Jemputan Ke Majlis Pelancaran Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal Dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 26 Ogos 2017


Pada 17 Ogos 2017 yang lalu, Cikgu Faiz telah berpeluang menghadiri jemputan ke Majlis Pelancaran Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah di Kompleks Sekolah Wawasan Subang Jaya, Selangor. Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar. Beliau merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Okey, sebelum pukul 8 dah terpacak di sini kerana bimbang tempat parking penuh. Masa ni kru pelancaran sedang sibuk menyusun atur barang-barang di pentas.




Cikgu Faiz duduk di ruangan yang telah ditetapkan ini.




Sebelum majlis bermula kita selfie dulu.




Okey, majlis pelancaran terus bermula sebaik sahaja menteri sampai.




Kanak-kanak cilik membuat persembahan REDUCE REUSE RECYCLE.




Pelancaran Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah.




Pelancaran Smart Recycle Bin.




Pelancaran Novel Wasiat turut diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Novel Wasiat ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.




Okey, ini goodie bag yang Cikgu Faiz dapat. Dalam beg tu ada macam-macam tau. Hihi.




Cikgu Faiz dapat kompos organik, plastik sampah serai wangi, senaskah novel Wasiat dan kad.




Macam-macam pamplet dapat termasuklah sebuah buku Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Senang nak ajar murid-murid lepas ni dengan adanya buku ni. Semuanya berkaitan dengan 3R. Menarik sangat aktivitinya.


Kesimpulannya, selepas Cikgu Faiz menghadiri majlis pelancaran ni, telah timbul satu kesedaran mengenai betapa pentingnya kita menguruskan sisa pepejal dengan baik, tidak membazir makanan, menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, kepentingan menjaga alam sekitar dan banyak lagi. Sebelum bermula majlis ni banyak video kesedaran yang ditayangkan dan sebak sangat bila menontonnya. Iklan tu memang takde di televisyen. Contoh iklan apabila kanak-kanak miskin makan makanan yang dibuang oleh orang-orang kaya yang tak habis dimakan tu. Huhu. Sedih. Lagi satu iklan tentang bagaimana seekor anjing yang melindungi bangkai anjing lain yang mati dilanggar kenderaan serta anjing yang membantu ikan untuk terus hidup dengan menolak air ke arah ikan tersebut dengan menggunakan mulutnya. Huhu. Terkesan sungguh.


Sebenarnya ada lagi gambar yang Cikgu Faiz nak tunjuk. Gambar barang-barang terbuang yang telah dikitar semula. Yang tu Cikgu Faiz buat entri lain ye sebab banyak sangat gambarnya tapi berguna untuk mereka yang suka mengolah bahan-bahan terbuang ni. Sekian sahaja perkongsian dari Cikgu Faiz untuk kali ini.


Yang menaip,

Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Mengelakkan Jangkitan HFMD



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Ogos 2017



Picture by Google


Susulan daripada entri sebelum ini >Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?<, guru dan pengasuh di tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah boleh mengambil langkah-langkah seperti di bawah bagi mengelakkan jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

1) Lakukan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak di pintu masuk tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah.

2) Meningkatkan tahap kebersihan premis, selalu mempraktikkan aktiviti cucian tangan sebelum dan selepas menukar lampin atau memegang kanak-kanak terutamanya yang disyaki bersimptom.

3) Memastikan kanak-kanak mengamalkan amalan membasuh tangan yang betul dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir.

4) Tidak berkongsi barangan peribadi seperti pakaian, tuala, berus gigi, selimut, perkakas makanan dan minuman serta alat mainan.

5) Buang lampin (pampers) di tempat yang betul.

6) Bersihkan semua kelengkapan seperti kerusi dan meja termasuk barang permainan selepas setiap kali digunakan.



CADANGAN DAN TIPS UNTUK SARINGAN

1) Tetapkan satu tempat untuk melakukan pemeriksaan kepada semua kanak-kanak, sebaik-baiknya berdekatan dengan pintu pagar tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah sebelum kanak-kanak masuk ke kelas.

2) Melakukan pemeriksaan kanak-kanak secara berasingan. Jangan biarkan kanak-kanak berkumpul. Untuk memastikan pemeriksaan berjalan lancar, guru / pengasuh boleh meminta kanak-kanak beratur dan lakukan pemeriksaan seorang demi seorang.

Pastikan anda mencuci tangan dengan air dan sabun :

--> Sebelum dan selepas selesai pemeriksaan ke atas semua kanak-kanak.
--> Selepas pemeriksaan setiap kanak-kanak terutama sekali sekiranya berlaku sentuhan (contohnya semasa mengambil suhu).

