Showing posts with label aidijuma. Show all posts
Showing posts with label aidijuma. Show all posts

Beli Tudung Aidijuma Lagi?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 01 Jun 2016


Ingatkan hari ni Cikgu Faiz nak renew mykad di JPN Senawang tapi kena tunggu 3 minggu baru mykad baru siap. Kalau nak siap dalam masa sehari kena buat di JPN Seremban dekat Wisma Persekutuan. Sampai je dekat perkarangan wisma, kereta bersusun panjang. Hmm... macam takde harapan je nak buat mykad baru ni. Huhu. Terpaksa tangguhkan dulu niat nak buat mykad. Akhirnya Cikgu Faiz dan Encik Suami pergi jalan-jalan ke Mydin Mall Seremban 2.




Pergi Mydin memang tak sah kalau tak singgah di Concept Store Aidijuma. Pada mulanya Cikgu Faiz nak cuci mata je tapi tak sangka ada pulak yang berkenan. Huhu. Akhirnya terbeli juga dua helai tudung bawal AJ ni. Yang design bercorak tu keluaran White Label RM10. Tudung plain warna purple tu pula bawal AJ keluaran Grey Label kot sebab tag dia warna kelabu. Cikgu Faiz pon tak pasti sejak bila Grey Label ni muncul. Yang ni tudung dia ada corak timbul. Harga sehelai RM13. Oleh sebab Cikgu Faiz tiada koleksi corak timbul tu jadinya beli la sehelai untuk percubaan. Hihi.


Lepas cuci mata di CS Aidijuma, barulah jalan-jalan di kedai lain pula. Dapat jugak la sehelai baju t untuk dua orang anak Cikgu Faiz. Tiada gambar sebab baju dah masuk mesin basuh. Huhu. Ala, beli yang murah-murah je buat pakai basahan di rumah. Tak dapat nak berjalan lama-lama sebab Hannani ni tak boleh duduk diam asyik nak berlari je dalam mall. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Di Mana Nak Dapatkan Pelekat Kereta Aidijuma?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa. 31 Mei 2016


Entri ini adalah untuk menjawab pertanyaan seseorang di cbox Cikgu Faiz. Rujuk gambar di bawah untuk soalan yang ditanya.




Ada pulak yang berkenan dengan sticker Aidijuma yang Cikgu Faiz update dekat blog ni dulu. Boleh baca >>> PELEKAT KERETA AIDIJUMA. Sebenarnya sticker tu biras Cikgu Faiz yang bagi dari Sabah. Rasanya dia beli di sana (Sabah). Kalau tengok dekat facebook yang berkaitan dengan group jual beli tudung aidijuma ni mesti ada yang jual punya. Diharapkan entri ini dapat menjawab persoalan adik yang bertanya. Sekian.


Yang menaip,

Koleksi Tudung Hijabista Moden



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 01 Oktober 2015




Anda suka bergaya dengan trend fesyen muslimah? Jika ya, pasti anda berasa lega kerana kini terdapat banyak stail fesyen untuk wanita berhijab diperkenalkan di Malaysia. Ini mungkin kerana usaha untuk mengembangkan industri fesyen muslimah di pentas fesyen tempatan. Saban tahun semakin banyak koleksi 'muslimah wear' dihasilkan dek kerana permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran oleh wanita.


Tudung adalah antara sebahagian daripada fesyen muslimah yang sangat sinonim dengan wanita. Ianya dianggap sebagai aksesosi kepala namun pada asasnya adalah sebahagian daripada proses menutup aurat bagi kaum wanita seperti yang dituntut dalam agama.




Fesyen tudung terkini adalah lebih moden dengan rekaan yang jauh lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya hadir dengan rekaan, corak serta warna yang berbeza dan ini memberikan lebih banyak pilihan buat wanita di luar sana. Pilihan yang pelbagai ini juga memberikan peluang buat mereka untuk dipadankan dengan persalinan yang sesuai. Tudung rekaan terkini amatlah sesuai untuk dipadankan dengan kaftan serta baju kurung moden.




