Terima kasih di atas sokongan anda


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dah berapa hari tak dapat nak update nota. Hujung bulan ni agak sibuk dengan kerja-kerja di kelas dan juga peperiksaan. Semalam dah selamat satu paper, Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Entah berapa yang betul agaknya. Di samping itu, internet juga seolah-olah tidak membenarkan Cikgu Faiz blogwalking ke blog rakan-rakan. Lambat semacam. Dah over limit lah katakan. Huhu. Kena tunggu dia laju seperti biasa baru boleh sambung blogwalking dan update nota-nota yang dah bertimbun tu.


Walaupun dah dua hari Cikgu Faiz menyepikan diri, namun masih ada insan-insan yang sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih diucapkan :) Harap anda tidak bosan dengan entri yang sama. 



Trafik di blog Cikgu Faiz setakat ini.


Maaf jika Cikgu Faiz tidak membalas jejak korang. Seperti yang Cikgu Faiz katakan tadi, kena tunggu internet laju baru boleh blogwalking. Kalau tidak, letih nak menunggu loading. Huhu. Harap korang bersabar menunggu kedatangan Cikgu Faiz ye. 


P/S : Earning Nuffnang naik lagi hari ni. Suka suka suka. Hehe.


Maxis ada pelan-pelan wireless broadband BARU! Serendah RM48 sebulan! KLIK.


Yang benar,

Pendapat saya tentang filem 'Katerina'



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cikgu Faiz baru je selesai menonton sebuah filem tempatan yang sememangnya ditunggu-tunggu iaitu 'Katerina'. Ramai yang cakap filem ni bosan. Tapi Cikgu Faiz rasa takde la membosankan. Cuma jalan ceritanya agak biasa dan seperti kata mereka-mereka di suratkhabar, filem ini hampir keseluruhannya sama dengan jalan cerita di dalam novel. Heh, Cikgu Faiz dah baca novel tu dan memang betul. Cuma ada sedikit yang lain. Tapi takpe. Bukan senang nak adaptasi dari novel ke filem kan.



google.com.my


Cikgu Faiz rasa Maya Karin telah membawakan watak Katerina dengan baik. Mula-mula tu bila dengan watak Katerina yang asalnya dilakonkan oleh Fazura, Cikgu Faiz rasa macam pelik sebab rasa macam tak best je bila Maya Karin yang membawakan watak tersebut. Ternyata, telahan Cikgu Faiz tidak benar sama sekali kerana sepanjang filem ini dimainkan, Cikgu Faiz tidak berganjak di dari depan laptop. Huhu. Ini pendapat Cikgu Faiz je. Lain orang, lain citarasa.


Ada part lawak yang menampilkan Ning Baizura yang terlantar sakit di hospital. Hehe. Yang tu memang tak boleh belah langsung. Huhu. Kelakar betul bila tengok Ning Baizura berlakon tadi. Huhu. Terus watak dia mati dekat situ jugak dan tak sempat nak buat apa-apa.


google.com.my


Walaupun ramai yang mengatakan bahawa filem ini tidak best, Cikgu Faiz tetap berasa sebak apabila menontonnya tadi. Huhu. Pertama masa part Katerina ternampak Kasyah dan Athirah di dalam LRT. Tak tahu la tiba-tiba je bergenang air mata ni. Huhu. Lepas tu masa Athirah sakit dan meninggal lagi la sedih. Huhuhu. 


Watak yang paling menyampah sekali ialah Hisyam yang dibawa oleh Bront Palare. Eee... rimas betul la tengok Hisyam yang suka marah tak tentu pasal. Lepas tu asyik kelam kabut je. Penat Cikgu Faiz tengok. 


Keseluruhannya filem ni tidaklah mengecewakan sangat. Bagi Cikgu Faiz la. Hehe. Lepas ni nak tunggu sambungan novel ketiga pulak. Sekian.


KLIK SEKALI JE


Yang benar,

Give Away Wan Hazel



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Yeah, malam ni nak join Give Away Wan Hazel. Klik banner di atas untuk join ye.

Pemenang pertama akan mendapat keychain couple Domokun

Pemenang kedua, ketiga dan keempat akan mendapat keychain DSLR

Sekian.


SULTANS OF SCIENCE (check it out)


Yang benar,

Aktiviti hari ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru dapat menaip semula. Hehe. Hari ni juga sama seperti hari semalam dan sebelumnya. Cikgu Faiz masih lagi sibuk dengan aktiviti sebelum menjelangnya hari pertama persekolahan. Cuma yang bezanya hari ni tiada mesyuarat. Hari ni cuma ada Hari Pendaftaran Murid Tahun Satu dan ujian diagnostik. Cikgu Faiz bertugas di kelas Satu Fokus. Kerjanya cuma memantau murid menjawab soalan. Sesudah itu kena tanda kertas murid dan menunggu ibu bapa datang menjemput anak-anak mereka.