3) Gunakan sarung termometer yang baru (untuk digital termometer) atau pelapik prob telinga (untuk aural termometer) bagi setiap kanak-kanak yang diperiksa.

4) Anda juga boleh mengikuti tips seperti di bawah :

--> Mulakan pemeriksaan awal, sebaik-baiknya sebelum sesi bermula untuk mengelakkan 'overcrowding' semasa pemeriksaan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk pemeriksaan.

--> Untuk kanak-kanak yang hadir ke taska / tadika / pusat jagaan / prasekolah lebih awal, lakukan pemeriksaan semasa kehadiran ibu bapa agar sekiranya kanak-kanak bergejala, anda boleh memaklumkan terus perkara tersebut kepada ibu bapa.

--> Sediakan jadual khusus untuk pekerja bagi aktiviti saringan dan pemeriksaan.



PEMERIKSAAN KHUSUS UNTUK HFMD

1) Ambil suhu badan kanak-kanak menggunakan termometer digital atau aural (telinga).

2) Periksa ulser di dalam mulut.

3) Periksa lepuh di bahagian tapak tangan dan belakang tapak tangan.

4) Periksa lepuh di bahagian tapak kaki.



APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA MENGESYAKI KANAK-KANAK DIJANGKITI HFMD?

1) Asingkan (isolate) kanak-kanak di dalam bilik isolasi / sudut khas daripada kanak-kanak lain.

2) Hubungi ibu bapa / penjaga kepada kanak-kanak.

3) Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga untuk membawa kanak-kanak yang dijangkiti ke klinik. Sekiranya diagnosis adalah bukan HFMD, pastikan surat pengesahan daripada doktor diperolehi dan diberikan kepada pihak sekolah / tadika.

4) Setelah kanak-kanak yang disyaki HFMD dibawa pulang, pastikan anda melakukan disinfeksi kepada alatan mainan atau perabot yang mungkin disentuh oleh kanak-kanak terbabit.

5) Sekiranya kanak-kanak disahkan menghidap HFMD, pastikan ibu bapa / penjaga tidak menghantar anak mereka ke sekolah / tadika / pusat asuhan sehingga tanda / gejala pulih. Pastikan kanak-kanak hanya tinggal di rumah dan tidak bergaul dengan adik beradik lain yang sihat.

6) Sentiasa bertindak tenang dan tidak menyebabkan panik kepada kanak-kanak yang dijangkiti, ibu bapa / penjaga serta kanak-kanak yang lain.



PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

1) Pastikan setiap kanak-kanak mengamalkan amalan membasuh tangan yang kerap dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir terutamanya semasa :

--> semasa masuk ke sekolah
--> sebelum dan selepas makan
--> selepas waktu bermain
--> selepas menggunakan tandas

2) Sentiasa ingatkan kanak-kanak untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.

3) Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya terdapat mana-mana kanak-kanak yang disyaki menghidap HFMD atau lain-lain penyakit berjangkit.


Sumber : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Yang menaip,

Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Ogos 2017


Minggu lepas, Cikgu Faiz telah menghadiri satu Taklimat Pengendalian Penyakit Berjangkit Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Antara intipati taklimat ini adalah berkenaan dengan penyakit berjangkit yang kian popular di negara ini iaitu HFMD dan kepentingan suntikan imunisasi kepada kanak-kanak.




Di sini Cikgu Faiz kongsikan serba sedikit dapatan dan ilmu yang Cikgu Faiz perolehi semasa taklimat tersebut. Apa itu HFMD? HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) atau lebih dikenali dengan nama penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah disebabkan oleh virus enterovirus. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.


Antara tanda-tanda dan gejala penyakit HFMD adalah demam, ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin, ulser di tekak dan mulut, sakit kepala serta hilang selera makan. Untuk lebih jelas lagi boleh rujuk pada gambar GOOGLE.


Cara penyakit HFMD ini berjangkit adalah melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan hidung, tekak, air liur, cecair dari lepuhan dan najis individu yang telah dijangkiti.



Langkah pencegahan boleh diambil dengan :-

1) Mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

2) Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.

3) Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.

4) Elakkan daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti.

5) Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.

6) Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.



KOMPLIKASI

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada otak, paru-paru dan jantung di mana ianya boleh mengakibatkan kematian.



PERINGATAN KEPADA IBU BAPA

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut :-

1) Segera bawa ke hospital atau klinik berdekatan.
2) Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
3) Lap lelehan dari mulut dan hidung dengan menggunakan tisu.
4) Elakkan membawa anak anda ke tempat awam yang sesak seperi pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar atau stesen pengangkutan awam.