Perkembangan fesyen muslimah sejak akhir-akhir ini memperlihatkan kemunculan golongan hijabista di pentas fesyen Malaysia. Kehadiran mereka telah mencuri tumpuan semua penggemar fesyen malah turut mencipta trend fesyen terbaru. Antaranya ialah kewujudan trend fesyen terkini dalam pasaran. Kini anda boleh dapat melihat banyak KOLEKSI TUDUNG TERBARU yang boleh didapati. Kebanyakan gaya ini adalah stail moden yang lebih segar malah mempunyai elemen 'stylish'!


Jika anda tertanya-tanya apakah jenis baju yang sesuai untuk dipakai bersama dengan hijab, boleh dikatakan hampir apa sahaja jenis pakaian muslimah menjadi pilihan. Antaranya ialah blaus muslimah, jubah muslimah moden, 'dress' muslimah dan baju peplum kurung. Menggayakan tudung anda bukanlah sukar jika anda tahu gaya apakah yang sesuai dengan anda. Pilih stail yang menbuatkan personaliti anda kelihatan lebih menonjol berdasarkan pilihan tudung terkini yang sesuai dengan cita rasa anda. Pakai sesuatu yang membuatkan anda rasa selesa agar anda kelihatan lebih menarik di khalayak ramai.


Di Zalora, terdapat pelbagai pilihan rekaan tudung terkini yang didatangkan khas daripada pereka-pereka tempatan. Antara jenama yang anda boleh temui di Zalora adalah Naelofar, Cloverush, Hijab by Fyazara, Sugarscarf, Aidijuma dan banyak lagi. Semuanya ada di Zalora. Anda boleh mendapatkan tudung idaman anda dengan harga serendah RM15. Kalau tak percaya cuba lihat di laman web Zalora. Dengan adanya telefon pintar yang canggih lebih memudahkan pencarian dengan hanya di hujung jari sahaja anda boleh terus mendapatkan koleksi tudung yang terkini di pasaran. Jadi tunggu apa lagi? Cepat ke Zalora untuk mencari tudung idaman anda.


Selamat membeli-belah !!!


Yang menaip,
 

Koleksi Tudung Aidijuma Yang Paling Terkini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 02 Ogos 2015


Ada tak peminat tudung AIDIJUMA dekat sini? Agak-agak korang addicted tak dengan tudung tu. Cikgu Faiz masa mula-mula dulu memang terlalu gilakan tudung aidijuma ni. Tapi semenjak dua menjak ni nak nak lepas raya ni macam dah tak bersemangat je nak menambah koleksi. Kalau beli pon yang betul-betul perlu sahaja. Mungkinkah disebabkan lambakan tudung-tudung berjenama terkenal yang lain telah mengaburi mata Cikgu Faiz ni. Ihiks. Sejak kebelakangan ini Cikgu Faiz ada mencuba beberapa jenis tudung selain aidijuma. Hihi. Saje la nak tukar selera kan. Huhu.



Ini merupakan koleksi tudung-tudung Cikgu Faiz sekarang. Kalau dulu Cikgu Faiz gemar memakai tudung bawal biasa yang ada batu-batu tu tetapi kini tidak lagi. Lepas je berkenalan dengan aidijuma terus melekat sampai sekarang. Tudung-tudung bawal yang dah lama tak pakai tu Cikgu Faiz bagi dekat saudara mara je. Kalau mula-mula dulu pantang je keluar design baru mesti Cikgu Faiz nak beli tanpa berfikir sama ada sedondon atau tidak dengan baju kerja yang nak dipakai tetapi sekarang tidak lagi. Bila keinginan itu semakin berkurang Cikgu Faiz cuma membeli apabila perlu sahaja dan tidak rakus seperti dahulu lagi. Hihihi. Sebab itulah koleksinya jadi sebanyak ini walaupun baru setahun lebih kot Cikgu Faiz berkecimpung dalam memakai tudung aidijuma ni. Huhu.





Ini antara design yang agak 'hot' jugak masa mula-mula keluar dulu. Aidijuma white label full cat ni harganya RM10 je masa Cikgu Faiz beli dekat website aidijuma dulu. Memang 'hot' sangat design ni sampaikan ada yang PM Cikgu Faiz bertanyakan sama ada Cikgu Faiz nak jual tak tudung design ni. Hihihi. Tapi belum terfikir lagi nak jual mana-mana koleksi tudung aidijuma Cikgu Faiz ni. Sayang pulak rasanya sebab bukan senang nak dapatkan design tudung aidijuma ni. Cepat je habis bila design yang 'hot' sangat tu sampaikan ada yang menjual tudung ni dengan harga yang lebih hangat daripada biasa. Hihihi.