Tadi ada juga beberapa orang bekas anak murid Cikgu Faiz yang berada di kelas tersebut. Mereka ialah Hazmiera, Amirah, Diana, Fakhira, Natasha dan Irdina. Tadi sempat juga tengok diorang punya jawapan. Yang geramnya ada pulak yang tulis huruf terbalik. Hmm.. mentang-mentang la cuti lama ye. Sabar je la. Yang paling seronok sekali apabila dua orang murid Cikgu Faiz berjaya mendapat markah seratus peratus. Yang lain-lain tu tak tahu la macam mana keputusan mereka. Harap-harap tak masuk linus. 


Selesai je program tadi cepat-cepat pergi ke kelas Prasekolah untuk menyambung kembali tugasan yang masih belum siap. Susun atur perabot dah siap. Buku-buku pon dah hampir siap. Cuma nak buat label nama murid aje. Penat betul dua tiga hari ni. Esok nak pergi ambil pakaian prasekolah di PPD pulak. Lepas tu hari Ahad kena menjawab soalan peperiksaan pulak. Modul pon tak habis baca lagi ni. Hehe.


Sekian.


FORMULA NIPPON?


Yang benar,

Sudah mula sibuk



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entri pendek je hari ni. Pagi tadi ada taklimat bersama ibu bapa murid-murid Prasekolah sesi 2013. Habis taklimat je terus bergegas ke mesyuarat guru kali pertama sesi 2013. Selesai mesyuarat dalam pukul sebelas lebih turun ke kelas pra untuk menyiapkan kerja seperti menampal nama pada buku-buku aktiviti dan buku-buku tulis murid. Sambil-sambil tu menampal label nama pada drawer mereka. Dah siap yang tu tampal nama pada rak kasut. Lepas tu siapkan tag nama dan butiran penting murid untuk diletakkan di satu sudut. Sibuk betul hari ni. Kerja yang terakhir tu tak sempat nak siap. Nak sambung esok je lepas mesyuarat kurikulum, ko-kurikulum dan HEM. 


Malam ni pulak ada makan malam akhir tahun bersama kelab guru dan staf di Hotel Equatorial, Bangi. Cikgu Faiz pergi dengan kawan je. Abah dan Faqih tinggal. Huhu. Minta maaf sekiranya Cikgu Faiz belum membalas jejak korang ye. In Shaa Allah, balik dari makan malam nanti Cikgu Faiz akan blogwalking satu persatu. Yang dah follow tu, terima kasih diucapkan. Nanti Cikgu Faiz terjah dan follow blog anda pula ye.


Okey, masa betul-betul tidak mengizinkan. Cikgu Faiz mintak diri dulu ye. Jumpa lagi :)


KAMPUNG WELLINGTON


Yang benar,

Jenis-jenis disleksia (part 1)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu aspek yang kurang diketahui umum ialah terdapat pelbagai jenis disleksia dengan simptom dan ciri berbeza. Berikut dinyatakan jenis-jenis disleksia yang berbeza berdasarkan apa yang dipersepsi oleh mereka yang mengalaminya (Ryden, 1998) :-
  1. Pembalikan konsep

Akan hampir lima belas hari sebelum Murugan dari Malaysia memadam sejarah menguai ekperdisi meradah cabaran menerusi Dataran Everest. Berbelakangan dengan kesenangan - fizikal dan tidak semulajadi - individu itu membaling cabaran gunung terendah tersebut dengan takutnya.


Teks sebenar :

"Sudah hampir lima belas tahun berlalu semenjak Murugan dari Malaysia mencipta sejarah dengan mengetuai ekspedisi meredah cabaran mendaki Gunung Everest. Walaupun berhadapan dengan pelbagai kesusahan - fizikal dan semulajadi - kumpulan itu menyambut cabaran gunung tertinggi itu dengan beraninya".


Nota : Kadangkala mereka yang mengalami disleksia mempersepsi suatu perkataan itu dalam bentuk lawannya (antonimnya).


   2.   Disorientasi Vertikal

... sua ujituahadn terap keanketa nad cekaln jiwabaha. Ke hidedup ngan sukaran ketan yang diamali cacatidak diyang bakan akij dapat dibaha nan beb emositam yang dipikul ak periswita terse ibatbut.


Teks sebenar :

"... dan dia sama hebatnya dalam mengayuh perahu itu. Bersama-sama Lin, seorang lagi paraplegik Amad (yang dapat menggunakan sebelah tangan sahaja) dan beberapa orang kawan lain, mereka mengayuh dengan begitu bersemangat merentasi kawasan air deras mencari penghujung perjalanan".


