Laptop Dah Okey, Menu Hari Ini



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cikgu Faiz gembira sangat hari ni sebab laptop kesayangan telah kembali pulih. Bersyukur sangat-sangat sebab semua benda yang ada dalam laptop ni masih ada. Leganya... Harap lepas ni laptop ni tak meragam lagi. Susah la kalau takde laptop ni. Bukan sekadar untuk online suka suka je malah digunakan untuk kerja di sekolah. Faham-faham je la komputer yang ada di kelas pra tu bukannya okey sangat. Kena standby laptop sendiri kalau komputer buat hal.


Oh ya. Lupa nak tanya, korang semua dah makan malam ke? Cikgu Faiz dah makan petang tadi. Masak yang mudah-mudah aje. Nasib baik la Encik Suami jenis tak cerewet. Hehe. 





Menu hari ni ikan goreng, udang goreng dan sambal udang petai. Hehe. Apa pula menu korang malam ni? Jom la kongsikan dengan Cikgu Faiz ni. Mana tahu lain kali boleh masak pulak. Heheh.. Sekian.


Top up RM20 to get FREE 133 Minutes and 133 SMS! CLICK HERE.


Yang benar,

Perkongsian Tentang Cara Cikgu Faiz Dapatkan CPUV



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.





Semalam masa Cikgu Faiz tengah sibuk nak balas jejak di chatbox tiba-tiba ternampak ada blogger yang bertanyakan tentang cara-cara nak dapatkan CPUV Nuffnang. Bukan apa, sejak kebelakangan ni Cikgu Faiz rajin pulak buat entri tentang Nuffnang, jadi blogger tu nak tahu la apa yang Cikgu Faiz dah buat sampai kempen Nuffnang tu rajin je melekat di blog Ding Dang ni. Hehehe. Alhamdulillah... rezeki yang tak disangka-sangka. Bersyukur sangat-sangat.


Tapi buat masa sekarang ni Cikgu Faiz tak dapat nak kongsi lagi tentang tu. Kena tunggu lagi dua minggu baru dapat publish entri tersebut. Okey la. Cikgu Faiz dan mengantuk ni, nak membuta dulu. Faqih dan abahnya awal-awal lagi dah lena di alam mimpi. Jumpa esok pulak ye. Jumpa lagi dan selamat malam. Sweet dream and nightmare yaw. Nunite.


WWF


Yang benar,

My Blog Giveaway



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Oleh kerana laptop masih di dalam proses baik pulih, Cikgu Faiz ingin mengambil kesempatan untuk menyertai giveaway yang ditag oleh kawan-kawan. Nak update nota pon tak dapat sebab laptop kecik ni pon ada problem jugak. Ni pon kira nasib baik dapat buka blog dan facebook. Tanpa membuang masa Cikgu Faiz nak join satu giveaway yang telah ditag oleh Wan Serious (serius ke? hehehe).


Klik banner kalau nak join juga...


Hadiah utama berupa wang tunai RM100 (bank in). Menarik kan. Kalau korang join tu pastikan ikut semua syarat-syarat yang diberi.


Tag : Hani, Sally, Sha, Trah dan Ieyla.




Yang benar,

Review Novel : Tuan Rumah Pembantu Rumah | Orkid Edyliyne



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cuba menggagahkan diri untuk menaip di blog tersayang menggunakan laptop Encik Suami yang sudah lama dibiarkan menyepi. Huhu. Hati ini ditarik-tarik untuk menaip, menaip dan menaip. Giler menaip ke apa? Rasa kekok je nak menaip guna laptop Encik Suami ni. Hehe. Nak buat macam mana? Tengah darurat maka terpaksa la guna. Demi untuk melepaskan rindu terhadap blog ini. Huehuehue.


Baiklah, masa laptop tengah problem hari tu dapat jugak la Cikgu Faiz habiskan sebuah lagi novel terbitan Fajar Paker. Pertama kali baca novel hasil terbitan ini Cikgu Faiz dapati novelnya best jugak. Selalu Cikgu Faiz beli novel keluaran Alaf21. Kali ni nak beralih angin sikit. Novel kali ni bertajuk 'Tuan Rumah Pembantu Rumah' karya Orkid Edyliyne. Tagline novel ni ialah "She's my maid. Not yours.."



Tak dapat nak letak watermark kerana tiada photoscape. Huhuhu. Sadis.


Novel 'Tuan Rumah Pembantu Rumah' mengisahkan tentang seorang gadis cantik dan comel bernama Intan Asha Areen. Dia merupakan seorang gadis yang begitu tergila-gilakan korea. Apa sahaja yang berkaitan korea mesti akan menarik minat Areen termasuklah teman lelaki juga kacukan korea. Taufeeq Badree merupakan teman lelaki dan tunang Areen. Sikap Taufeeq yang kaki perempuan telah menyebabkan Areen memutuskan pertunangan mereka.


