Berblog sambil beramal...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam Cikgu Faiz terbaca satu keratan akhbar mengenai adik Adam Azfar Jimadie Shah di akhbar Sinar Harian (27 November 2012). Adik Adam Azfar ni telah dikesan mengidap kanser otak. Untuk pengetahuan semua, adik Adam ni merupakan anak kepada rakan sejawat Cikgu Faiz di sekolah. Adik Adam baru berumur enam tahun ketika dikesan mengidap penyakit ini.


Kat bawah ni merupakan keratan akhbar tersebut...




SHAH ALAM - Selepas enam kali menjalani sesi radioterapi mengawal kanser otak, barat badan Adam Azfar Jimadie Shah, 6, semakin susut dan lemah. Bapa Adam, Jimadie Shah Othman, 32, berkata walaupun Adam kurang muntah tetapi susulan rawatan radioterapi itu mengakibatkan Adam kurang selera makan dan hanya bergantung pada susu formula untuk tenaga.


Jimadie bersyukur Adam tidak banyak kerenah dan sentiasa memberikan kerjasama baik sewaktu sesi rawatan. "Dulu dia perlu diberi ubat tidur kerana takut dia melawan ketika rawatan. Tapi mungkin kerana dan biasa, Adam tak lagi diberi ubat tidur. Rawatan dibuat ketika dia sedar dan dia hadapinya dengan tenang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Adam sudah pun menjalani enam sesi radioterapi dan tidak dibenarkan makan melalui mulut kerana rahang Adam lemah untuk mengunyah makanan. "Doktor juga khuatir jika makanan tidak lumat akan menyebabkan ia lekat di kerongkong atau masuk ke paru-paru," katanya.


Adam baru saja menyambut hari jadi ke enam pada 23 November lalu di wad Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Pada 1 November lalu, Adam disah menghidap tumor otak 'Pontine Glioma' berukuran 2.5 sentimeter berkedudukan di tengah otak.


Dia perlu menjalani 30 sesi rawatan radioterapi bagi melawan sel kanser daripada bercambah. Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd 506164-019988.


Setiap bantuan anda amatlah bermakna untuk adik Adam. Semoga adik Adam kuat untuk melawan penyakitnya. InsyaAllah.




With love..,

Mari Mengeja Suku Kata KVKKVK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ni rasa takde mood langsung nak update. Cikgu Faiz tengah susah hati ni. Nak buat macam mana dah salah sendiri. Huhu. Okey la. Malam ni Cikgu Faiz ingin berkongsi satu lagi bahan bantu mengajar. Kali ni kategori suku kata KVKKVK (dua suku kata tertutup). Antara perkataan dua suku kata tertutup seperti di bawah.


Selamat membaca ya adik adik !!









Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.
Standard Kandungan : (BM3.5.6) Membatangkan dua suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.


Tolong undi pula ye --> VOTE


With love..,

Fokus Pendidikan Prasekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com



Fokus Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.


Organisasi Kurikulum


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut : 
  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Sains dan Teknologi
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Perkembangan Ketranpilan Diri

Untuk tujuan kesinambungan, tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.


Dah baca? Tolong klik ni pulak --> AWAL ASHARI


With love..,

MTV Incik Boss & Probe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sekarang ni Cikgu Faiz tengah dalam proses menjawab soalan-soalan forum. Sambil-sambil tu layan juga MTV dekat bawah ini. Hehehe. Kurang sikit pening kepala. Anda semua pernah dengar tak? Kalau tak jom layan MTV ni dengan Cikgu Faiz. Siap ada lirik lagi. Sebelum tekan butang play pause dulu lagu dekat sebelah ni ye -->


Lirik lagu Incik Bos dan Probe (terbalik)


Di suatu masa keadaan dunia
Penuh bergaya
Ancaman dari kami kami ini
Habislah semua hero dah takde
Hero dah kalah ler
Kalahkan kami
Kalahkan kami
Hero yang hensem datang takluki bumi
Demi koko yang dicintai (Oh yeah!)
Mereka dah tiba tahun lepas lagi
Macam-macam terjadi
Ada sekali kalah tapi akhirnya menang juga
Incik bos, dan Probe
Incik bos, dan Probe
Incik Probe, dan bos
Probe
Komputer
Multi monster (eh, dia dah jadi baik ah)
Dan bos hensem kita
Adudu
Dan Probe (yeah yeah !.. wo wo..)
Incik bos, dan Probe
Incik bos, dan Probe !!