Nota : Terdapat huruf dan perkataan yang berpindah ke barisan atas atau pun bawah daripada barisan sebenarnya.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Makanan kegemaranku sejak azali



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Sila cuci mata melihat gambar di atas ye. Saja nak buat pembaca-pembaca di blog ni terliur kejap. Hihiks. Apa motif pulak Cikgu Faiz letak gambar keropok yang owesome ni kan? Korang semua suka makan keropok tak? Bukan jajan okey. Tapi keropok lekor yang tebal atau nipis tu. Mesti ramai yang suka kan Cikgu Faiz memang suka giler makan keropok ni. Tak kisah la tebal ke, nipis ke, semuanya Cikgu Faiz kunyah dan telan. Hehe. Keropok ni dah kira makanan kegemaran Cikgu Faiz sejak sekolah rendah sampailah dah kawin dan ada anak. Huhu.


Ni yang nak cerita pasal kisah di zaman sekolah rendah ni. Hehe. Sila baca dengan penuh perasaan kasih sayang okey. Ehem ! Masa Cikgu Faiz kecik-kecik dulu yakni masa sekolah rendah, tiap kali balik dari sekolah je mesti nak singgah satu gerai keropok ni. Kalau tak singgah memang tak sah. Sebenarnya abah Cikgu Faiz yang rajin bawak Cikgu Faiz makan keropok RM0.50 dekat gerai pakcik tu. Mungkin di atas permintaan Cikgu Faiz kot. Tak ingat la pulak ye. Hehe.


Dulu-dulu sekeping keropok nipis berharga RM0.10 je. Murah kan? Sebab tu la Cikgu Faiz beli RM0.50 je (abah yang beli). Hehe. Lima keping keropok tu pon dah mengenyangkan. Lepas tu pekena pulak air oren RM0.20. Memang kenyang (bagi budak kecik yang tak kuat makan macam Cikgu Faiz). Huhu. Kenangan itu tak mungkin Cikgu Faiz lupakan sebab itulah kenangan terindah dengan abah. Abah memang faham sangat bahawasanya Cikgu Faiz dan keropok tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, tiap-tiap kali pulang dari sekolah beliau akan singgah di gerai berkenaan. Terima kasih abah :)


Sekarang ni wabak makan keropok ni dah merebak pula dekat Faqih. Hehe. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Anda pula bagaimana? Ada kenangan makan keropok tak? Cer citer..


HOT GIRL


Yang benar,

Faqih yang perasan dah sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ehem ehem. Hehe. Diam tak diam tak lama lagi sesi persekolahan akan bermula. Terasa sekejap sangat masa berlalu pergi meninggalkan sejuta memori. Hmm... tahun 2012 memang banyak kenangan pahit manis dalam hidup Cikgu Faiz. Semoga kehadiran tahun 2013 akan menjadi lebih baik. In Shaa Allah.


Masa cuti hari tu dapat jugak la bawa Faqih pergi jalan-jalan window shopping. Faqih ni paling pantang kalau lalu depan shopping complex yang ada mainan tu. Kalau dia nampak terus meronta-ronta nak masuk. Terpaksa la masuk juga, kalau tak mula la Faqih buat perangai. Dah la dia tak nak main permainan yang setaraf dengan umur dia. Faqih ni suka main permainan budak sekolah rendah. Huhu. Permainan naik kereta, lori yang ada lagu tu langsung tak nak. Kalau dia ada mood baru nak naik. Perasan betul Faqih ni. Umur baru nak masuk tiga tahun.


Kalau tak percaya tengok la gambar-gambar di bawah ni. Huhu. Cuba tengok permainan apa yang menjadi pilihan Faqih tu. 



main ketuk-ketuk. dah la ketuk tak kuat. sekejap je dah habis. Huhu. layan je la.


Faqih tak kasi abah dia nak tolong ketukkan. Nak main sendiri tu. Huhu.


Main boling. Asyik masuk longkang je.


Main motor racing. Muka kusyuk.


Abah tukang tolak moto ikut lap. Huhu.


Betul tak apa yang Cikgu Faiz cakap? Faqih cuma nak main permainan budak dah sekolah :)


TOLONG YE.

Yang benar,

26th Birthday Giveaway by ShidaR



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Alhamdulillah... Dengan limpah kurniaNya dapat juga Cikgu Faiz join Birthday Give Away Dunia Shida. Kalau ikut perancangan, Cikgu Faiz nak join pada hari yang terakhir tu. Tapi memandangkan 30hb dah sibuk dengan exam terpaksa la diawalkan. Hehe. Tak dapat la nak jadi peserta terakhir GA ni. Huhu.


  • Syarat pertama GA Cikgu Faiz dah ikut --> follow blog, like fanpage dan subscribes facebook Shida.
  • Syarat kedua pon dah ada dekat atas tuuu --> banner dan tajuk GA.
  • Syarat ketiga dekat bawah ni.
  • Syarat keempat dan kelima pon dan buat :)

Ucapan Hari Lahir Buat Shida.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 26 tahun. Alhamdulillah... Semoga dengan peningkatan umur ini akan menjadikan Shida seorang yang lebih baik dari yang sebelum ini. Semoga Allah SWT panjangkan umur, memberi kesihatan yang baik dan murahkan rezeki Shida di dunia ini. Semoga Shida terus success di dalam arena blogger dan realiti. Opsss.. terlupa pula. Moga Shida cepat-cepat bertemu jodoh sekaligus menamatkan zaman bujang. Hehe. Amin...