Oleh kerana takut dikahwinkan dengan Taufeeq yang mata keranjang itu, Areen telah membuat keputusan untuk menjadi pembantu rumah di villa Dr. Emir Jihan a.k.a Xiah Celup. Maka bermulalah episod baru dalam hidup Areen apabila setiap hati terpaksa berhadapan dengan Xiah Celup. Sikap Dr. Emir yang kuat mengusik dan suka membuli Areen telah menyebabkan dirinya mula jatuh cinta dengan gadis pembantu rumah yang tidak diketahui identitinya itu. Manakala Areen pula mengambil sikap selamba dan tidak mahu terjebak sama sekali dengan insan yang bernama lelaki disebabkan perbuatan bekas tunangnya itu. 


Oleh kerana tidak tahan menanggung beban perasaan, Dr. Emir telah meluahkan perasaannya terhadap Areen. Kesudahannya kena la baca novel ni. Tak rugi korang baca tau. Suka sangat dengan karakter Intan Asha Areen yang suka sangat speaking korea tu. Hehe. Kebetulan, Cikgu Faiz pon minat korea (tiba-tiba. huhu). Dan korang juga mesti nak tahu kan kenapa Areen panggil Dr. Emir tu Xiah Celup. Overall, novel ni sangat-sangat mencuit hati dan comel je. Ha... apa lagi? Cepat-cepat la serbu kedai-kedai buku berhampiran anda. Sementara stok masih ada. Novel terlaris ni... Kalau buat drama mesti gempak. Sekian.


Err... kejap lagi nak pergi pasar malam. Nak kirim? Hehehe.




Yang benar,

Tolong Pulih Semula.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Lamanya tak dapat nak update dekat blog ni. Laptop Cikgu Faiz buat hal lagi. Geramnya rasa. Patut la dua tiga hari sebelum tu ada bunyi. Ingatkan ada CD dalam tu. Rupa-rupanya dia nak demam. Huhuhu. Sekarang ni Cikgu Faiz tengah update guna laptop Encik Suami. Laptop ni tak berapa betul sikit. Loading je keje. Nampaknya beberapa minggu ni tak dapat la nak blogwalking dan komen entri-entri blogger semua. Kena tunggu laptop dah okey baru boleh online. Huhu. Sadis betul. Nak cari bahan untuk P&P pon tak dapat. Habis la semua maklumat dalam laptop tu hilang. Uwaaa.... Sedih giler la macam ni. Bersusah payah Cikgu Faiz cari dengan keadaan internet yang kadang-kadang macam hampeh tapi semuanya telah punah. Huhuhu. Harap-harap orang yang baiki laptop tu dah backup semua benda dalam laptop tu. Hmm....


Fakta : dah tiga kali laptop ni buat hal. patutkah beli laptop baru je??


Yang benar,

CPUV ke 5, Kali ke 3 Bulan Januari 2013



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam. Wah, gembira betul hari ni. Hehe. Sejak kebelakangan ni Nuffnang selalu buat Cikgu Faiz tersenyum sendiri. Kenapa? Ha... cuba tengok gambar di bawah apa yang Cikgu Faiz dapat. Hehe..




Yeah, CPUV yang sangat-sangat digilai oleh semua ahli Nuffnang. Eh, semua ke? Hehehe. Ye kot. Baik hati betul Nuffnang. Bulan ni je dah dapat tiga CPUV. Syukur alhamdulillah. Berkat kesabaran dan tidak pernah mengenal erti putus asa maka inilah hasilnya. Terima kasih Nuffnang dan Popular !! Nuffnang ni macam tau-tau je Cikgu Faiz ni pelanggan setia Popular. Hehe.


Kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat baucer buku 1 Malaysia sebanyak RM250 tu boleh la berbelanja di Popular ya. Tak rugi pon sebab kalau korang habiskan baucer tu di Popular korang akan mendapat baucer dari Popular lagi tu sebanyak RM50 siap dengan kad keahlian Popular lagi. Kalau tak nak habiskan RM250 pon takpe sebab korang juga boleh guna RM150 dan dapat baucer Popular sebanyak RM10 beserta kad keahlian. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat.


Cikgu Faiz ni dah tak sabar nak dapat baucer buku tu. Harap-harap tahun ni dapat lagi. Amin. Sekian.




Yang benar,

Pendekatan P&P Untuk Pelajar Disleksia | Susunan Fizikal



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Kanak-kanak disleksia perlu ditempatkan di hadapan kelas. Melalui cara ini, hubungan mata (eye contact) dapat diadakan dan guru berupaya mengawasi secara berterusan apa yang dilakukan oleh pelajar itu. Cara ini juga menyebabkan peluang untuk kanak-kanak itu tertarik kepada perkara lain menjadi kurang. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga boleh ditempatkan di sebelah murid cerdas yang mempunyai sifat prihatin dan bersedia membantu, namun kedudukannya masih perlu di sekitar barisan hadapan. Guru dapat mengecualikan pelajar daripada menyalin soalan supaya mereka mempunyai lebih masa bagi menyiapkan latihan.


Papan Tulis


Proses menyalin dari satu permukaan vertikal ke permukaan horizontal adalah sukar bagi kanak-kanak disleksia.
  • Sehubungan itu, guru hendaklah memberi edaran supaya kanak-kanak itu tidak mengambil masa terlalu lama bagi menyalin nota.
  • Sekiranya kanak-kanak itu menyalin dari papan tulis, guru perlu menyemaknya bagi memastikan tiada kesilapan dalam penulisan. Selain itu, kanak-kanak itu perlu diletakkan berhadapan dengan papan tulis.
  • Jangan tahan pelajar daripada keluar rehat.