Sekarang ni memang tengah musim penyakit HFMD ni. Sama-samalah kita memantau kesihatan anak-anak kita di rumah supaya langkah-langkah awal dapat diambil sebelum ianya menjadi lebih serius. Yang penting lepas buat apa-apa aktiviti seperti bermain atau sebelum makan mestilah meminta anak-anak supaya membasuh tangan. Haaa.... nak basuh tangan pon ada cara tau. Bukan main basuh je. Hihihi. Ini penting supaya tangan bebas dari bakteria-bakteria jahat. Cara basuh tangan tu Cikgu Faiz akan kongsikan pada entri yang seterusnya nanti ye. Diharapkan dengan perkongsian ini akan dapat memberi manfaat. Sekian.


Sumber : Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Yang menaip,

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Cili Padi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 15 Ogos 2017


Cikgu Faiz jarang sangat berkongsi resepi dalam blog ni. Tapi hari ni terpanggil jugak untuk menaip resepi yang tersangatlah senang dan confirm makan bertambah-tambah. Resepinya adalah sambal ikan bilis petai cili padi. Kihkihkih. Musim petai sekarang ni bila buka facebook je mesti ada gambar petai. Hahaha.




Bahan-bahan :

Ikan bilis (agak-agak la nak berapa banyak)
Petai 3 papan (nak kurang pon boleh)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili padi / merah ikut citarasa nak pedas mana
Garam
Minyak untuk menumis


Cara memasak :

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi / merah. Jangan lupa tumbuk sekali dengan garam supaya rasa masin tu sebati semasa menumis. Garam tu agak-agak je la eh.

2) Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan.

3) Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Kalau kurang masin boleh tambah garam lagi ikut citarasa korang.

4) Masukkan petai. Kacau dengan bahan tumis sekejap.

5) Tutup api. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Dah siap. Mudah kan.




Sambal ikan bilis petai ni makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Cikgu Faiz kalau takde lauk lain pon takpe kalau ada lauk ni. Hihi. Nasi tu pulak letak kicap. Memang terangkat la. Biasanya kalau masak lauk ni hanya Cikgu Faiz dan Encik Suami je yang makan. Hihi. Selamat memasak semua. Sekian.


Yang menaip,

Tukar Kad Pengenalan Baru dan Mykid Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 13 Ogos 2017


Jumaat yang lalu, Cikgu Faiz berkesempatan juga untuk menukar kad pengenalan baru dan membuat mykid Hannani di Jabatan Pendaftaran Negara, Puchong Utama. Kad pengenalan Cikgu Faiz tu kalau korang tengok memang gambar dah berkurun lamanya. Kalau tak silap kad pengenalan tu Cikgu Faiz buat sebelum sambung belajar di maktab. Sekarang ni dah 11 tahun bekerja. Lama tak lama la kan.




Memang sukar dengan kad pengenalan lama ni terutamanya jika melibatkan urusan di bank kerana bila nak buat pengesahan ibu jari je mesti tak boleh nak detect terutamanya jari kanan. Haritu masa nak renew kad bank baru tu jenuh weh tekan tekan tak boleh. Huhu. Dah la ramai yang beratur masa tu. Sabar je lah. Encik Suami pon dah banyak kali suruh tukar tapi keadaan masa yang tak mengizinkan tapi alhamdulillah dipermudahkan juga akhirnya. Caj penukaran kad pengenalan baru hanya RM10. Kad pengenalan akan siap dalam masa dua minggu. Tak sabarnya....




Okey, alang-alang nak tukar kad pengenalan tu Cikgu Faiz buat terus mykid Hannani. Yang ni pon tak berkesempatan nak buat. Sibuk mengalahkan perdana menteri pulak. Hahaha. Umum mengetahui yang mykid telah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2013 iaitu pada tahun Hannani dilahirkan. Cikgu Faiz pon tak pasti sebab apa tapi tahun-tahun seterusnya ada kot. Tiada caj dikenakan untuk urusan mykid. Dalam masa dua bulan siaplah mykid ni. Fuhhh... lega rasanya bila dua urusan penting ni dah selesai. Sekian.


Korang dah tukar kad pengenalan ke? Hihi.


Yang menaip,

Baskin Robbins Buat Promosi Sempena Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 10 Ogos 2017


Cerita petang semalam. Cikgu Faiz ajak Encik Suami untuk mencari aiskrim Baskin Robbins yang tengah ada promosi sempena merdeka ni. Dah namanya perempuan kan memang pantang bila ada sale ni. Nasib baik la Encik Suami ni mahu bekerjasama mencari kedai aiskrim. Selagi tak dapat, selagi tu la Cikgu Faiz akan dok sebut. Hihihi. Mari kita tengok promosi apa yang ada di Baskin Robbins ni.


