Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Line Maxis Hilang. Stress.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 24 September 2015


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang menyambutnya. Hari raya ni macam-macam masalah pulak yang melanda Cikgu Faiz ni. Bengang betul la. Huh. Sebenarnya takde la besar sangat masalah ni tapi agak serabut jugak bila memikirkannya. Huhuhu. Agak-agak korang dapat tak tolong Cikgu Faiz kali ni? Huhuhu. 




Okey... Ini merupakan screen handphone Cikgu Faiz. Kalau korang tengok dekat bahagian atas di sebelah ikon bateri tu. Ish, macam mana nak terangkan ni susah pulak rasanya. Okey, kalau korang tengok di bahagian atas tu kita boleh tahu line kita ada banyak mana kan. Senang cerita korang tengok gambar di bawah yang Cikgu Faiz buat anak panah tu.




Haa.... sekarang mesti korang dah faham kan apa yang Cikgu Faiz cuba nak sampaikan ni. Macam ni, yang takde line tu simkad maxis dan yang sebelah tu simkad altel. Cikgu Faiz tak tahu la tiba-tiba je line maxis tu jadi X macam tu. Terus tak boleh guna langsung. Tak tahu la sebab apa ni dari malam tadi lagi. Emergency calls je boleh guna sekarang ni. Adoi la. Kalau diikutkan line di rumah mertua ni memang slow sikit tapi ini sampai takde langsung itu yang Cikgu Faiz musykil tu. Nak sms pon tak boleh ni apatah lagi nak buat panggilan guna maxis ni ha. Huhu. Agak-agak apa masalah yang sebenarnya ye. Cikgu Faiz risau ni dah la baru topup semalam tup tup jadi macam ni pulak. Nasib nasib. Dah banyak kali restart, on dan off handphone ni tetap takde line jugak. Tolong....


8 chef paling hot --> SINI


Yang menaip,

Hijabey 2015 Di IDCC Shah Alam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 05 April 2015


Petang tadi Cikgu Faiz pergi ke event Hijabey 2015 yang diadakan di IDCC Shah Alam. Tujuan utama ke situ dah tentu la sebab tudung aidijuma tu. Hihihi. Excited giler nak pergi sebab nak dapatkan koleksi terbaru tudung aidijuma yang hot tu. Tapi sayang seribu kali sayang sebab sampai je dekat sana nombor giliran dah habis. Ini bermakna Cikgu Faiz tak dapat beli la. Huhuhu. Sadis sangat rasanya. Cikgu Faiz tengok stok ada lagi walaupun tak banyak tapi kenapa tak boleh beli pulak ye? Timbul kemusykilan di situ. Akibat stress sebab tak dapat beli tudung kesayangan maka Cikgu Faiz memborong beberapa makanan ni. Huhu.




Antara yang dibeli makanan yang dibeli di event tersebut. Ada jeruk mangga asam boi, sambal hitam menangis (Cikgu Faiz makan tak menangis pon. huhu), sambal goreng sedap, lasagna, roti sosej dan spegeti. Untuk pengetahuan korang, roti sosej dan spegeti sudah selamat dimakan di sana. Huhuhu. Bengang punya pasal sebab tak dapat beli tudung maka isi perut la jawabnya. Huhuhu.


Masa dekat event tu ada juga artis tempatan seperti Encik Mimpi dan Anita Baharom. Ingat nak bergambar dengan Encik Mimpi tapi ramai la pulak tak sanggup nak tunggu dah sebab bengang. Gambar suasana event pon tak dapat nak ambik sebab bengang punya pasal la. Huhu. Antara aktiviti yang ada dekat situ termasuklah pertunjukan fesyen dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Ingat nak suruh abang Faqih masuk mewarna tapi dah tak sempat.


Event Hijabey tu sampai hari ni la. Kalau korang yang belum berkesempatan nak pergi tu boleh la pergi ye. Rasanya bila hari terakhir ni mesti ada jualan murah. Huhuhu. Dah nama pon hijabey mestilah banyak tudung, jubah dan skirt labuh yang dijual di situ. Telekung pon ada tau. Makanan tu sampingan je. Ye la... Bila dah sibuk shopping sakan tu mesti korang rasa lapar jadi tak perlu bersusah payah nak keluar dari tempat tu untuk mencari makanan. Dalam dewan tu pon dah ada bermacam makanan yang dijual.


Yang tak bestnya booth aidijuma tak buka dah. Semalam last. Adoi. Melepas lagi nampaknya. Terpaksa la tunggu online punya. Huhu. Nasib nasib. Sekian.


