Income Pertama dari 8share



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat pagi semua. Sekejap je dah hari Ahad. Esok kembali bekerja dan menyibukkan diri dengan urusan-urusan di sekolah. Malam tadi Cikgu Faiz check email tiba-tiba ternampak satu email dari 8share. Terus buka dan baca. Yess... duit cash out yang pertama dari 8share dah dimasukkan ke akaun bank. Hehehe.




Ala... tak banyak mana pon. RM64 je setelah ditolak RM1. Huhuhu. Ini merupakan pengalaman pertama Cikgu Faiz cash out 8share ni. Baru la Cikgu Faiz tahu yang 8share akan masukkan jumlah wang tersebut terus ke dalam akaun bank. Jadi tak perlu nak bersusah payah pergi ke bank kan. Semudah ABC. Hehehe.


Nak daftar 8share boleh klik ---> DAFTAR


Yang menaip,

3000 SLE Supporters Giveaway



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



klik banner untuk join


Senarai hadiah:

Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5


3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira


Tamat 24 Oct 2013, 12malam


Suka makan? Tengok ni KLIK.


Yang menaip,
 

Senheng / Sen Q, KL Sogo Trendsetter



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Good morning everybody. Yeahh... hari ni sudah hari Khamis. Hehe. Tak sabar nak bercuti di hujung minggu. Sudah penat bekerja dan belajar tujuh hari seminggu. Huhu. Otak takde rehat langsung. Dalam tido pon asyik teringat-ingat kerja yang masih belum siap ^ ^


Oh ya, dua hari lepas Cikgu Faiz ada update tentang CPUV terbaru dari Nuffnang. Tup tup hari ni bila buka akaun je tengok-tengok ada dua lagi CPUV yang terbaru. Hehe. Owesome sangat la tu. CPUV apa agaknya yang melekat tu ye. Jom kita tengok.




Cikgu Faiz dapat CPUV dari Senheng dan KL Sogo. Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang. Baru tadi juga Cikgu Faiz telah cash out tabung nuffnang buat pertama kalinya. Hehehe. Lepas ni kena mula menabung lagi sebab earning dah jadi zero. 




Sekian.




Yang menaip, 

Olay JAS Bundle, Ford MCA Launch, British Council



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk. Mana taknya, kerja tujuh hari seminggu tanpa rehat. Fuhh... memang sangat penat. Tak sempat langsung nak update blog ni. Memandangkan sudah hujung bulan, rasanya eloklah kalau Cikgu Faiz update sikit pasal nuffnang. Hehe. Sajelah kan nak kongsi dengan korang semua CPUV terbaru yang Cikgu Faiz dapat ^ ^




Ada tiga CPUV terbaru dan tiga CPUV lama. Huhu. Terima kasih banyak-banyak yer nuffnang. Bukan senang nak dapat walaupun Cikgu Faiz jarang update. Rasanya 25hb ni boleh la cashout earning yang pertama. Hi... tak sabar rasanya nak melihat hasil pendapatan dari blog ni. Hehe. Terima kasih juga kepada korang yang sudi singgah di blog ni dan klik apa-apa yang patut. Kalau ada yang mention yang dia dah klik tu biasanya Cikgu Faiz akan balas kembali ^ ^ Cuma cepat atau lambat sahaja. Maklum la, orang sibuk la katakan. Huhuhu.


P/S : Bila la agaknya iklan Transtitions Optical tu nak kredit? Earning tak naik-naik pon. Huhuhu.




Yang menaip,

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Nampak ramai yang join jadi Cikgu Faiz pon nak menyelit jugak. Hehe.


Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013


KITAR SEMULA 


Yang menaip,

Segmen Follow Me by Sha & FD



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat petang semua. Hari ni terasa rajin pulak nak join satu segmen ni. Hikhik. Segmen yang dikelolakan oleh blogger Sabah, Sharina Elyana.



Klik banner di atas kalau nak join jugak ^ ^


Senarai Hadiah

i) Topup RM 5 x 2
ii) Button Badge Blogger x 6
iii) Keychain dari Sabah x 2
iv) Shiseido Mask x 5
v) Hadiah Misteri x 2


Pemilihan Pemenang

i) Top Refferal
ii) Random.org


Tarikh Penting

i) Mula : 7 September 2013
ii) Tamat : 18 October 2013
iii) Pengumuman pemenang : 19 October 2013
iv) Claim hadiah : 19 - 26 October 2013




Yang menaip,

Apabila Internet Mula Melembapkan Diri



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.





