Showing posts with label sains dan teknologi. Show all posts
Showing posts with label sains dan teknologi. Show all posts

Lirik - Lompat Si Katak Lompat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sumber gambar : carian google



Jom nyanyi bersama-sama... Muzik sama dengan lagu katak yang biasa tu cuma yang ni menceritakan kitaran hidup katak. 



Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Katak berkaki empat,
Bertelur dalam perigi.

Telur dilindung buih,
Menetas jadi berudu,
Berenang di dalam air,
Ke hilir mencari ibu.

Berudu, berudu,
Makin membesar.

Tumbuh kaki belakang,
Kaki depan keluar,
Ekor panjang hilang.

Berudu dah cukup sifat,
Jejari mula melekat,
Anak katak menjadi kuat,
Ke darat terus melompat.


Kitaran hidup katak. Sumber --> google


LBS2 - KATERINA


With love..,

12 Bulan Dalam Setahun

Assalamualaikum.


Selamat Hari Isnin semua. Hari pertama bekerja di minggu yang baru ni mesti ada rasa malas sikit kan. Biasa la tu. Dah dua hari bercuti mesti nak cuti lagi. Bersabar la wahai cikgu-cikgu sekalian. Tak lama lagi dah nak cuti panjang (cuti pon macam tak cuti je). Itu sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bergelar pendidik.


Panjang pula celoteh Cikgu Faiz ye. Baiklah... Tanpa membuang masa, hari ni Cikgu Faiz ingin berkongsi bahan bantu mengajar bagi tunjang Sains dan Teknologi. Tunjang ini bukan sekadar mengajar murid berkaitan nombor tetapi juga bulan-bulan dalam setahun. Mari kita lihat apa standard kandungan dan standard pembelajaran bagi tajuk ini.


Standard Kandungan : (ST10.1) Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran : (ST 10.1.6) Menyatakan nama bulan dalam setahun.





Kalau ada yang berkenan dengan kad imbasan di atas boleh klik terus pada gambar dan tekan 'save'.

KLIK SINI sebagai tanda anda memberi sokongan terhadap blog ini :) Terima kasih.


With ♥..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...