Kepada yang nak join jugak boleh klik SINI. Tapi sebelum tu klik BENDA ALAH NI DULU.


Yang benar,
Cikgu Faiz...

Pengintegrasian Perisian Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my

Pengenalan


Perisian aplikasi merupakan perisian yang dibangunkan untuk memudahkan tugas pengguna. Terdapat dua kategori utama iaitu perisian aplikasi umum dan perisian aplikasi khusus. Perisian aplikasi umum juga dikenali sebagai perisian produktiviti. Perisian ini terdiri daripada pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan pangkalan data. Ianya sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pengetahuan dan kemahiran. Contohnya :-
  • Seorang murid boleh menggunakan perisian pemproses perkataan untuk menyiapkan tugasan.
  • Seorang suri rumah boleh menggunakan hamparan elektronik untuk merancang perbelanjaan bulanan.
  • Seorang peruncit pula boleh menggunakan perisian pangkalan data untuk menyimpan stok barangan kedai.
  • Seorang jurujual boleh menggunakan perisian persembahan untuk mempromosikan produk.

Perisian aplikasi khusus dibangunkan untuk melakukan tugas yang khusus. Antara jenis perisian aplikasi khusus adalah seperti :-
  • Perisian grafik - digunakan untuk mencipta dan mengedit imej bagi menghasilkan grafik yang berkualiti profesional.
  • Perisian audio dan video - digunakan untuk mencipta dan mengedit audio dan video bagi menghasilkan audio dan video yang berkualiti profesional.
  • Perisian pengarangan web - digunakan untuk mencipta, mengedit dan mereka bentuk laman web.

Rujukan : Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Mohd Nazri Md. Saad dan Roznim Mohamad Rasli (2011), Modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Yang benar,

Cita-cita...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my



Dah lama Cikgu Faiz tak membebel. Rasa macam nak bercerita sikit tentang masa lalu Cikgu Faiz. Hikhik. Semua orang mesti ada cita-cita termasuk Cikgu Faiz. Masa sekolah dulu Cikgu Faiz ni bercita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita. Cita-cita untuk menjadi guru jatuh di nombor dua okey. Tak tahu la kenapa Cikgu Faiz minat sangat nak baca berita tu. Agaknya syok tengok pembaca berita dekat televisyen tu membaca je kerjanya. Nampak macam senang sebab hanya perlu membaca. Huhu. 


Cikgu Faiz selalu duduk sorang-sorang dalam bilik tapi sebelum tu sempat kebas suratkhabar abah bawak masuk dalam bilik. Tujuannya supaya Cikgu Faiz dapat berlatih membaca berita di depan cermin. Huhuhu. Yang kelakarnya bila abah Cikgu Faiz buka je pintu terus senyap sunyi dan berpura-pura buat kerja lain pulak. Hehehe. Malu bila abah tengok. Tapi rasanya abah Cikgu Faiz tau kot cuma dia saja buat tak tahu sebab takut anak dara dia malu-malu kucing. Huhuhu.


Lepas SPM dulu Cikgu Faiz rajin juga belek-belek suratkhabar. Tengah syok belek-belek tu ternampak satu keratan tentang pengambilan ke MIIM (dulu la, sekarang dah tukar rasanya). MIIM tu Multimedia Integrative .... apa ntah. Dah lupa la. Cikgu Faiz pon hantar keratan tu melalui pos bagi mendapatkan borang permohonan bagi kemasukan ke Institut tu. Bila dapat je borang itu Cikgu Faiz tunjuk dekat mak dan  abah. Malangnya mak tak setuju terus. Alasannya MIIM tu sebuah kolej swasta dan sudah tentu kos pengajiaannya memakan belanja yang tinggi. Abah pon tak setuju. Huhu. Masa tu memang dah kecewa sangat. Masuk bilik kunci pintu lepas tu nangis dekat atas katil. Lepas tu Cikgu Faiz terus koyakkan borang permohonan tu dan buang terus. Buat apa nak simpan lagi kalau mak dan abah tak restu. Huhuhu.


Akhirnya cita-cita Cikgu Faiz tercapai juga. Itu pun cita-cita kedua. Huhu. Mak memang suka sangat kalau anak dara dia jadi cikgu. Atas restu mak dan abah juga la Cikgu Faiz jadi seperti sekarang ini. Pasal cita-cita pertama tu mungkin bukan ditakdirkan untuk Cikgu Faiz menjadi seorang pembaca berita. Allah dah tetapkan yang terbaik hambaNya ini dan alhamdulillah inilah yang terbaik untuk insan yang bernama NURUL FAIZ.