Pembelajaran Dalam Bilik Darjah


Walaupun guru tidak dapat membuat pilihan berhubung sukatan pelajaran dan kurikulum, guru itu dapat menentukan jumlah bahan yang terlibat serta sedalam mana sesuatu topik itu perlu dikuasai oleh kanak-kanak disleksia.


Selain itu, guru juga perlu mengurangkan tugasan ataupun latihan yang tidak perlu kepada kanak-kanak disleksia. Contohnya seperti, guru dapat memberikan lebih masa kepada kanak-kanak itu menyiapkan latihan berbanding kanak-kanak lain, atau mengurangkan kuantiti kerja.


Oleh kerana kanak-kanak disleksia lazimnya perlu bersusah payah membuat sesuatu latihan ataupun tugasan, mereka wajar diberi penghargaan dan peneguhan yang bersesuaian. Contoh kata-kata peneguhan ialah :-

"Bagus!", "Kerja kamu kemas", "Tulisan kamu semakin cantik", Nampaknya kamu betul-betul berusaha".


Selain itu, proses pembelajaran perlu diselangi dengan rehat yang pendek. Ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberikan latihan yang genap sahaja daripada nombor latihan 1 hingga 20 yang dilakukan oleh kanak-kanak lain.


Satu cara yang konsisten perlu menjadi rutin supaya kanak-kanak disleksia dapat mengikutinya dengan mudah dan tidak menimbulkan kekeliruan. Sebarang perubahan perlu diterangkan dengan terperinci kerana ia dapat menyebabkan kekeliruan kepada kanak-kanak. Di samping itu, perkara yang dianggap remeh atau mudah seperti kedudukan penulisan tarikh, margin, penanda bacaan dan sebagainya perlu diterangkan sejelas-jelasnya kerana kanak-kanak disleksia tidak akan dapat belajar ataupun tahu sendiri.


Lembaran Kerja atau Kertas Peperiksaan


Lembaran kerja perlu dirancang teliti dan baris antara tulisan perlu dijarakkan sewajarnya. Antara cara lain ialah membesarkan tulisan khusus untuk kanak-kanak disleksia supaya kesilapan dapat dikurangkan. Mereka juga perlu diberi masa tambahan menyiapkan tugasan, ujian atau peperiksaan di semua peringkat.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Wordless Wednesday | No Title



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.




Hehehe.


TEKAN


Yang benar,

Nuffnang dan Digi yang Baik Hati



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Petang-petang begini terasa nak update cerita tentang akaun Nuffnang Cikgu Faiz tu. Hehe. Macam dah takde modal lain je. Huhuhu. Nasib la. Jangan korang menyampah sudah la. Sedih Cikgu Faiz nanti. Hehe. Semalam macam biasa la, belek-belek akaun Nuffnang tu. Ermm.. nanpak macam takde apa-apa perubahan kecuali earning CPC yang meningkat sedikit. Bibir mula mengukir senyum. Alhamdulillah.. Naik jugak Nuffnang ni (cakap dalam hati je).


Tak lama lepas tu tengok lagi. Saje je sebenarnya nak tengok trafik di blog. Alang-alang dah klik tu terus jenguk di bahagian earnings lagi. Agak terkejut jugak la masa earning tu timbul di skrin laptop. Sekali ada CPUV baru. Macam tak percaya sebab mula-mula tadi takde. Tup tup tiba-tiba pulak ada. Haha. 




Hehe. Teruja sekejap walaupun amount masih zero. Huhu. Terima kasih buat Nuffnang dan Digi ! Ini CPUV keempat yang Cikgu Faiz dapat. Jadinya bulan ni saja dah ada dua CPUV. Tak sangka akhirnya berbaloi juga usaha Cikgu Faiz selama ini. Cewah. Ini semua berkat tips-tips daripada blogger otai yang sudi berkongsi tips-tips yang berguna di blog mereka. Nasib baik la Cikgu Faiz ni rajin jugak la nak baca. Kalau tak sampai bila-bila pon Nuffnang takkan bagi CPUV tu. Huhu. 





Inilah iklan yang sedang terapung-apung di blog Cikgu Faiz. Harap korang sudi untuk menyumbangkan satu klik. Hehe. Dah klik tu terus inform di cbox supaya senang Cikgu Faiz nak balas pula. Sekian, terima kasih.


PENGGUNA MAYBANK


Yang benar,

Huda Syafiqah's 1st Giveaway



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Di petang Isnin yang berbahagia ini Cikgu Faiz ingin menyertai satu lagi Give Away yang telah ditag oleh seseorang iaitu MisEyz Blurz. Kamsahamnida sebab sudi tag Cikgu Faiz. Apa? Nak join jugak? Boleh. Klik je banner di bawah ni ye. Pastikan anda ikut semua syarat-syarat yang telah ditetapkan okey.




