maya ni. Rayalah katakan. Nak kumpul bahan banyak-banyak dulu lepas tu nak update sampai lebam. Hahaha. Tak sedar diri betul yang laptop ni tak boleh nak dibawa berunding langsung. Huh ! Tiba-tiba pulak nak menyirap.


Okey.. raya kali ni Cikgu Faiz pulang ke kampung atok suami yang terletak di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Ha, ada sesiapa yang kampungnya di situ jugak ke? Atau yang berhampiran dan yang sewaktu dengannya? Tapi itu tidak bermakna Cikgu Faiz tidak pulang beraya di kampung halaman tercinta. Cuma kali ni sesi beraya dimulakan di kampung sebelah suami dahulu. Kenalah adil kan? Barulah rumahtangga membawa berkat. Sempat pulak nak berceramah ye.


Tanpa membuang masa jom kita terjah gambar-gambar di pagi 1 Syawal ini. Tema tahun ini ialah ungu - merah jambu. Ada yang sama tema tak? Hehe. Meriah betul beraya kali ni. Ini cuma sebahagian gambar je. Ada banyak lagi karang tak larat pulak laptop ni nak upload banyak-banyak. Huhu.





Yang ni siapa tak kenal kan.. Faqih Bikers. Berbaju melayu ungu siap bersamping. Kopiah / songkok tak nak pakai. Grrr...




Sesi bermaafan dengan Encik Suami. Mintak maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum ye. Kenang daku dalam mimpimu. Tiba-tiba jer... Huuu..




Eh.. apa tarik-tarik ni? Nak bagi tu bagi je la. Ini je duit raya yang dapat. Jadilah...




Faqih yang obses dengan mainan bas.




Leb leb yang tak berapa nak jadi.




Faqih tak nak bergambar jadi abah dan bonda pon ambik kesempatan la pulak. Bila lagi kan...?


Nantikan episod yang ke 2 pulak untuk entry hari raya ni. Bye... Gambar kali ni tak sempat nak letak watermark sebab nak cepat sangat. Heee... :)



With ♥..,

Kuih Raya Paling Top.

Assalamualaikum


Beberapa minggu yang lalu, Cikgu Faiz telah pulang ke kampung halaman yang terletak di Bentong Pahang. Masa balik tu sempat jugak la tolong mak buat kuih raya. Korang suka tak makan biskut tart nenas. Cikgu Faiz ni kureng sikit bab-bab kuih raya ni. Tak berapa gemar. Kerepek tu berhantu la. Hehehe. Tapi kan, seronok jugak tolong mak buat kuih raya ni. Teringat zaman sebelum kawin dulu memang setiap tahun Cikgu Faiz akan turun padang untuk membantu apa-apa yang patut. HEHE.


Bila dah kawin ni masa agak terhad jadi ini saja yang dapat Cikgu Faiz sumbangkan untuk raya ni. Hehe. Cikgu Faiz bukan pandai pon buat kuih ni. Cuma tolong susun je. Lepas tu letak inti nenas tu boleh la. Bila dah masak tukang susun dalam balang pulak. Hehe. Itulah tugas Cikgu Faiz yang sebenar-benarnya. Huhuhu. Kalau dulu mak Cikgu Faiz siap ambil tempahan lagi. Jenuh pulak nak kena kira satu-satu. Kalau tersilap sikit je kena kira semula. Itulah antara kenangan Cikgu Faiz semasa membuat kuih raya.


Selalunya mak Cikgu Faiz akan buat kuih tart nenas, biskut mazola, biskut makmur, biskut cornflakes, rempeyek, kerepek pisang. Masa ada Cikgu Faiz dulu memang banyak kuih raya yang mak buat. Memang tak beli langsung. Contohnya macam biskut bangkit, semperit, almond london dan banyak lagi la. Dah lupa la mana taknya setahun sekali je buat kuih ni.





Budak tak puasa. Orang buat kuih dia pon sibuk jugak nak ke dapur.




Tart nenas yang telah siap dibakar.




Menarik tak ????




Macam ni la caranya ye murid-murid....




Sakit jari-jemari nak tekan tepung ni...




Sedang bersiap sedia untuk dibakar di dalam oven.


Apakah kuih raya yang paling korang suka sekali dan sebab apa? Jom kongsi...




With ♥..,

Sila Baca Entry Ini Selepas Anda Berbuka Puasa Ya :p

Assalamualaikum.


Semalam adalah hari yang paling sibuk. Sebabnya sibuk membeli-belah pakaian raya sampai nak online pon dah tak sempat. Huhuhu. Tempat shopping Cikgu Faiz dekat je di IOI Mall Puchong. Nasib baik la orang tak ramai. Kalau tak memang tak banyak pilihan la. Penat tu memang penat sebab puasa tapi itu bukan halangan untuk turut sama menghabiskan duit. Hehe. Ala, setahun sekali je kan.