Apa cita-cita korang dulu-dulu? Tercapai tak?


KLIK SEKALI


Yang benar,

Sejarah ringkas penggunaan komputer dalam pendidikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Malam tadi Cikgu Faiz ada baca modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Maklum la, 30hb ni ada peperiksaan akhir semester dua. Tengah-tengah baca tu terbaca pulak tentang sejarah penggunaan komputer. Masa zaman Cikgu Faiz sekolah rendah dulu, tak pernah pon sentuh komputer, laptop apatah lagi. Naik sekolah menengah baru la merasa belajar komputer. Anak-anak zaman sekarang ni dikira beruntung sebab lahir je semua dah ada.


Dalam hati tu tertanya-tanya juga. Bila masa penggunaan komputer ni mula diperkenalkan? Sekarang ni Cikgu Faiz ingin berkongsi apa yang telah dibaca malam tadi. Err... sebenarnya pagi tadi. Hehe. Pagi-pagi buta Cikgu Faiz baca buku. Huhu. Malam ni nak sambung baca lagi :)


google.com.my



Era Pra Penggunaan Mikrokomputer

  • 1950 - Instruksional pertama untuk penggunaan komputer.
  • 1959 - Pertama kali diperkenalkan kepada murid sekolah.
  • 1960 hingga 1970 - Penggunaan sistem perkongsian masa universiti :-
  1. Sistem komputer pertama khusus untuk instruksional iaitu sistem IBM 1500.
  2. Mini komputer pertama untuk instruksional iaitu Digital Equipment Corp. PDP-1.
  • Hujung 1970-an - Dominasi syarikat Pusat Kurikulum Komputer (CCC) dan Pusat Kawalan Data (CDC) dalam bidang komputer dalam pendidikan :-
  1. Programmed Logic for Automatic Teaching Operation (PLATO) dibangunkan.
  2. Time-shared Interactive Computer-Controlled Information Television (TICCIT).
  3. Sistem Instruksional Dikawal Komputer (CMI) diwujudkan.
  4. Sistem pentadbiran komputer diwujudkan.
  5. Minat terhadap Instruksional Berbantukan Komputer (CAI) menurun.

Era Mikrokomputer

  • 1977 - Mikrokomputer pertama diperkenalkan di sekolah.
  • Awal 1980-an - Pergerakan perisian penerbitan dimulakan melalui bercambahnya :-
  1. Pergerakan penilaian koswer bermula.
  2. Pergerakan alat pengarangan berpusatkan guru bermula.
  3. Pergerakan literasi komputer bermula.
  4. Pergerakan perisian Logo dan perisian penyelesaian masalah bermula.
  • 1980-an hingga 1990-an - Sistem Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning System) diwujudkan.

Era Internet

  • 1994 - Lahirnya World Wide Web (Web).
  • 1998 - International Society for Technology in Education (ISTE) telah membangunkan piawaian komputer.
  • 2000 dan seterusnya - Penggunaan multimedia di dalam Internet mula berkembang.

Rujukan : Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Mohd Nazri Md. Saad dan Roznim Mohamad Rasli (2011). Modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.




Yang benar,

Ayam Brand Sardine Teriyaki Campaign Is Over

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semua dah makan malam? Cikgu Faiz baru lepas melantak sandwich. Hehe. Alhamdulillah. Macam orang berdiet pulak Cikgu Faiz ni. Tak sedar badan tu dah kurus kering. Huhu. Malam ni Cikgu Faiz nak cerita pasal Nuffnang yang baik hati itu lagi. Hehe. Harap korang tak muak la dengan cerita-cerita yang berunsurkan bodek-membodek ni ye.


Tara.. !!


Inilah dia kempen yang telah berakhir pada hari ini. Sobsob.. Rasa sekejap sangat iklan ni duduk di blog Cikgu Faiz. Hmm... iklan kali ni agak kureng dari yang sebelum ni. Agaknya blog Cikgu Faiz ni tak sesuai kot untuk makanan. Huhuhu. Apa pun terima kasih Ayam Brand Sardine Teriyaki sebab sudi juga bertandang ke blog ini. Tak lupa juga terima kasih kepada Nuffnang. Lepas ni CPUV apa pula yang bakal menyusul ye? 


Tak sabar rasanya nak tunggu earning mencecah RM50, lepas tu nak tunjuk dekat Encik Suami. Hehehe. Bukan apa, dia macam tak percaya dengan berblog kita boleh dapat duit. Dulu, Cikgu Faiz pon tak percaya. Tapi lepas baca entri rakan-rakan blogger tentang Nuffnang ni tergerak hati nak mencuba. Alang-alang dah ada blog tu apa salahnya tempek sekali iklan Nuffnang tu. Sambil menyelam, minum air. Ala... bukan nak banyak pon, saje je nak mencuba. Hehehe.