Cikgu Faiz ada beberapa helai tudung aidijuma yang masih belum dipakai lagi. Ingat nak bagi dekat pembaca-pembaca bertuah blog ini tapi tak tahu bila nak buat. Huhu. Agak-agak ada tak yang sudi nak rebut tudung aidijuma yang tak seberapa dari Cikgu Faiz ni? Hihi. Nak dapatkan lagi beberapa helai tudung baru Cikgu Faiz nak try buat something untuk korang yang tak jemu-jemu datang ke blog ni. Bila masanya tu tak dapat la nak diputuskan lagi. In Sha Allah masanya akan tiba jua.


Okey la. Cikgu Faiz ada kerja sikit nak buat ni. Nanti Cikgu Faiz update lagi ye. Nak blogwalking dulu. Jumpa lagi. Sekian.


Tolong jangan percaya dengan >>> INI


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Aidijuma Bulan Mei 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 31 Mei 2015


Dah lama rasanya tak update kolaksi terbaru tudung AIDIJUMA. Hihi. Setiap bulan tak boleh missed beli tudung ni. Kalau ikutkan tiap-tiap minggu ada design baru. Tapi Cikgu Faiz membeli mengikut kemampuan sahaja. Botak la kepala kalau tiap-tiap minggu nak beli. Pulak tu sekali keluar 4 5 helai design. Huhu. Cikgu Faiz akan beli design yang betul-betul menarik perhatian je dan yang paling penting boleh match dengan baju kerja. Haha.


Bulan Mei sahaja Cikgu Faiz dapat sambar 3 helai. Maksimum okey. Tak boleh lebih. Itu pon dah banyak kan. Nak tengok koleksi terbaru tu? Jom.



Ini white label. Namanya dah lupa la. Hihi. Cikgu Faiz beli sebab nanti boleh pakai masa mengajar tajuk 'meneroka angkasa' dekat murid-murid pra. 




Yang ni pulak green label sempena Hari Guru. Beli sebab kena dengan tema Hari Guru. Hihihi. Cikgu Faiz kan ajar ABC. Huhuhu.




Ini label terbaru. Yellow label. Label ni hanya dijual oleh premium reseller sahaja. Tiada di concept store mahu pun website aidijuma. Tapi tak tahu la kalau lepas ni datin ada jual online pulak. Hihi. Kainnya lembut macam black label jugak cuma harga je up sikit. Kalau black label biasa RM33. Yang ni Cikgu Faiz beli dengan premium reseller AJ. 2 lagi tu beli kat website je.




Esoknya terus selfie dengan tudung baru. Huhuhu. Lembut sangat. Berbaloi walaupun agak mahal. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Hijabey 2015 Di IDCC Shah Alam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 05 April 2015


Petang tadi Cikgu Faiz pergi ke event Hijabey 2015 yang diadakan di IDCC Shah Alam. Tujuan utama ke situ dah tentu la sebab tudung aidijuma tu. Hihihi. Excited giler nak pergi sebab nak dapatkan koleksi terbaru tudung aidijuma yang hot tu. Tapi sayang seribu kali sayang sebab sampai je dekat sana nombor giliran dah habis. Ini bermakna Cikgu Faiz tak dapat beli la. Huhuhu. Sadis sangat rasanya. Cikgu Faiz tengok stok ada lagi walaupun tak banyak tapi kenapa tak boleh beli pulak ye? Timbul kemusykilan di situ. Akibat stress sebab tak dapat beli tudung kesayangan maka Cikgu Faiz memborong beberapa makanan ni. Huhu.




Antara yang dibeli makanan yang dibeli di event tersebut. Ada jeruk mangga asam boi, sambal hitam menangis (Cikgu Faiz makan tak menangis pon. huhu), sambal goreng sedap, lasagna, roti sosej dan spegeti. Untuk pengetahuan korang, roti sosej dan spegeti sudah selamat dimakan di sana. Huhuhu. Bengang punya pasal sebab tak dapat beli tudung maka isi perut la jawabnya. Huhuhu.