Memang berbaloi sangat shopping semalam sebab semua pakaian kasual dah dapat terutamanya baju dan seluar jeans Faqih. Lepas je shopping pakaian Faqih baru la fikir nak beli baju Cikgu Faiz dan Encik Suami pulak. Bukan senang nak cari baju yang boleh match dengan baju Faqih tu. Nasib baik jumpa. Tak sabar rasanya nak berpakaian sedondon di hari raya ni.





Suka hati Faqih bila dah beli baju siap ajak duduk berehat dekat kerusi ni lagi. Mentang-mentang la pakaian dia semua dah lengkap. Kesian dekat abah. Huhuhu.




Ini je yang kami shopping. Korang mesti lagi banyak kan?




Buat muka hensem pulak.




Oppsss.... ini menu berbuka semalam di Kemaman Kopitiam IOI Mall Puchong.




Menu berbuka Faqih. Kentang je yang makan. Yang lain tu dihabiskan oleh bonda dan abah. Huhu.




Menu Cikgu Faiz dan Encik Suami. Nasi goreng tomyam dan ayam.




Inilah budak yang giler kentang sama macam Cikgu Faiz.




Air pilihan Cikgu Faiz. Lupa pulak namanya.


Lepas ni nak kena shopping baju melayu pulak. Tema : rahsia. Hehe. Tunggu je entry sempena hari raya nanti :)




With ♥..,

Yang dikejar tak dapat... oh, Baskin Robbins.

Assalamualaikum.


Tadi hajat di hati nak tapau KFC je untuk berbuka. Lepas tu Encik Suami nak makan sana pulak. Oleh kerana sudah kesuntukan masa maka kami bergerak menuju ke Restoran KFC yang terletak di Tesco selepas waktu maghrib. Berbuka tadi cuma minum air ribena dan kerepek pisang jer. 


Sampai je di perkarangan Tesco, dari jauh lagi dah nampak barisan yang panjang di luar pintu masuk. Ini mesti pasal kes aiskrim percuma Baskin Robbins. Ala... aiskrim yang mahal tu. Nampak gayanya tak dapat la nak merasa aiskrim percuma. Yang paling menyedihkan ialah restoran KFC sedang dibaik pulih. Terpaksa la berpatah balik menuju ke Giant pulak. Apa la nasib. Nak makan Mc Donalds rasa muak pulak.


Dalam perjalanan ke Giant pon sama. Masa nak masuk tu ternampak la satu barisan yang panjang jugak. Dalam hati cakap kedai mana pulak yang bagi makanan percuma ni? Tengok-tengok ada kedai Baskin Robbins kat depan tu. Hehehe. Hebat betul penangan aiskrim percuma ni. Encik Suami pulak asyik gelak-gelak je. Yela, Cikgu Faiz yang beria-ia ajak dia konon nak dapatkan aiskrim percuma. 







Kalau bulan puasa ni punya la ramai orang, kalau tak puasa mesti lagi ramai kan? Ada sesiapa yang dapat tak? Bukan senang nak dapat tu... Kena beratur panjang lagiii... Percuma kan? Siapa nak bagi?



With ♥..,

Menu Berbuka, Persiapan Raya, Aiskrim Percuma.

Assalamualaikum.


Lamanya tak online. Ini semua celcom punya pasal. Geram betul. Bila dah lama tak update ni rasa macam takde idea la pulak. Korang berbuka menu apa je tadi. Cikgu Faiz? Menu hari ni simple sangat. Sambal sardin dan gulai sayur campur ala-ala kuah lodeh tu. Nasib Encik Suami tolong, kalau tak entah jadi apa la gulai di bulan puasa ni. Huhuhu. Lepas tu ada la lauk semalam yang tak habis. Bila dibelek-belek dan dicium baunya masih elok lagi. Jadilah buat berbuka. Tak baik membazir okey. Selagi boleh dimakan apalah salahnya dihabiskan. Perut pon kenyang. Alhamdulillah.



Oh ya, macam mana pula dengan persiapan raya korang. Tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi kan? Cikgu Faiz belum berkesempatan nak shopping lagi. Biasa la. Bila dah dekat-dekat nak raya barulah terhegeh-hegeh nak pegi cari baju raya. Hehe. Apa-apa pun diharap raya tahun ni lebih baik dan meriah dari tahun sebelumnya.




Gambar yang tiada kaitan langsung. Sebelum puasa hari tu...


Err... betul ke malam esok 8 Ogos jam 8 - 10 malam Baskin Robbins akan bagi satu scoop aiskrim percuma? Bersempena dengan kemenangan Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak di sukan Olimpik London.


Jom usha fesyen tudung DEKAT SINI


With ♥.., 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...