Yang menaip,

Apabila Internet Mula Melembapkan Diri



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.





Sekejap je dah masuk hari Ahad. Esok akan kembali meneruskan tugas seperti biasa. Hari kedua berada di rumah baru takde apa yang menarik sangat pon sebab sibuk mengemas rumah. Bila dah penat tu ingat nak online sekejap tapi malangnya internet di sini agak lambat la pulak. Adakah sebab celcom memang lambat ataupon Cikgu Faiz yang tak bayar bil lagi? Huhuhu. Sememangnya isu kelembapan celcom ni dah lama Cikgu Faiz timbulkan di blog ni. Walaupon tangan ni gatal mengatakan bahawa celcom ni lambat la, lembap la tapi Cikgu Faiz tetap setia menggunakan servis celcom ni. Huhu. Bukan apa, kadang-kadang memang rasa tak puas hati sebab tengah ada mood nak online tiba-tiba internet pulak lambat.


Bila dah asyik loading je jawabnya tutup laptop la. Huhu. Jumpa lagi di entri yang seterusnya ^ ^


Jom tebus free facial treatment -->> KLIK !!


Yang menaip,

Berhati-hati dengan spam



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sekarang ni spam-spam iklan sedang berleluasa di mana-mana blog termasuk blog Ding Dang ni. Punya la banyak spam iklan berturut-turut pulak tu. Ini sudah lebih ! Menyirap betul la. Ayat nak suruh kita klik pada link tu tersangat la manis mengalahkan gula-gula. Apa, dia ingat Cikgu Faiz akan mudah tertipu ke? Silap orang la... Korang pon mesti selalu dapat spam macam ni kan?




Ambik sebijik. Semua terpampang. Apa la salahnya kalau letak je link blog awak tu. Saya pon nak tengok jugak blog awak yang lawa dan cun tu. Cuba la contohi blogger-blogger lain yang tak segan silu menyatakan yang mereka sudah klik iklan di blog ini dan semestinya meletakkan link blog mereka seperti Puteri Kasih, kak Noormala, Iskandar dan lain-lain (maaf kalau tak sebut nama korang. Hanya memberi contoh beberapa nama sahaja ^ ^)


Sekian.




Salam sayang,

Tolong Pulih Semula.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Lamanya tak dapat nak update dekat blog ni. Laptop Cikgu Faiz buat hal lagi. Geramnya rasa. Patut la dua tiga hari sebelum tu ada bunyi. Ingatkan ada CD dalam tu. Rupa-rupanya dia nak demam. Huhuhu. Sekarang ni Cikgu Faiz tengah update guna laptop Encik Suami. Laptop ni tak berapa betul sikit. Loading je keje. Nampaknya beberapa minggu ni tak dapat la nak blogwalking dan komen entri-entri blogger semua. Kena tunggu laptop dah okey baru boleh online. Huhu. Sadis betul. Nak cari bahan untuk P&P pon tak dapat. Habis la semua maklumat dalam laptop tu hilang. Uwaaa.... Sedih giler la macam ni. Bersusah payah Cikgu Faiz cari dengan keadaan internet yang kadang-kadang macam hampeh tapi semuanya telah punah. Huhuhu. Harap-harap orang yang baiki laptop tu dah backup semua benda dalam laptop tu. Hmm....


Fakta : dah tiga kali laptop ni buat hal. patutkah beli laptop baru je??


Yang benar,

Apa Makna Semua Ini ?


Assalamualaikum.


Adoy, bukak je blog tadi ingat nak follow mem follow. Tapi bila nak follow je terus jadi macam ni. Bingung dibuatnya.




Kenapa tiada nama Cikgu Faiz dan kenapa takde gambar?




Bila dah tekan butang follow tengok tengok masih sama je macam tadi. Kenapa ni?




Dekat gadjet pon sama jugak. Apa dah jadi ni?? Ada sesiapa yang pernah kena macam ni tak? Tak faham betul la.




With ♥..,

Kasut Hilang :(



Assalamualaikum.


Sedikit letih setelah pulang dari sekolah dengan hanya berjalan kaki. Jalan kaki pon seronok apa. Boleh exercise kan tubuh badan ni. Biar keluar sikit peluh tu. Baru badan jadi sihat. Hehe. Padahal Encik Suami balik lambat hari ni. Nak tak nak terpaksa la jalan kaki kan. Hehehe.


Sebenarnya Cikgu Faiz nak meluahkan ketidakpuasan hati ini. Isk isk... Sayang seribu kali sayang, kasut yang telah dibeli oleh Encik Suami hilang pada beberapa hari yang lalu. Cikgu Faiz pon tak perasan bila masa kasut itu dah takde. Sedar-sedar masa pagi hari Selasa baru ni bila nak pakai dah takde. Dah puas memikir yang Cikgu Faiz takde pulak letak di tempat lain melainkan di luar pintu je. Huhu.


