Garisan bertitik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah... Cikgu Faiz baru pulang dari membeli-belah tadi. Takde la shopping sakan cuma borong susu Dutch Lady dan pampers je. Lepas tu beli barang-barang penting sikit. Hmm... harga susu Dutch Lady tengah murah tu yang borong sampai lapan pek. Stok susu untuk Faqih. Hehe. Siap shopping terus mengisi perut pulak. Sampai je rumah, tak lama lepas tu Faqih pon tertidur dengan sendirinya. Hehe. Penat sangat la tu. Kalau tak jangan harap Faqih nak tido awal macam ni.
Baru senang sikit Cikgu Faiz nak ajar tuisyen ni. Hehehe. Jom kita mulakan...


Aras : Tinggi

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan bertitik sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bertitik.
  3. Menghasilkan garisan bertitik secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bertitik.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik.

Persediaan guru : Menyediakan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Contoh :


Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kain meja yang mempunyai garisan bertitik kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan bertitik.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain meja yang mempunyai garisan bertitik dan melukis garisan bertitik.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kain meja, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan bertitik serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bertitik.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..
wah dh lama tak datang cni,..banyak dah berubah yer......okey,..saya akan cuba pada Mia pelajaran hari ini..ehe :)

Dingdang said...

@izan mama mia
wa'alaikummussalam. terima kasih :)

Athirah said...

syoknya dia tido,,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...