Masa dekat event tu ada juga artis tempatan seperti Encik Mimpi dan Anita Baharom. Ingat nak bergambar dengan Encik Mimpi tapi ramai la pulak tak sanggup nak tunggu dah sebab bengang. Gambar suasana event pon tak dapat nak ambik sebab bengang punya pasal la. Huhu. Antara aktiviti yang ada dekat situ termasuklah pertunjukan fesyen dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Ingat nak suruh abang Faqih masuk mewarna tapi dah tak sempat.


Event Hijabey tu sampai hari ni la. Kalau korang yang belum berkesempatan nak pergi tu boleh la pergi ye. Rasanya bila hari terakhir ni mesti ada jualan murah. Huhuhu. Dah nama pon hijabey mestilah banyak tudung, jubah dan skirt labuh yang dijual di situ. Telekung pon ada tau. Makanan tu sampingan je. Ye la... Bila dah sibuk shopping sakan tu mesti korang rasa lapar jadi tak perlu bersusah payah nak keluar dari tempat tu untuk mencari makanan. Dalam dewan tu pon dah ada bermacam makanan yang dijual.


Yang tak bestnya booth aidijuma tak buka dah. Semalam last. Adoi. Melepas lagi nampaknya. Terpaksa la tunggu online punya. Huhu. Nasib nasib. Sekian.


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Aidijuma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 04 April 2015


Cikgu Faiz muncul kembali setelah menyepikan diri buat seketika. Kebetulan tengah menyiapkan assignment jadi alang-alang tu update blog sekali sebelum tidur. Hihi. Dah lama rasanya tak cerita tentang koleksi terbaru tudung Aidijuma Cikgu Faiz tu. Hihi.




Yang ni green label sweet ape ye. Adoi, mudah betul lupa nama tudung ni.





Yang atas tu pula, green label Love Potion, white label Purple Wave dan Small Roses. Purple Wave tu biras yang punya. Cikgu Faiz tolong beli je. Hihi.





Yang atas ni pula pink label. Tak tau la namanya apa. Banyak sangat design. Sebenarnya beli untuk mak Cikgu Faiz tak tau la mak berkenan atau tak dengan warna pilihan anak dia ni. Ini je antara design yang tinggal. Yang lain semua dah 'SOLD' awal-awal. Huhu. Kalau mak tak nak Cikgu Faiz pakai je la. Hihihi. 


Ada lagi dua helai tak sampai lagi. Hihi. Alang-alang beli untuk mak tu boleh la beli untuk diri sendiri sekali kan. Hihihi. Design terbaru tu nanti Cikgu Faiz update okey. Itu sahaja nak cerita sebenarnya. Nak tido la sebab pukul 8.30 pagi ni ada mesyuarat AJK PIBG pulak. Nak kena bangun awal lagi. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Pertama Kali Kena Tipu Secara Online



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 07 Mac 2015





Pagi-pagi lagi dah bikin panas !! Rasa macam nak sumpah seranah je. Huh ! Korang sedia maklum kan yang Cikgu Faiz ni peminat tudung Aidijuma tu. Beberapa minggu lepas keluar design sempena CNY. Cikgu Faiz post la gambar tudung tu dekat satu group whatsapp Aidijuma ni. Lepas tu ada sorang hamba Allah tu post gambar CS AIDIJUMA yang ada gambar tudung tu. Konon nak bagitau yang dia ada kat CS la kan tengah nak memborong tudung tu. Cikgu Faiz nak kirim la kan. Dia pon setuju dan bagi harga semua. Siap tanya lagi nak tambah tudung lain tak. Huh ! Dah bayar harga untuk dua helai tudung siap postage dan upah. Ok settle. Lepas cuti CNY baru pos. Okey tak kisah sebab paham pejabat pos memang tengah pack sebab nak raya cina kan.