"Kasut tak lawa pon nak curi jugak ke?"


Itulah ayat Cikgu Faiz kepada Encik Suami. Dan Encik Suami berkata "lawa tuuu... kaler pink hitam lagii...".


Yang Cikgu Faiz terkilan sangat sebab kasut tu pemberian Encik Suami. Dia yang belanja. Agak-agaknya nak tak dia offer lagi untuk belanja kasut yang baru pulak? Tunggu je la. Nasib baik Cikgu Faiz tak buang lagi kasut lama tu. Nampaknya kasut lama itu begitu banyak berjasa kepada Cikgu Faiz di saat-saat kehilangan kasut baru. Apa nak buat? Dah takde rezeki.


Sebelum kehilangan kasut baru, Encik Suami ada mengingatkan Cikgu Faiz supaya menyimpan kasut itu di dalam rumah tetapi Cikgu Faiz berdegil mahu membiarkan di luar sahaja. Ha, itulah akibatnya kalau tak mahu dengar cakap suami. Kan kasut dah hilang. Huhuhu.




tinggal kenangan...




With ♥..,

Agak-agak la...



Assalamualaikum.


Waaa.... masuk hari ni genab la seminggu CF tak update blog, facebook mahupun twitter. Bila dah lama tak online tu mulalah jari-jemari ni terasa malas nak menaip. Kalau tidak, ada je benda nak share dengan korang.


Tadi bukak-bukak blog je .... amboi.... bukan main lagi iklan-iklan bermaharajalela di cbox CF. Macam nak hangin jugak tadi tapi sabar, sabar.... Heh... jangan ingat CF akan klik link-link yang berbaur iklan tu ye. Haha.. Sekarang dan pandai sikit. Buat penat je la pengiklan-pengiklan tersebut letak link yang konon-konon iklan tu kat cbox saya (macam marah je).


Ha, kat bawah ini adalah antara pengiklan-pengiklan telah berjaya dicapture. Haha. Tapi bukan semuanya iklan okey. Ada la dua tiga kerat yang bukan iklan. Yang paling tak tahan ayat Gadis Mawar tu. Ayat baik punya. Nak suruh CF klik la tu. No way !! Salah orang la.



Pengajaran : Jangan ingat blogger naif macam saya ni mudah tertipu dengan sewenang-wenangnya.

Ha... apa kata korang tolong klik CF punya iklan pulak. SINI.


Pagi-Pagi Lagi Dah Buat Perangai.



Assalamualaikum.


Morning bloggers. Tajuk kat atas macam tengah angin je. Memang angin pon. Tengok la gambar kat bawah ni. Pagi-pagi lagi dah ada penipu yang datang masuk ke blog CF dan letak link churp churp dia.




nik = suzanatahir . ada sapa-sapa yang pernah terkena dengan dia ni tak? Nak suruh klik cakap je la. Tak payah nak letak link iklan awak tu kat blog saya. Kita klik sama-sama. Baru adil kan??

Lembap





Internet lembap. Celcom lembap. Dah bayar pon lembap. Sekian.

Tolong Hentikan !!!



Assalamualaikum.


Selamat petang bloggers. Tengah ada mood nak blogwalking tadi ada pulak hamba Allah ni yang letak link churp churp kat shoutbox Cikgu Faiz. Eeeiii... dah lama Cikgu Faiz diamkan perkara ni tapi hari ni dah tak boleh nak sabar lagi. Cuba tengok kat bawah ni di ruangan kotak hijau tu.



Saje je nak tayang nama biar dia rasa betapa Cikgu Faiz tidak suka dengan perbuatannya.



Semalam ada bloggers yang letak link blog dia dua tiga kali dengan menggunakan nama yang berlainan. Hari ni letak link churp churp pulak. Cikgu Faiz tak tahulah sama ada mereka ni orang yang sama atau tidak.


PERHATIAN !!!


Dilarang meletakkan link churp churp atau mana-mana link iklan di blog ini. Full stop !

Tibe-Tibe Je



Assalamualaikum sume...

Tengah syok-syok tengok cite Soffiya kat TV3 tiba-tiba tv buat hal pulak.

Ala.... dah la arini episod best.

Tanye jiran atas dia cakap umah dia elok je dapat siaran tv.

Bengang betul la.

Tak pasal-pasal dah terlepas satu episod.

Sabar je la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...