Jemputan Ke Majlis Pelancaran Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal Dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 26 Ogos 2017


Pada 17 Ogos 2017 yang lalu, Cikgu Faiz telah berpeluang menghadiri jemputan ke Majlis Pelancaran Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah di Kompleks Sekolah Wawasan Subang Jaya, Selangor. Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar. Beliau merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Okey, sebelum pukul 8 dah terpacak di sini kerana bimbang tempat parking penuh. Masa ni kru pelancaran sedang sibuk menyusun atur barang-barang di pentas.




Cikgu Faiz duduk di ruangan yang telah ditetapkan ini.




Sebelum majlis bermula kita selfie dulu.




Okey, majlis pelancaran terus bermula sebaik sahaja menteri sampai.




Kanak-kanak cilik membuat persembahan REDUCE REUSE RECYCLE.




Pelancaran Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah.




Pelancaran Smart Recycle Bin.




Pelancaran Novel Wasiat turut diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Novel Wasiat ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.




Okey, ini goodie bag yang Cikgu Faiz dapat. Dalam beg tu ada macam-macam tau. Hihi.




Cikgu Faiz dapat kompos organik, plastik sampah serai wangi, senaskah novel Wasiat dan kad.




Macam-macam pamplet dapat termasuklah sebuah buku Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Senang nak ajar murid-murid lepas ni dengan adanya buku ni. Semuanya berkaitan dengan 3R. Menarik sangat aktivitinya.


Kesimpulannya, selepas Cikgu Faiz menghadiri majlis pelancaran ni, telah timbul satu kesedaran mengenai betapa pentingnya kita menguruskan sisa pepejal dengan baik, tidak membazir makanan, menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, kepentingan menjaga alam sekitar dan banyak lagi. Sebelum bermula majlis ni banyak video kesedaran yang ditayangkan dan sebak sangat bila menontonnya. Iklan tu memang takde di televisyen. Contoh iklan apabila kanak-kanak miskin makan makanan yang dibuang oleh orang-orang kaya yang tak habis dimakan tu. Huhu. Sedih. Lagi satu iklan tentang bagaimana seekor anjing yang melindungi bangkai anjing lain yang mati dilanggar kenderaan serta anjing yang membantu ikan untuk terus hidup dengan menolak air ke arah ikan tersebut dengan menggunakan mulutnya. Huhu. Terkesan sungguh.


Sebenarnya ada lagi gambar yang Cikgu Faiz nak tunjuk. Gambar barang-barang terbuang yang telah dikitar semula. Yang tu Cikgu Faiz buat entri lain ye sebab banyak sangat gambarnya tapi berguna untuk mereka yang suka mengolah bahan-bahan terbuang ni. Sekian sahaja perkongsian dari Cikgu Faiz untuk kali ini.


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...