Lepas raya cina tu hari Isnin tak silap dia bagi no tracking pos laju siap gambar slip lagi. Okey, percaya bulat-bulat. Tunggu esok lusa tak jugak sampai tudung. Cikgu Faiz check dekat internet no tracking tu NOT FOUND. Bagitau hamba Allah tu dia terkejut beruk pulak. Dia cakap hari Isnin ni nak check dekat poslaju, hari tu tak dapat check sebab kononnya dia nak pergi memborong AIDIJUMA lagi. Penipu. Dalam hati Cikgu Faiz takkan poslaju boleh jadi macam ni. Sebelum ni tak pernah lagi kalau pos barang takde maklumat dalam sistem. Cikgu Faiz syak dia memang tak pos barang tu. Huh ! Menyirap lagi. Dia kata nak pulangkan duit dan bila dah settle dia akan bagitau. Hari Khamis tak jugak masuk duit. Cikgu Faiz whatsapp tanya bila nak pulangkan duit. Alasan dia tengah kerja. Check lagi takde masuk pon. Huh ! Esoknya hari Jumaat Cikgu Faiz tanya lagi. Alasan, anak demam tak boleh tinggal. Cikgu Faiz dah bengang tahap nak mengamuk dah. Sebab apa? Malam tadi baru dia transfer tapi kurang RM3. Cikgu Faiz bagitau RM3 tu sedekah je la padahal hati memang nak marah sangat tu. Dia siap cakap nak pulang balik baki tu. Cikgu Faiz menolak sebab dah geram sangat rasanya dengan penipu tu. Ada je helah dia. Yang bengangnya tu ada pulak maybank2u. Sebelum ni alasan memang tak munasabah langsung. Takkan la tak boleh nak transfer online untuk 5 minit kan. Memang tak masuk akal. Pulak tu nak tunggu Cikgu Faiz desak baru la nak bagi. Memang melampau la. Dah la masa Cikgu Faiz dan setuju nak beli tu dia siap suruh bayar hari tu jugak sebelum pukul 2 petang konon nak buat modal. Boleh jalan la dengan modal tu. Penipu. Duit aku cepat je kau nak. Suruh pulang balik macam-macam alasan kau bagi. Lepas ni memang Cikgu Faiz dah serik nak kirim-kirim dekat orang ni. Lebih rela pergi CS atau beli dekat website AIDIJUMA je. Hari tu memang tak dapat pergi CS tu yang terpaksa kirim tu. Website pulak cepat sangat kehabisan stok.


Semua yang terjadi ni memang satu pengajaran untuk Cikgu Faiz. Cikgu Faiz dah block siap-siap nombor si penipu tu. Dah kau nak sangat menipu kan. Sekian laporan tak puas hati Cikgu Faiz untuk hari ini.

Untuk peminat bola sepak sahaja --> SINI


Yang menaip,

Shopping Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 18 Februari 2015


Haii !! Hari ni Cikgu Faiz happy sangat. Sebab apa? Sebab barang yang Cikgu Faiz beli dah pon sampai. Yahuuu !!! Dari semalam tunggu baru petang tadi sampai. Dugaan betul kalau barang yang kita nak tu kan. Hihi.




Pagi tadi check tracking number dekat laman web poslaju tengok diorang dan buat proses penghantaran parcel tapi tunggu punya tunggu tak jugak sampai. Petang baru pakcik poslaju sampai siap borak-borak dengan abah lagi. Huhuhu. Iya la, Cikgu Faiz faham dekat nak raya ni kan banyak parcel tu yang lambat. Hihi.




Apa pun terima kasih buat pakcik poslaju sebab hantar barang Cikgu Faiz dengan selamat. Hihi. Tudung yang diidamkan telah tiba di depan mata. Yang ada perkataan LOVE tu namanya Love Word jenis white label. Yang lagi satu tu memang dah lama Cikgu Faiz dok cari. Lama tak lama la. Hihi. Puas hati sebab dah dapat design Orange Lotus jenis green label ni.




Hihi... Cantik tak? Cikgu Faiz beli Love Word ni dua helai sebab sehelai untuk biras. Memang comel sangat design ni. Sayang rasanya nak pakai. Huhu. Semakin hari design AIDIJUMA ni makin cantik. Kreatif betul datin mereka design terbaru setiap minggu. Huhuhu. Sekian saja laporan Cikgu Faiz pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi.