Sekian, terima kasih.


CINTA TIGA SEGI.


Yang benar,

Disleksia - Simptom dan Masalah Identifikasi (part 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jom baca entri tentang Disleksia - Simptom dan Masalah Identifikasi (part 1).

google.com.my
Peringkat Sekolah Menengah


Simptom bagi pelajar sekolah menengah yang mengalami disleksia adalah seperti yang sudah dinyatakan bagi peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Selain itu, terdapat simptom tambahan seperti berikut :-
  1. Perbehendaharaan kata yang terhad.
  2. Menunjukkan kelemahan yang amat ketara apabila mengekspresi dalam bentuk tulisan, sehingga terdapat perbezaan jelas antara kemahiran verbal (lisan) dengan karangan.
  3. Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua.
  4. Kesukaran membaca not muzik.
  5. Gred yang rendah dalam banyak kelas.
  6. Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah.

Peringkat Dewasa

Orang dewasa yang mengalami disleksia lazimnya akan melalui pengalaman pendidikan sama seperti yang dinyatakan pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Selain itu, mereka juga :-

  1. Membaca dengan lambat.
  2. Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali bagi memahaminya. 
  3. Selalu silap mengeja.
  4. Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan.
  5. Tidak suka menulis memo atau pun surat.
  6. Masih mengalami masalah dengan arah seperti kanan dan kiri.
  7. Sering sesat, walaupun di kawasan biasa.
  8. Kadang kala keliru antara "b" dengan "d" terutamanya semasa penat atau pun sakit.

Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Bentuk bulat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Aras : Rendah

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali bentuk bulat sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk bulat.
  3. Menghasilkan bentuk bulat secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk bulat.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan bola pelbagai saiz.

Persediaan guru : Menyediakan bola pelbagai saiz dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan bola pelbagai saiz yang berbentuk bulat kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada bola tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis bentuk bulat.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali bola pelbagai saiz yang berbentuk bulat dan melukis bentuk bulat.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain bola, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bulat serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bulat.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Disleksia - Simptom dan Masalah Identifikasi (part 1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Disleksia kadangkala amat sukar dikenal pasti. Kebanyakan kanak-kanak membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak disleksia. Namun demikian, hakikatnya adalah amat penting disleksia dikenal pasti seawal mungkin. Ini kerana semakin muda usia mereka yang mengalami disleksia, semakin mudah untuk mereka menguasai sesuatu pembelajaran. Menurut laman web Bright Solution For Dislexia, terdapat simptom disleksia tertentu yang dapat diperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang.



Peringkat Prasekolah

Antara simptom disleksia yang dapat diperhatikan di peringkat Prasekolah adalah seperti :-
  1. Lambat bertutur.
  2. Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang. Contohnya, 'hostipal' apabila ingin menyebut 'hospital'.
  3. Jangkitan telinga yang kronik.
  4. Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak.
  5. Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai ritma akhir sama. Contohnya, apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirnya dengan 'topi', seperti 'api', mereka akan memberi jawapan yang salah seperti 'baju'.
  6. Sentiasa keliru antara kanan dan kiri.
  7. Lambat dalam menentukan sama ada tangan kanan atau pun kiri lebih dominan.
  8. Menghadapi masalah mengikat tali kasut.
  9. Sukar mengingati alamat, nombor telefon atau pun huruf.
  10. Mempunyai saudara terdekat yang menghidapi disleksia.

Peringkat Sekolah Rendah

Simptom disleksia yang dapat diperhatikan semasa peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut :-
  1. Disgrafia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca.
  2. Berterusan menterbalikkan huruf atau pun nombor sehingga melepasi Tahun 1.
  3. Mengalami kesukaran ekstrim mempelajari tulisan sambung.
  4. Masih ada masalah apabila memasang butang baju.
  5. Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat seperti, selalu meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya, mencicirkan atau pun salah baca kata penghubung (di, pada), mengabaikan kata awalan semasa membaca, tidak dapat membaca atau pun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai.
  6. Sukar mengingati perkataan bukan fonik dalam bahasa Inggeris (sight words) seperti "eye" dan "ear".
  7. Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum.
  8. Menghadapi masalah dengan matematik seperti sukar menghafal jadual sifir, sukar mengingati siri langkah-langkah operasi matematik, sukar membuat operasi mental berkaitan arah.
  9. Kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Contohnya, banyak menggunakan perkataan seperti "apa tu ...", "err ..." dan ucapan biasa dituturkan dalam keadaan terbalik atau pun silap, contohnya kata kiasan seperti, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" mungkin dituturkan "lama-lama sikit-sikit jadi bukit".
  10. Bilik, beg atau pun meja tulis yang sangat berselerak.
  11. Sangat tidak suka pergi ke sekolah. Mereka mungkin mengadu sakit perut atau mengalami mimpi, igauan buruk mengenai sekolah.

Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bnd.




Yang benar,

Bersyukur seadanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah untuk adik-adik yang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat semua A. Yang mendapat keputusan yang kurang baik tu teruskan usaha ye. Jangan cepat berputus asa. Perjalanan masih panjang.


Di kesempatan ini Cikgu Faiz ingin mengucapkan tahniah kepada adik ipar yang berjaya meraih 5A 4B. Tahniah Aun !! Mesti Aun bengang sebab tak dapat 9A. Huhu. Takpe la. Akak tau Aun dah cuba sedaya upaya memerah otak semasa menjawab soalan peperiksaan tu. 4B tu lagi sikit je nak naik ke A. SPM nanti cuba lagi eh. 




Tahniah sekali lagi :)


TUNE TALK


Yang benar,

Garisan bertitik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah... Cikgu Faiz baru pulang dari membeli-belah tadi. Takde la shopping sakan cuma borong susu Dutch Lady dan pampers je. Lepas tu beli barang-barang penting sikit. Hmm... harga susu Dutch Lady tengah murah tu yang borong sampai lapan pek. Stok susu untuk Faqih. Hehe. Siap shopping terus mengisi perut pulak. Sampai je rumah, tak lama lepas tu Faqih pon tertidur dengan sendirinya. Hehe. Penat sangat la tu. Kalau tak jangan harap Faqih nak tido awal macam ni.
Baru senang sikit Cikgu Faiz nak ajar tuisyen ni. Hehehe. Jom kita mulakan...


Aras : Tinggi

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan bertitik sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bertitik.
  3. Menghasilkan garisan bertitik secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bertitik.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik.

Persediaan guru : Menyediakan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Contoh :


Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kain meja yang mempunyai garisan bertitik kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan bertitik.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain meja yang mempunyai garisan bertitik dan melukis garisan bertitik.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kain meja, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan bertitik serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bertitik.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Disleksia dan otak kita (part 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini merupakan sambungan dari entri DISLEKSIA DAN OTAK KITA (PART 1)...




Di sebelah kiri, pembaca normal mengaktifkan sistem saraf yang kebanyakannya terletak di belakang hemisfera kiri otak (bahagian yang gelap); gambarajah sebelah kanan menunjukkan otak pembaca disleksia, bahagian itu kurang diaktifkan, sebaliknya bahagian hadapan hemisfera kiri otak yang lebih aktif.


Walaupun sudah dijelaskan bahawa disleksia berlaku kerana terdapat perbezaan dalam struktur dan fungsi otak tetapi tidak bagitu pasti apa sebenarnya punca masalah disleksia. Kita hanya tahu bahawa disleksia adalah satu masalah keturunan dan dapat dikaitkan dengan kromosom 6. Walau apa jua disleksia, kita sebagai ibu bapa atau pun guru harus menerima situasi ini dan menumpukan lebih perhatian terhadap anak kita yang mempunyai otak yang berlainan, berbakat dan produktif, tetapi perlu menggunakan kaedah belajar yang tersendiri.


Keletihan adalah satu masalah besar yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia. Ini kerana mereka terpaksa menumpukan sepenuh usaha belajar bersama rakan-rakan yang normal. Oleh yang demikian, mereka lazimnya amat letih daripada segi mental dan fizikal apabila pulang dari sekolah. Para ibu bapa perlu mengambil berat aspek ini dengan memastikan mereka mendapat rehat yang secukupnya sebelum mengikuti aktiviti lain seperti kelas tuisyen dan seumpamanya.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Garisan berduri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my


Aras : Tinggi

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan berduri sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berduri.
  3. Menghasilkan garisan berduri secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan berduri.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan model durian yang mempunyai duri yang tajam.

Persediaan guru : Menyediakan model atau gambar durian dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan model atau gambar durian yang mempunyai duri tajam dan bersoal jawab dengan kanak-kanak.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan berduri berdasarkan corak duri tajam durian.
  5. Kanak-kanak melukis garisan berduri berdasarkan corak duri tajam durian.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain model atau gambar durian yang mempunyai duri tajam, guru juga boleh menunjukkan video atau objek lain yang mempunyai corak garisan berduri serta memastikan kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berduri.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Kempen pertama berakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Heh... Hari ni buka akaun Nuffnang tengok gitu-gitu je sebab minggu ni rasanya Cikgu Faiz kurang aktif disebabkan line internet macam siput sedut. Tak pasal-pasal siput sedut terlibat sama. Huhu. Tapi entri tetap berjalan seperti biasa. Kalau ada lebih masa dapat la dua entri dalam sehari. Kalau internet lambat satu entri je la dapat. Jadi la kan. 