:: Senarai Hadiah ::
Top Referral
- Teddy Bear 0.8 meter
Pemilihan secara rawak iaitu melalui *random.org
- Sepasang baju peplum  × 1 .
- Bohemian Watch kaler Baby Blue  × 1 .
- Cenderamata special × 10 .
- Tudung  Bawal Bead Sakura × 1 .
- Tudung × 1 .
- Sepasang kain Korean Cotton × 4 .
- Pure Marine Collagen Gred AAA × 1 .
- Pure Marine Collagen Gred AA × 2 .
- Pin Comel × 1 .
- Header comel × 2 .
- Name Keychain × 4 .
- Cartoon Keychain × 2 .
- Edit Full Blog + Header × 2 .
- Doodle × 4 .

*copy and paste je ni. huhu*


Kepada yang nak join sekaki tu cepat-cepat la join sebelum 25 Januari 2013 ni. Senarai pemenang pula akan diumumkan pada tarikh tersebut. Menarik juga hadiah-hadiahnya kan? Siapa tahu ada rezeki korang jugak. Jadi apa tunggu lagi? Jom sertainya sekarang !!!


Tag : Adda ,  Nadiah , dan Shida .




Yang benar,

Pendekatan P&P Untuk Pelajar Disleksia (Intro)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


google.com



Guru-guru Prasekolah mempunyai peranan yang sangat besar dalam memberi bantuan awal kepada kanak-kanak disleksia, seterusnya menentukan masa depan mereka. Seorang guru yang peka dan menyedari muridnya mengalami simptom-simptom tertentu, dapat memaklumkan kepada ibu bapa mengenai masalah itu serta mencadangkan supaya murid itu diberi ujian diagnosis yang khusus.


Di sesetengah negara, terdapat ujian seperti The Aston Index (M. Newton and M. Thompson, 1976), CoPS 1 (Cognitive Profiling System, C. Singleton, 1996) dan DEST (Dyslexia Early Screening Test, A. Fawceett and R. Nicolson, 1996) yang digunakan oleh para guru bagi mengenal pasti kanak-kanak disleksia. Walau bagaimanapun, ujian-ujian ini tidak terdapat dalam versi bahasa Malaysia, Cina ataupun Tamil. Sehubungan itu, para guru mungkin terpaksa bergantung kepada suatu senarai semak tertentu bagi membuat screening. Senarai semak ini mengandungi simptom-simptom biasa yang ada pada kanak-kanak disleksia dan dapat digunakan bagi mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai masalah disleksia.


Diagnosis awal sangat penting kerana kanak-kanak itu dapat diselamatkan daripada mengalami keciciran berbanding rakan lain. Ini juga bermakna mereka tidak perlu melalui pengalaman pahit serta kekecawaan hanya kerana keadaan mereka yang isitmewa tidak disedari ataupun difahami oleh orang lain. Kanak-kanak juga lazimnya sangat berminat balajar dan mereka lebih mudah dipulihkan.


Lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih berkesan usaha pemulihan yang dijalankan.


Menurut Bradley (1989), pada peringkat Prasekolah, pembelajaran perlu dilakukan menerusi permainan dan siri pengajaran yang pendek seperti permainan menentukan rima akhir, bertepuk tangan, pergerakan dan muzik dan seumpamanya. Suasana pembelajaran seperti The Letterland System membantu mewujudkan keseronokan dan keceriaan dalam pembelajaran kanak-kanak termasuk kanak-kanak disleksia.


Contoh kad daripada The Letterland System (google.com)



Selain itu, adalah lebih mudah untuk para guru menggunakan program spesifik seperti :-
  • Alpha to Omega, A-Z oleh B. Hornsby.
  • Bangor Dyslexia Teaching System.
  • Kaedah Phono-Graphix.
  • Kaedah Orton-Gillingham.

Dengan cara ini, pengajaran lebih berstruktur, bersiri, kumulatif dan terperinci. Kaedah seperti ini menggunakan kad imbasan untuk satu siri latih tubi bagi membiasakan murid dengan bunyi huruf itu. Pendekatan yang digunakan ialah dengan meletakkan gambar yang menjadi kata kunci kepada bunyi huruf itu seperti 'kucing' bagi mengingati bunyi yang dapat dikaitkan dengan 'k'. Lembaran kerja dan latihan dengan skema pemarkahan juga terdapat dalam program-program ini.


Dalam suasana yang ideal, pelan pendidikan individu (IEP) perlu diadakan bagi setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Namun demikian, realitinya sukatan pelajaran dan kurikulum setiap mata pelajaran di Malaysia sudah ditetapkan dan semua guru serta pelajar adalah tertakluk kepada kurikulum dan sukatan tersebut. Justeru, keprihatinan serta pengetahuan guru mengenai masalah disleksia amat diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran bagi kanak-kanak itu.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Bahan Bantu Mengajar Baru



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Selamat pagi semua. Entri kali ni Cikgu Faiz nak cerita tentang aktiviti setelah sesi persekolahan dibuka. Minggu pertama tu tak buat apa sangat sebab sibuk dengan persiapan untuk menduduki peperiksaan. Minggu kedua dan ketiga ni baru la kembali bersemangat untuk menukar kad-kad imbasan yang menjadi hiasan di dinding dan pintu kelas. Ahaks. Semua tempat pon kalau boleh nak tampal dengan kad-kad yang menarik dan berwarna-warni. Hehe. Baru la ceria kelas Cikgu Faiz tu. Nak mengajar pon bersemangat je.