Promosi sempena merdeka ni bermula pada 7 Ogos sehinggalah 30 Ogos 2017. Fuhh... boleh beli lagi masa gaji nanti ni. Hihihi. Promosi ni ada 4 jenis cup kalau tak silap. Menyesal pulak tak ambik gambar masa dekat kedai tu pasal promosi ni. Cup yang paling kecik tu harganya RM8 dan kalau korang beli lagi satu cup yang sama saiz akan dapat dengan harga RM3.10.




Cikgu Faiz serbu Baskin Robbins yang terletak di Bandar Puteri berhampiran dengan pasaraya besar Giant. Nasib baik masa tu takde orang berbanding promosi dulu beratur panjang sampai luar kedai. Frust menonggeng masa tu.





Cikgu Faiz beli 2 cup yang paling besar ni RM15 satu. Untuk cup yang kedua dapatlah dengan harga RM3.10. Jadi jumlah untuk 2 cup ni RM18.10. Belah kiri tu perisa coffee dengan apa entah. Belah kanan tu coklat dan popcorn. Puas hati walaupun Cikgu Faiz berkongsi 4 beranak dengan 2 cup ni.




Selain promosi RM3.10 tu, ada juga promosi lain tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang promosi di atas ni kena la serbu Baskin Robbins sekarang sebab hari tu Cikgu Faiz terlupa nak tanya pasal promosi pink day ni. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Tersalah Rumah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 08 Ogos 2017


Lama tak bersiaran. Entri kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi cerita yang agak memalukan yang berlaku pada hujung minggu lepas. Masa tu Cikgu Faiz nak hantar lipstik yang di order oleh customer di rumah abangnya.




Kisahnya begini... Kira-kira pukul 8.30 malam tu Cikgu Faiz dan Encik Suami bertolak untuk ke rumah customer. Kawasan tu memang dah jarang pergi jadinya agak sukar untuk menemui rumah customer tersebut. Nak dijadikan cerita malam tu Cikgu Faiz memang akan ikut direction dari aplikasi waze sebab senang tak payah nak tercari-cari.


Bila dah masuk ke kawasan perumahan tersebut, rasanya takde la sesukar mana nak jumpa rumah kan, tapi biasalah kan Encik Suami tu kadang-kadang bukan nak ikut sangat waze ni. Jadinya masuk punya masuk lorong tu waze pon asyik bertukar arah sebab kami dah tak ikut jalan yang waze tu bagi. Lepas tu dah jumpa rumah bernombor tut.... Dengan confident nya Cikgu Faiz menekan loceng tapi macam takde bunyi je. Huhu. Cikgu Faiz pon bagi salam, "Assalamualaikum....", dengan yakin sekali.


Tiba-tiba keluar seorang lelaki cina. Dalam hati Cikgu Faiz berkata mungkin lelaki ni mualaf kot. Huhuhu. Cina tu macam terkejut kot sebab Cikgu Faiz datang bagi salam. Lepas tu keluar anak dia. Muka macam cina (dah memang cina la. huhu). Ah sudah. Salah rumah ke ni? Huhuhu. Cikgu Faiz siap cakap lagi nak hantar barang. Lepas tu cina tu cakap wife dia tengah mandi. Huhuhu. Lepas tu ada panggilan masuk. Rupanya dari abang customer yang order lipstick tu. Alamak, dah sah-sah la Cikgu Faiz dah tersalah rumah ni. Hahaha. Cikgu Faiz tanya cina tu jalan yang Cikgu Faiz nak tuju dia tunjuk arah belakang rumah dia. Hahaha. Nombor rumah dah betul. Lorong yang salah. Adui.... Malu sangat rasanya weh tapi nasib baik la malam jadi takde la nampak sangat kan. Haha. Nasib baik la cina tu okey je lepas Cikgu Faiz minta maaf kata tersalah rumah. Hihihi. Rumah yang dicari pon selamat dijumpai. Kihkihkih. Memalukan betul.


Korang kalau nak order lipstick Ephyra boleh la whatsapp Cikgu Faiz ye. Sebatang RM30 je tapi tak masuk kos penghantaran / cod untuk luar kawasan Puchong ye. Jom tengok 8 warna menarik lipstick Ephyra ni.





Ini salah satu warna yang Cikgu Faiz pakai. Pink peony yang merupakan warna kegemaran Cikgu Faiz. Hihi. Kalau korang dah berkenan dan nak order boleh je Whatsapp Cikgu Faiz >> 012 9771902. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...