Bercakap pasal Nuffnang, nampaknya kempen pertama Cikgu Faiz iaitu dari Maxis Wireless Broadband tu sudah pon tamat. Sila rujuk gambar di atas ye. Hehe. Alhamdulillah.. Walaupon seciput tapi Cikgu Faiz bersyukur sangat sebab ada juga yang nak bagi duit dekat kita ni dengan hanya berblog. Terima kasih Nuffnang dan Maxis.


Sekarang cuma tinggal kempen dari Ayam Brand Sardine. Harap-harapnya bulan depan masih berjalan. Hehehe. Kalau korang tengok dekat gambar tu, untuk kempen Maxis Cikgu Faiz tak dapat pon CTR bonus. Huhuhu. Sedih giler. Nak buat macam mana? Ini sajalah yang Cikgu Faiz mampu lakukan. Hehe. Takpe. Yang penting Cikgu Faiz enjoy sepanjang berblog di alam maya ni.


Sekian, terima kasih.


PETRONAS


Yang benar,

Disleksia dan otak kita (part 1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang yang biasa. Apabila dilahirkan, manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya. Oleh itu, masalah disleksia dapat dikatakan sebagai masalah keturunan. 88 peratus daripada mereka yang mempunyai simptom disleksia mewarisi masalah itu daripada ahli keluarganya. 12 peratus lagi mendapat masalah ini daripada kemalangan iaitu ketika dalam kandungan atau pun selepas dilahirkan.


Ahli penyelidik masih tidak dapat mengetahui bagaimana otak manusia berfungsi, tetapi sudah mengenal pasti fungsi beberapa kawasan otak yang tertentu. Walaupun setiap kawasan mempunyai fungsinya yang tersendiri, namun demikian setiap kawasan di dalam otak berkaitan antara satu sama lain. Otak kita dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang disambungkan dengan satu saraf yang panjangnya empat inci diameternya dua inci. Saraf itu dikenali sebagai 'corpus callosum'.
Otak terdiri daripada dua hemisfera. -Sumber: google.com.my-


Walaupun kedua belah otak kelihatan sama, setiap bahagian mempunyai tugasnya tersendiri. Sebelah kiri otak menguasai percakapan, kewarasan dan merupakan bahagian yang lebih berkuasa (verbal, logical and controlling half) daripada bahagian sebelah kanan. Manakala sebelah kanan pula menguasai perlakuan dan merupakan bahagian pemikiran bukan lisan, praktikal dan kebolehan memahami (non-verbal, practical and intuitive).


Pandangan sisi kawasan pemprosesan bahasa dalam hemisfera kiri otak (Hornsby, 1995)
-Sumber: google.com.my-


Kawasan Broca terlibat dengan bahagian percakapan manakala kawasan Wernicke pula terlibat dalam bahagian memahami pertuturan.


Pandangan atas kawasan pemprosesan bahasa dalam kedua-dua hemisfera otak mereka yang nornal (Hornsby, 1995)
-Sumber: google.com.my-


Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah sebelum ini, manusia biasanya mempunyai bahagian pertuturan di sebelah kiri otak yang lebih besar daripada sebelah kanan otak. Ramai pakar percaya yang masalah disleksia timbul apabila kedua belah otak mempunyai bahagian bahasa yang sama besar. Punca utama masalah disleksia disebabkan oleh sambungan antara kedua belah otak yang dipanggil 'corpus callosum'. Corpus callosum dapat menjadi satu perjalanan isyarat saraf yang 'sesak' (confusing traffic jam of nerve signals) dengan impuls saraf yang berulang-alik.


Perbandingan isyarat saraf antara manusia normal dan mereka yang menghidap disleksia (Hornsby, 1995)
-Sumber: google.com.my-


Sebagai contoh, suatu objek yang padu seperti meja atau pun kerusi adalah bersifat tiga dimensi. Oleh itu, ia tidak menimbulkan masalah kepada kanak-kanak disleksia. Namun demikian, huruf seperti 'b' atau pun 'd' dapat menyebabkan kekeliruan. Imej huruf ini akan dipindahkan dari hemisfera otak kiri ke hemisfera otak kanak bersilih ganti (ulang alik), sambil otak cuba membuat keputusan sama ada ianya adalah 'b' atau pun 'd'. Pemindahan silih berganti ini menyebabkan laluan antara otak kiri dan kanan menjadi sesak dan mengambil masa yang lama sehingga menyebabkan kesan seperti 'imej cermin' bagi huruf-huruf itu.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




With love..,

Garisan bergerigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan bergerigi sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bergerigi.
  3. Menghasilkan garisan bergerigi secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bergerigi

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan gambar gergaji.

Persediaan guru : Menyediakan gambar gergaji dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan gambar gergaji dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak gigi gergaji tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan bergerigi berdasarkan corak gigi gergaji.
  5. Kanak-kanak melukis garisan bergerigi berdasarkan corak gigi gergaji.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain gambar gergaji, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan gerigi serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan bergerigi melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan bergerigi menegak bersama kanak-kanak.


Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bergerigi.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...