Kad suku kata boboiboy di bawah ini Cikgu Faiz dah tampal di pintu masuk kelas. Sebelum ni kad nama 12 bulan dalam setahun. Oleh sebab kad itu sudah pudar, maka Cikgu Faiz terpanggil untuk menggantikan kad itu dengan kad di bawah ini. Hehe. Senang je nak buat kad ni sebab clip art gambar sudah ada cuma kena letakkan perkataan je. Lepas siap tu print dan gunting dulu. Dah gunting, baru laminate dan gunting lagi. Memang panjang proses untuk menghasilkan kad ini. Tapi hasilnya okey la jugak kan. Hehe.



Gambar agak kusam sebab guna handphone je. Hehe.






Gambar abc di atas ni pula Cikgu Faiz ambil di internet je. Kebetulan ada, apa lagi laju je tangan ni nak download. Haha. Cikgu Faiz cuma print, gunting, tampal di atas kertas oren, gunting, laminate dan gunting lagi. Hehe. Banyak betul nak kena gunting. Kad ini belum sempat untuk ditampal kerana Cikgu Faiz masih tercari-cari ruang yang sesuai untuk menampalnya. Huhuhu. Sekian.




Yang benar,

Lirik : 150 Juta - Ainan Tasneem



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Baru beberapa kali dengar lagu ni sudah jatuh cinta. Sedap jugak. Liriknya macam kena dengan Cikgu Faiz. Hehe. Koya pulak. Jom, Cikgu Faiz nak kongsi lirik lagu ni dengan MTVnya sekali. Tapi sebelum tu korang pause dulu lagu dekat sebelah kanan ni --->



150 Juta - Ainan Tasneem
Komposer dan Penulis Lirik : Fynn Jamal


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua...




Amacam? Best tak? Kalau suka TEKAN SINI. Terima kasih daun keladi, lain kali tekan la lagi. Hehe.


Yang benar,



Memahami Muzik dan Aspek Muzik



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


google.com



Untuk memahami sesuatu muzik itu bergantung kepada tahap kefahaman dan pengetahuan yang sedia ada pada setiap kanak-kanak. Perbezaan tahap kefahaman terhadap muzik berbeza antara setiap kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak itu mungkin mempunyai lebih ataupun kurang pemahaman dan penghayatan jika dibandingkan dengan individu yang lain. Faktor perbezaan ini bergantung kepada beberapa sebab seperti pengalaman, minat, pengaruh sosial (keluarga, rakan, masyarakat, media) dan pengetahuan dalam muzik.


Aspek Muzik


Terdapat empat aspek muzik iaitu nyanyian, pergerakan, pendengaran dan bermain alat muzik. Setiap aspek ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak. Guru-guru atau penjaga perlu bijak mengenal pasti aras dan tahap kesukaran aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak.


Nyanyian

Kanak-kanak sangat suka mendengar muzik dan menyanyi. Muzik dan lagu mampu menghiburkan hati kanak-kanak dan suasana menjadi sangat menyeronokkan. Kanak-kanak boleh menyanyi secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah lagu-lagu yang menjadi kegemaran rakan-rakan sebaya mereka. Semasa memilih lagu, kanak-kanak pada awalnya memilih lagu yang mengandungi banyak pengulangan lirik serta melodi.


Terdapat berbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapan serta lagu serantau.


Pergerakan

Secara asasnya, terdapat dua pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan nonlokomotor. Pergerakan lokomotor melibatkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain beserta beberapa aktiviti berlari, melompat dan berjengket. Pergerakan nonlokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada atau pun berdiri di satu tempat sahaja.


Pergerakan Semasa Menyanyi

Pergerakan sebegini sering dilakukan oleh kanak-kanak dan pergerakannya adalah seiring dengan irama dan lirik lagu. Kanak-kanak berasa sangat bermotivasi dan bersemangat ketika menyanyi dan membuat pergerakan.


Pergerakan Kreatif

Pergerakan ini merupakan pergerakan yang bebas mengikut kreativiti kanak-kanak. Pergerakan ini melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek, detik).


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


GALAXY WONDERLAND YUNA


Yang benar,

Terima Kasih Nuffnang | Kempen Nilai Uni Telah Berakhir



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.




Setelah beberapa hari bertapak di blog ini, akhirnya kempen Nilai Uni - A Day in Life berakhir jua. Sekejap betul rasanya. Hehe. Apa pun, alhamdulillah sebab earning meningkat juga walaupun tak banyak. Sekarang ni Cikgu Faiz sedang berusaha untuk melihat sama ada Nuffnang atau pun Says yang akan mencecah RM50 dulu. Huhu. Buat masa ni nilai Says yang mendahului berbanding Nuffnang. Itu pun berkat jari jemari rakan-rakan blogger yang sudi klik di sana sini. Hehe. Terima kasih. Kamsahamnida.