Masakan Halal Cina --> SINI


Yang menaip,

Malaysian Vendor Festival di Stadium Melawati Shah Alam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 12 Februari 2015


Bertemu lagi kita di blog santai ini. Semua pastinya sedang lena diulit mimpi. Cikgu Faiz? Hmmm... sambil tunggu kain siap dibasuh elok la kalau update blog ni sekejap. Ingat nak update hari-hari tapi susah sangat sekarang ni. Sibuk dengan urusan anak-anak. 


Sabtu lepas selepas je habis LADAP di sekolah, malam tu Cikgu Faiz mengajak Encik Suami ke Malaysian Vendor Festival di Stadium Melawati Shah Alam. Tujuan utama ke situ dah tentu la sebab tudung kesukaan Cikgu Faiz tu. Mihmih. Ada design terbaru dan hanya boleh didapati di Mobile Store sahaja. Sebab tu la Cikgu Faiz gigih mengajak Encik Suami jugak. Haha.


Nak sampai ke situ macam biasa Encik Suami menggunakan perkhidmatan WAZE. Hehe. Tak ingat jalan macam tu la. Memang berguna sangat WAZE di saat macam ni. Bila dah sampai dok cari tempat parkir pulak. Punya la ramai orang. Booth pon banyak di luar stadium tu ha. Ingat nak ambik gambar tapi dah tak menyempat nak cari booth AIDIJUMA. Hahaha. Okey, kita jalan-jalan dulu la cuci mata. Encik Suami ingat booth AIDIJUMA dekat luar tu. Cikgu Faiz dah bagitau dekat dalam stadium tapi dia tak percaya. Ha... tengok tak pasal-pasal kena jalan kaki ke depan sana untuk ke stadium. Grrrrr..... tahan penat sikit demi tudung kesayangan. Kihkih.




Suasana di dalam stadium tak la sehangat di luar tu. Ada aircond. Hihi. Sempat la menjamu mata dan telinga dengan persembahan di atas tu. Tak ingat kumpulan apa. Pusing punya pusing tak jumpa jugak booth AIDIJUMA. Dugaan betul.




Bila dah jumpa hati menguntum senyum sebab tak ramai orang berkerumun dekat booth. Yay... boleh membeli dengan tenang tapi sayangnya design yang Cikgu Faiz nak tu dah habis la. Huhuhu. Kecewa jugak tapi nasib baik ada dua design tu sebagai penyelamat. Sekurang-kurangnya ada jugak la yang berkenan di hati. Ada banyak lagi design lain tapi hati ini tak berkenan. Haha. Cerewet sangat. Dua design di atas tu GREEN LABEL yang hanya boleh didapati di mobile store Aidijuma je. Yang syoknya harga lebih murah daripada biasa iaitu RM10. Lagi sehelai RM15 harga normal. Jadilah kan.




Jalan-jalan lagi terjumpa pulak dengan sorang artis ni. Mati-mati tak perasan yang itu pelakon Anita Baharom. Dia bukak booth jugak jual tudung. Tu ha banner belakang tu INSPIRASI ANITA BAHAROM. Segan jugak sebab tak membeli tapi nak ambik gambar aje tapi nasib baik la Anita sporting. Hihi. Tengok tu siap bawak AJ lagi dok bergambar. Teruk betul, Huhu. Next time kalau jumpa lagi boleh try tudung Anita Baharom pulak.




Keluar dari stadium, cuci mata lagi sebelum balik. Ternampak persembahan dari Cat Farish dengan kumpulan apa entah. Baskers ke apa. Ejaan pon salah tu. Huhu. Lagunya, Puchong power kot sebab asyik dengar dia cakap Puchong power je. Hahaha.


Tak lama lepas tu kami pon bertolak pulang sebab kaki dah penat sangat berjalan dan Hannani dengan abang Hakim dah kepenatan jugak. Hihi. Nasib baik la esok tu hari Ahad kami duduk di rumah aje merehatkan diri. Huhu. Sekian saja laporan dari Cikgu Faiz. Sehingga berjumpa lagi. Peace.


Popular sungguh mereka ini. Siapakah agaknya ya? Jom tengok >SINI<


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Tudung Aidijuma White Label



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 07 Februari 2015


Bersua lagi. Pagi-pagi buta dok update blog. Hihi. Nasib baik la esok cuti. Eh, tak cuti la. Pukul 11.45 pagi nanti ada LADAP di sekolah. Huhu. Nak buat macam mana? Cikgu Faiz ni makan gaji je. Lain la kalau bekerja sendiri kan.