With love..,

Bagaimanakah aktiviti seni dan kraf kanak-kanak dilaksanakan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com


Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti-aktiviti seni dan kraf ini adalah sesuai dan berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Aktiviti menggambar kanak-kanak


Aktiviti menggambar kanak-kanak bermula dengan contengan, melukis jenis-jenis garisan dan jenis-jenis bentuk serta menggunakan gabungan jenis-jenis garisan dan jenis-jenis bentuk. Jenis-jenis garisan yang digunakan terdiri daripada garisan berbiji, garisan berlingkar, garisan lurus, garisan putus-putus, garisan beralun, garisan bergetar, garisan bergerigi, garisan berduri, garisan berbulu dan garisan bertitik serta jenis-jenis bentuk yang digunakan terdiri daripada bentuk bulat, bujur, bentuk segi empat sama, bentuk segi empat tepat dan segitiga. Aktiviti mengenal warna dan campuran warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder, warna tertier, warna sejuk dan warna panas.


Aktiviti-aktiviti menggambar adalah sesuai untuk kanak-kanak berkreatif dan berkebolehan untuk aplikasi, ekspresi dan apresiasi seni. Aktiviti menggambar yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan, kolaj, cetakan, resis, gosokan, percikan, gurisan, capan, mozek, montaj dan stesilan.


Aktiviti membuat corak dan rekaan kanak-kanak


Aktiviti membuat corak dan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. 


Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak


Aktiviti bentuk binaan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng muka dan origami. 


Aktiviti kraf tradisional juga diperkenalkan membantu kanak-kanak mengenal jenis-jenis kraf tradisional yang berunsur budaya pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Contoh pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia ialah baju kurung, baju Melayu, cheongsam, samfu, sari, kurta, baju Punjabi, pakaian kebaya, kain songket Melayu Sarawak, tengkolok bulu burung, topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau dan tengkolok suku kaum Lotud. 


Contoh alat muzik tradisional pelbagai kaum di Malaysia pula ialah serunai, rebab, kompang, rebana, angklung, gong, erh-hu, pipa, gendang, tabla, sitar, tempura dan satong.


Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak seperti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan untuk kanak-kanak merupakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan berkesan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


Sayang mereka-mereka yang tolong klik link ni --> HARIMAU MALAYA


With love..,

Lirik - Lompat Si Katak Lompat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sumber gambar : carian google



Jom nyanyi bersama-sama... Muzik sama dengan lagu katak yang biasa tu cuma yang ni menceritakan kitaran hidup katak. 



Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Katak berkaki empat,
Bertelur dalam perigi.

Telur dilindung buih,
Menetas jadi berudu,
Berenang di dalam air,
Ke hilir mencari ibu.

Berudu, berudu,
Makin membesar.

Tumbuh kaki belakang,
Kaki depan keluar,
Ekor panjang hilang.

Berudu dah cukup sifat,
Jejari mula melekat,
Anak katak menjadi kuat,
Ke darat terus melompat.


Kitaran hidup katak. Sumber --> google


LBS2 - KATERINA


With love..,

Label Drawer Murid Prasekolah / Lelaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru online tiba-tiba je bekalan elektrik terputus. Tet... ! Nasib baik bateri masih penuh. Oh ya, sekarang ni Cikgu Faiz telah pun berada nun jauh di kampung halaman. Bentong je pon. Macam la jauh sangat. Hehehe. Bila ada di kampung ni suasananya lain macam sikit tak macam di Puchong. Sebelum menaip entri ni Cikgu Faiz baru je selesai memasak lauk untuk hidangan tengahari sekejap sahaja lagi. Masakan biasa-biasa je pun. 


Tak dan nak letak watermark. Huhu. Menarik tak?? Sambal udang petai Bentong. Hehe.



Berbalik kepada tajuk entri. Minggu lepas Cikgu Faiz ada tunjuk label drawer murid-murid Prasekolah bagi perempuan sahaja. Senang cerita TENGOK NI. Kali ni Cikgu Faiz nak tunjuk pula label nama untuk murid lelaki. Macam biasa doodle dari APIT. Cikgu Faiz cuma taip nama je. Comel tak? Cuba komen sikit :)








Nota : Bila dah print warna dah kurang cantik macam dekat atas ni :( Takpe la. Tetap comel.




With love..,

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


 


Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


Objektif Pendidikan Prasekolah.


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut : 


Membina kecergasan badan.

Mempunyai tubuh badan yang sihat.

Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

Mempunyai kematangan emosi.

Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.

Mengamalkan nilai murni.

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.

Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


KLIK KLIK !!


With love..,

Mengapakah Perlu Ada Aktiviti Seni dan Kraf untuk Kanak-Kanak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini merupakan kesinambungan daripada entri INI dan INI


Sumber gambar : carian google



Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti seni dan kraf, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak bukan terhad kepada pameran di galeri seni. Ia juga merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh.


Seni dan kraf dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.


Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila berinteraksi dengan guru atau ibu bapa sepanjang proses melaksanakan aktiviti seni dan kraf. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran bahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar semasa aktiviti seni dan kraf. Kanak-kanak berpeluang menggunakan bahasa secara bermakna dan tepat seperti menggunakan perkataan dan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul serta berinteraksi secara sopan dan bertatasusila menerusi aktiviti seni dan kraf.


Seni dan kraf dalam perkembangan emosi kanak-kanak.


Kanak-kanak menunjukkan kepuasan dan menyampaikan perasaan mereka menerusi hasil kerja seni mereka serta menerima pandangan orang lain semasa bercerita dan mempamerkan hasil kerja. Proses aktiviti seni dan kraf membentuk sikap positif kanak-kanak berkenaan kebolehan sendiri, membina keyakinan diri dan semangat berdikari.


Seni dan kraf dalam perkembangan sosial kanak-kanak.


Aktiviti seni dan kraf memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi, bertolak ansur dan bekerjasama. Aktiviti seni dan kraf juga memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi seperti berkongsi bahan dan peralatan seni serta menunjukkan kepekaan terhadap keperluan kanak-kanak yang lain.


Seni dan kraf dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.


Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikuasai menerusi aktiviti seni dan kraf. Penggunaan bahan dan peralatan dalam aktiviti seni dan kraf memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata untuk kanak-kanak. Secara tidak langsung, kemahiran motor kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berkesan.


Seni dan kraf dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.


Aktiviti melukis dan kraf dapat mempertingkatkan kematangan kognitif seseorang kanak-kanak. Pakar-pakar psikologi menggunakan lukisan atau kraf kanak-kanak untuk menilai kematangan intelektual dan emosi mereka. Aktiviti seni dan kraf yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah, menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi serta bijak membuat penilaian dan keputusan.


Seni dan kraf dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.


Sepanjang proses aktiviti seni dan kraf, kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pemerhatian, menganalisis, menjana idea dan seterusnya menghasilkan karya seni yang asli. Oleh yang demikian, proses ini dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. 


Seni dan kraf dalam perkembangan kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak.


Kanak-kanak mengamalkan sikap sabar, tekun dan kerjasama semasa aktiviti seni dan kraf. Selain itu, penggunaan bahan-bahan buangan persekitaran mendidik kanak-kanak menghayati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang dihayati akan menimbulkan rasa seronok kanak-kanak untuk lebih dekat dengan alam ciptaan Tuhan. Secara keseluruhannya, aktiviti seni dan kraf yang merangkumi aktiviti menggambar, aktiviti membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan dapat membantu kepada perkembangan bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti, kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


Kalau dah baca tolong klik SINI kejap ye :) Terima kasih daun keladi.


With love..,

Tutorial : Cara Untuk Komen Sesebuah Entri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat malam semua. Esok keputusan UPSR akan keluar. Harap-harap para pelajar di luar sana akan beroleh keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Malam ni Cikgu Faiz ingin berkongsi kepada cikgu-cikgu semua tentang cara untuk kita komen sesebuah entri. Yela, lepas baca mesti terasa nak bagi komen atau pendapat kan. Masa jalan-jalan dekat page UPSI aritu ternampak ada cikgu yang bertanyakan tentang hal ni.


Caranya mudah saja...




Pertama, bila cikgu-cikgu dah baca sesebuah entri tu, dekat bahagian bawah sekali ada tertulis perkataan NO COMMENTS / 2 COMMENTS (bergantung kepada bilangan komen di entri tersebut). Cikgu klik perkataan tu.



Lepas tu dia akan loading dan keluar pula macam ni. Cikgu komen la dan klik publish.



Lepas tu akan keluar macam ni pulak. Cikgu taip je apa yang ada dekat atas tu. Semua sekali tau. Akhir sekali tekan publish.


Dah siap :) Kredit untuk blog Cikgu.




With love..,

Mari Mengeja Suku Kata KVKVKV

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat hari minggu semua. Harap anda semua sihat-sihat belaka. Cikgu Faiz baru je sihat daripada demam. Uhuk uhuk. Tak tau la kenapa semalam rasa sakit-sakit badan lepas tu sejuk semacam je. Hari ni baru okey. Alhamdulillah... 


Hari ni Cikgu Faiz ingin mengajar apa itu suku kata KVKVKV. Siapa tahu sila angkat laptop. Hehe. Jangan marah. KVKVKV itu ialah tiga suku kata terbuka. Seperti yang anda dapat lihat perkataan-perkataan di bawah ini. Standard pembelajaran dan standard kandungannya di akhir entri ini. Sesiapa yang tengah online dengan anak tu boleh la ajak diorang mengeja sekali.






Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.

Standard Pembelajaran : (BM3.5.4) Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.




With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...