Kalau korang ada klik tu bagitau la ye. In Shaa Allah Cikgu Faiz akan terjah blog korang dan klik apa-apa yang patut. Hihi. Bila lagi nak membantu rakan-rakan blogger kan? Dapat jugak pahala. Okey la. Cikgu Faiz tak larat sebenarnya nak taip panjang-panjang ni. Letih kerja siang tadi masih terasa. Macam ni la kalau kerja makan gaji. Lain la kalau ada bisnes sendiri. Dah dah, tak nak merapu lagi. Itu sahaja.


Sekian.




Yang benar,

1st Giveaway By Puterikasih.com



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Hari ni Cikgu Faiz nak join satu Give Away yang dianjurkan oleh blogger Puteri Kasih. Sebenarnya Cikgu Faiz telah ditag oleh seseorang iaitu blogger Fuza. Terima kasih sebab sudi tag saya ye. Memang terasa  rindu nak join GA banyak-banyak sebab dah lama tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh assignment dan exam. Huhu. Sementara cuti semester ni boleh la aktif sekejap. Hehe.


Okey, Cikgu Faiz tak nak membebel panjang. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Give Away ini amatlah dialu-alukan. Pastikan anda ikut segala syarat-syarat yang tertera di bawah ini.
1. Anda diwajibkan membuat membuat entri yang bertajuk "1st Giveaway By Puterikasih.com".
2. Letakkan banner seperti di atas tu di dalam entri anda. Kalau boleh link terus pada blog Puteri Kasih (yang ini pandai-pandai je Cikgu Faiz tambah. Huehuehue. Jangan marah).
3. Jika anda seorang yang tersangatlah baik hati dan pemurah, silalah follow semua penaja di bawah ini selepas syarat keempat.
4. Salin ayat di bawah ini dan tampal ke entri anda.

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie dan Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia".


5. Tag seorang rakan blogger anda. Kalau lebih lagi bagus.
6. Letakkan url entri GA ini di ruangan komen di entri GA Puteri Kasih.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Januari 2013 pada jam 11.59 malam. 

Untuk keterangan lanjut boleh klik banner di atas tu.

Tag : Deno, Sha, Shida.


PHOTO CONTEST


Yang benar,

Wordless Wednesday | Riben



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.




Inilah anak murid Cikgu Faiz bagi sesi 2013


Nak RM2500 TUNAI dan slot untuk beraksi di Pentas Earth Hour? Ini Caranya! KLIK.


Yang benar,

Review Novel | Awak Semanis Red Velvet (Lily Haslina Nasir)



Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.


Beberapa hari yang lepas tamatlah sudah novel yang Cikgu Faiz baca buat kesekian kalinya. Ini novel remaja. Tapi Cikgu Faiz ni gatal pulak nak baca. Huhuhu. Perasan remaja la tu. Cikgu Faiz pinjam je novel ni dari adik ipar. Mula-mula tu rasa macam tak nak baca sebab yelah kan, ini kan novel remaja. Mana sesuai dengan Cikgu Faiz yang dah menginjak dewasa ni. Hehe. Tapi adik ipar cakap ceritanya best dan akhirnya Cikgu Faiz berjaya juga menghabiskan cerita 'Awak Semanis Red Velvet'. 


Nak tahu bagaimana jalan ceritanya? Jom baca. Err.. tapi sebelum tu boleh tak tolong klik ni kejap je.. Hehe. TEKAN. Terima kasih.


google.com


Novel ini mengisahkan tentang seorang perunding perkahwinan iaitu Aireen Azlan yang agak cerewet. Pelanggan-pelanggan Aireen suka menempah kek perkahwinan iaitu kek Red Velvet yang dimasak oleh chef Izzul daripada Bakeri Lavender. Aireen membayangkan bahawa chef Izzul itu seorang yang sudah berusia dan dia selalu memperlekehkan kek tersebut dengan mengatakan bahawa ianya tidak sedap.


Pada suatu hari, Aireen telah pergi ke Bakeri Lavender untuk menempah kek Red Velvet dan ingin berjumpa dengan chef Izzul sendiri. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka telah berlakunya salah faham di antara Aireen dan Izzul. Bermula dari situ mereka mula berkawan baik. Aireen selalu datang ke Bakeri Lavender untuk berjumpa dengan chef kesayangannya. Dalam hati Aireen mula menyukai chef tersebut tetapi dia malu untuk berterus-terang kerana takut bertepuk sebelah tangan. 


Sesuatu yang tak diduga telah berlaku kerana Izzul telah memperkenalkan Aireen kepada kawan baiknya iaitu Marina. Pergolakan perasaan mula berlaku di antara Aireen dan Marina yang seringkali bertengkar apabila bertemu di bakeri. Marina yang juga menyimpan perasaan terhadap chef Izzul telah meluahkan perasaannya dan perkara tersebut telah didengari oleh Aireen. Aireen yang kecewa terus menyepikan diri daripada Izzul.