Sekejap je dah masuk hari Ahad. Esok akan kembali meneruskan tugas seperti biasa. Hari kedua berada di rumah baru takde apa yang menarik sangat pon sebab sibuk mengemas rumah. Bila dah penat tu ingat nak online sekejap tapi malangnya internet di sini agak lambat la pulak. Adakah sebab celcom memang lambat ataupon Cikgu Faiz yang tak bayar bil lagi? Huhuhu. Sememangnya isu kelembapan celcom ni dah lama Cikgu Faiz timbulkan di blog ni. Walaupon tangan ni gatal mengatakan bahawa celcom ni lambat la, lembap la tapi Cikgu Faiz tetap setia menggunakan servis celcom ni. Huhu. Bukan apa, kadang-kadang memang rasa tak puas hati sebab tengah ada mood nak online tiba-tiba internet pulak lambat.


Bila dah asyik loading je jawabnya tutup laptop la. Huhu. Jumpa lagi di entri yang seterusnya ^ ^


Jom tebus free facial treatment -->> KLIK !!


Yang menaip,

Sudah Selamat Berpindah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hai, apa khabar semua? Selamat Hari Sabtu. Alhamdulillah... berkat kesabaran Cikgu Faiz dan suami akhirnya kami telah selamat berpindah ke rumah sewa baru. Kenapa pindah? Sebabnya boleh baca di SINI dan SINI. Oleh kerana takut peristiwa itu berulang kembali maka kami membuat keputusan untuk berpindah dan lokasi rumah sewa kali ini agak jauh sedikit dari sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar. 


Sekarang ni Cikgu Faiz tengah dalam proses mengemas rumah. Penat memang penat tapi nak buat macam mana kena juga buat sikit-sikit walaupon kadang-kadang rasa tak larat sangat. Huhu. Okey la. Tak nak cakap banyak dah rasanya setakat ini sahaja yang dapat Cikgu Faiz coretkan. Lepas ni nak lipat kain pulak. Jumpa lagi ^ ^


Untuk pengguna Celcom SAHAJA --> KLIK !


Yang menaip,

CPUV Escape - Teaser



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat Hari Merdeka yang ke-56 buat semua warga Malaysia. Malaysiaku Berdaulat. Tanah Tumpah Darahku !! Hai... lama betul tak dapat nak sentuh laptop ni. Semuanya gara-gara Faqih Hakim yang asyik nak tengok cerita kegemarannya sahaja. Bonda pula terpaksa mengalah. Sementara tak sibuk dengan semester baru ni boleh la. Bila dah mula sibuk dengan assignment nanti bonda takkan berkompromi lagi. Huhuhu. Dah la semester ni ada banyak subjek. Harap Faqih memahami situasi yang dihadapi oleh bonda ni. Huhuhu.





Oleh kerana dah lama sangat tak aktif, idea untuk menaip tu sudah semakin berkurang. Kalau korang perasan sekarang ni Cikgu Faiz asyik nak update pasal Nuffnang je kan. Itu dah takde modal sangat la tu. Pembaca pon dah semakin pupus kot. Huhu. Kalau ada pon yang dok cari bahan untuk assignment kot. Dalam pada sibuk menaip, hidung ni terbau-bau je masakan bapak mertuaku. Huhu. Apa punya menantu la tak tolong masak. Hihi. Nasib la dapat bapak mertua sporting. 


Berbalik kepada Nuffnang... Kali ni Cikgu Faiz dapat CPUV lagi. Rezeki memang tak putus-putus sejak kebelakangan ni. Terima kasih Nuffnang. Walaupon earningnya seciput tapi boleh la. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak jugak kan. Ingat nak cashout hari ni tapi dah masuk 1hb ni. Otai cakap kalau nak cashout dalam hujung bulan tapi ini dah awal bulan la pulak. Nampaknya kena la tunggu sampai hujung bulan ni baru boleh cashout Nuffnang dan 8share.


Okey la. Memandangkan idea memang tak banyak jadi setakat ni je la yang boleh Cikgu Faiz coretkan buat korang semua. Minta maaf sangat-sangat sebab Cikgu Faiz dah tak aktif macam dulu. Sobsob. Keadaan diri yang tak mengizinkan. Harap korang faham. Sekian.


Untuk WANITA sahaja !! KLIK !!!


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...