Marina yang geram kerana cintanya ditolak bertekad untuk memisahkan Aireen dan Izzul. Akibat daripada penipuan dan rancangan jahat Marina, Aireen mengundurkan diri dan pergi membawa hatinya yang lara ke luar negeri. Izzul mula menyedari yang dia juga mencintai Aireen kerana apa yang dibuat serba tidak kena kerana kek yang dibakar telah menjadi kuih bingka. Izzul mula mencari Aireen di Johor Bahru dan berjaya bertemu dengan cinta hatinya tetapi Aireen bukan lagi seorang perunding perkahwinan. Di mana agaknya Izzul bertemu kembali dengan Aireen? Hehe. Kena la baca sendiri. 


Apa pun novel ni sweet sangat-sangat dan tak rugi Cikgu Faiz pinjam. Novel ni ada banyak unsur-unsur lucu dan kalau korang baca mesti akan tersenyum sendiri. Lepas ni ada novel lain yang menanti untuk dibaca. Hehe. Giler novel betul kan.


Sekian.


Yang benar,

Muzik Membina Keyakinan Diri



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com


Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mereka sering ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Melalui muzik, kanak-kanak akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar dan 'menjelajah dunia' mereka. Mereka akan menunjukkan keyakinan untuk mencuba aktiviti baru, memberi idea dan perhatian serta fokus terhadap aktiviti tersebut.



Muzik Meningkatkan Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Kanak-kanak pula sentiasa mempunyai idea-idea baru dan suka berimaginasi. Mereka sering melahirkan idea-idea mereka melalui contengan dan lakaran yang dibuat pada dinding, meja dan kertas-kertas.


Kanak-kanak seharusnya diberi peluang untuk mengembangkan imaginasi mereka. Mereka perlu digalakkan menggunakan minda fikiran dengan menghasilkan idea-idea baru mengikut citarasa mereka. Semakin banyak rangsangan dilakukan, semakin meningkat daya kecerdasan kanak-kanak. Muzik boleh digunakan secara berkesan bagi melatih dan menjana kreativiti kanak-kanak. Pergerakan-pergerakan kreatif mengikut irama lagu dan bait-bait lagu menyeronokkan kanak-kanak.



Tahap Perkembangan Muzik dan Kanak-Kanak

Muzik ialah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural (Campbell, 1995). Selain daripada itu, terdapat juga gerakan-gerakan yang sesuai dengan elemen-elemen pendengaran tersebut. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam bentuk elemen bunyi dan gerakan. Terdapat enam elemen muzik iaitu melodi, irama, harmoni, tempo, ekspresi dan bentuk.


Tahap Awal

Pada tahap ini, kanak-kanak boleh mengenal pasti berbagai jenis bunyi dan memberi perbezaannya dari aspek tinggi dan rendah, panjang dan pendek, ringan dan berat. Kanak-kanak juga boleh menguji bunyi dengan berbagai alat bagi mengesan perbezaan bunyi dan mengumpul alat-alat dalam kumpulan yang sama jenis bunyi. Kanak-kanak juga boleh mengiringi nyanyian dan aktiviti dengan alat yang tertentu mengikut bunyi.


Tahap Ansur Maju

Pada tahap ini kanak-kanak boleh menyanyi dan bermain alat dalam nada yang betul. Kanak-kanak boleh menyanyi dan bermain alat mengikut irama dan kualiti ekspresi yang tepat. Pada waktu ini juga, ia membentuk "pendengaran dalaman" (inner hearing) kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh menyanyi dan bermain alat muzik sambil membaca skor dan mengikut dinamik bertulis. Malahan, kanak-kanak juga sudah boleh menggabungkan aktiviti nyanyian, bermain alat dan pergerakan mengikut skor.


Tahap Maju

Kanak-kanak yang berada pada tahap ini boleh berbincang tentang mod dan perasaan yang ada dalam sesuatu muzik. Mereka belajar memilih alat yang sesuai mengikut sesuatu gubahan. Kanak-kanak juga sudah mengenali peranan bunyi dan fungsi dalam masyarakat (contoh: alat muzik sape) dan biasa dengan muzik dari negara-negara lain. Kanak-kanak juga telah mampu memberi idea dan dapat berbincang tentang bunyi yang berkualiti dalam persembahan. Kanak-kanak juga boleh berbincang tentang harmoni, tekstur dan bagaimana ianya memberi efek dalam sesuatu muzik.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Freebies : Background Ungu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tadi jalan-jalan dekat google dan ternampak pulak background berwarna ungu yang cantik. Ada banyak sebenarnya tapi ini je yang sempat diambil. Ungu juga cantik seperti merah jambu. Lain kali boleh la tukar background blog ni kepada warna ungu pula. Hehe. Kepada yang berminat boleh ambil saja. Nanti nak kongsi background merah jambu pulak la.. Err... pink lagi?? Hihi. Saya memang gila pink a.k.a merah jambu.


















Yang benar,

Jenis-Jenis Disleksia (part 4)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini adalah entri sambungan bagi jenis-jenis disleksia. Maaflah sebab lama sangat nak habiskan silibus ni. Bukan apa jenis-jenis disleksia ni banyak dan Cikgu Faiz tak dapat nak siapkan satu entri terus. Keadaan tidak mengizinkan. Tapi jangan risau sebab ada lagi dua sahaja jenis-jenis disleksia pada kali ni. Lepas ni boleh masuk tajuk lain pula.


Baca jenis-jenis disleksia yang lalu...



8.      Keciciran Perkataan Penting

"Dalam menegakkan setiap individu untuk mendapatkan berkualiti, langkah-langkah sudah oleh a terlibat dan para bukan kerajaan untuk menyediakan yang memenuhi khas mereka yang kurang".


Teks sebenar :

"Dalam usaha menegakkan hak setiap individu bagi mendapatkan pendidikan berkualiti, langkah-langkah sudah diambil oleh agensi terlibat dan para pertubuhan bukan kerajaan bagi menyediakan prasarana yang memenuhi keperluan khas mereka yang kurang upaya".


Nota : Perkataan-perkataan penting mungkin dicicirkan.



9.      Terbalik atas bawah (Inversion)


Contoh tulisan terbalik atas bawah seperti di atas ni.


Nota : Perkataan-perkataan mungkin kelihatan terbalik (atas-bawah)



Adakah kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami disleksia?


Pada awalnya, dipercayai bahawa disleksia lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dengan kadar sehingga 4:1 (Cronin, 1997; Hornsby, 1995; Selikowitz, 1993). Namun demikian, kajian sudah membuktikan tiada perbezaan dan signifikan bagi jumlah kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami disleksia (Gorman, 2003; Flynn & Rahbar, 1994; Shaywitz, Fletcher & Escobar, 1990).


Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam masalah tingkah laku antara kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami disleksia. Ini mungkin memberi kesan pada peringkat awal mengenal pasti kanak-kanak disleksia kerana dalam penyelidikan lazimnya guru diminta menamakan kanak-kanak yang mempunyai masalah di sekolah. Lazimnya juga, kanak-kanak perempuan yang mempunyai masalah akademik kurang menonjol berbanding kanak-kanak lelaki kerana sifat semula jadi mereka menyebabkan mereka tidak begitu bermasalah dalam tingkah laku ataupun mungkin disebabkan mereka menggunakan strategi berbeza bagi menangani masalah mereka (Davies, 1984) termasuk meniru jawapan kawan dan seumpamanya. Shaywitz et al (1990) mendapati tiada perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan dalam masalah membaca tetapi guru didapati menghantar dua kali ganda kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ke kelas pemulihan. Ini dipercayai disebabkan oleh tingkah laku bermasalah yang lebih menonjol di kalangan kanak-kanak lelaki yang menyebabkan guru lebih menyedari masalah mereka dalam pembelajaran. Secara ringkasnya, kanak-kanak lelaki yang bermasalah dalam pembelajaran lebih cepat dikenal pasti kerana mereka lazimnya menunjukkan kekecewaan mereka dengan tingkah laku bermasalah (Gorman, 2003).


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Mencari Rumah di Malaysia? Bookmark INI! (atau simpan untuk masa depan!). KLIK.


Yang benar,
Cikgu Faiz

Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Perkembangan Psikomotor



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com


Komponen ini menumpukan pada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak taska, tadika dan sekolah rendah secara sihat, selamat, ceria, memupuk keyakinan diri dan personaliti yang baik. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal dengan yakin. Ia meningkatkan kemahiran motor, menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan serta meningkatkan kemahiran motor halus. Contohnya dengan pergerakan jejari dan menggunakan alat muzik tertentu.


Muzik Menggalakkan Pernyataan Kendiri

Pengalaman awal kanak-kanak adalah penting bagi perkembangan emosi dan intelek kanak-kanak. Kanak-kanak yang mencapai perkembangan emosi yang baik akan membentuk personaliti yang tenang, ceria, berkeyakinan tinggi dan cemerlang. Pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak mampu untuk meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata. Muzik membolehkan mereka meneroka pelbagai perasaan.


Muzik boleh menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran. Kanak-kanak berpeluang untuk menyatakan, memperhalus dan membentuk emosi yang stabil dan lebih matang.


Muzik Membantu Kanak-Kanak Mempelajari Nombor

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak membina pemahamannya berdasarkan tindak balas mereka dengan objek, interaksi dengan orang lain, tindak balas persekitaran atau pengalamannya setiap hari (kematangan). Kanak-kanak mudah mengingat nombor-nombor melalui lagu yang sering dinyanyikan. Proses ini berlaku secara semulajadi dan penuh keseronokan tanpa melalui paksaan. Kanak-kanak boleh mempelajari nombor dengan lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain. 


Muzik Meningkatkan Kemahiran Sosial

Pada peringkat pra operasi, kemahiran sosial kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak sudah pandai menggabungkan perkataan dan membentuk ayat. Kanak-kanak suka berinteraksi dan bercerita. Muzik dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membentuk kemahiran-kemahiran sosial dan sensitiviti pada manusia dan persekitaran. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan memahami peraturan serta persefahaman nilai di dalam kumpulan mereka. Kanak-kanak boleh belajar membentuk tingkah laku yang baik dan membina hubungan yang harmoni bersama rakan sebaya.

Justeru, kanak-kanak akan belajar memberi respon yang sesuai dan menunjukkan perasaan dengan cara yang baik dan saling menghormati rakan-rakan sebaya. Ia turut membantu kanak-kanak memahami keperluan diri sendiri serta orang lain, menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang lain.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...