Saje nak share koleksi tudung AIDIJUMA terbaru Cikgu Faiz. Hihih. Ini la design yang Cikgu Faiz beli di The Curve tu. Ala, yang dah tinggal saki baki tu. Hihi. Entri tu ada >DI SINI<.



AIDIJUMA WHITE LABEL - NUMBERS (RM10)



Wahhhh !!! Bukan main seronok lagi Hannani ye. Asyik nak tayang gigi je sekarang ni. Huhuhu. Sepit dekat rambut tu bukan senang dia nak pakai tau. Mau berperang masa nak pakaikan lepas tu takkan tahan lama. Tangan dia yang comel tu mesti nak usik lepas tu cabut. Hahaha. Sekian.


P. Ramlee di sini..... TEKAN SIKIT


Yang menaip,

Jalan-Jalan Di The Curve, Damansara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 05 Februari 2015



Yeahhh.... bersua lagi di blog ini. Hihi. Cerita seterusnya yang Cikgu Faiz nak kongsi ni tentang aktiviti pada Jumaat lepas. Cikgu Faiz sekeluarga berjalan cuci mata lagi. Kali ini destinasi kami di The Curve, Damansara. Sebelum itu, mari kita layan gambar selfie Cikgu Faiz dan buah hati pengarang jantung ye. Hehe.



Sebelum bertolak mesti ambil gambar dulu. Tengok la tu Hannani sedang terkedek-kedek datang untuk join bonda selfie. Hihihi.



Hannani tak nak kalah dengan bonda okey. Selfie siap tayang gigi lagi tu. Ada lapan batang dah gigi Hannani. Suka menggigit tu. Hehe.



Si comel kiut miut yang ada saja gelagat mencuit hati. Pandai sangat buat muka comel walaupun tak mesra kamera. Hihihi.



Aiiii.... nampak tembam pulak Hannani dalam gambar ni. Siap buat muka confius lagi tu. Hahaha.



Punya la tak sabar nak berjalan siap pegang sandal dah tu. Takut sangat kena tinggal. Hihi.



Kesian dua orang hero ni, terabai sekejap gara-gara melayan selfie dengan Hannani. Hihu. Masa ni tengah on the way. Dah nak sampai tapi biasa la kawasan sesak kan. Kena la ikut giliran. Abang Hakim tu bila la nak berhenti berkepit dengan lampin. Huhu.



Ahaaa.... tudia.... Dah nampak dah. Hihi. AIDIJUMA. Ini la sebenar-benarnya tujuan utama ke sini. Hahaha.



Semakin menghampiri ke destinasi. Hihi. Tak sabar rasanya nak dapatkan koleksi terbaru AIDIJUMA ni.



Dah sampai pon ! Ruang parkir kereta kami. Hihi. Ambik gambar sebab senang nak ingat takut terlupa. Huhu. Cikgu Faiz memang lemah bab-bab cari tempat parkir ni. Mudah sangat lupa.



Sampai sampai je. Si abang ajak main dekat tempat permainan ni dulu. Kena la layan kan dulu ye. Hihi. Abang Hakim main dengan abah. Hannani dengan bonda. Jadi tak hairan la kalau gambar Hannani je yang ada. Hihi.



Hannani langsung takde perasaan takut bila naik permainan ni. Tak berbunyi pon. Senyap je. Suka betul dia sampai tak nak turun. Hahaha.



Tengok la tu. Dengan bangganya tak nak padang kamera. Huhu. Puas la bonda panggil tapi buat muka selamba je. Hihi. Geram betul.



Yang ni baru naik dengan abang. Abang muka takut je sebab mainan ni akan berpusing naik ke atas. Haha. Hannani macam biasa buat muka selamba yang comel tu. Hihi.


Lepas siap main, baru la kami cuci mata sambil mencari kedai AIDIJUMA. Jenuh jugak nak cari sebab The Curve ni luas. Ada utara la, selatan la. Haha. Nasib baik ada peta. Banyak kali jugak dok tenung peta ni tak juga jumpa. Sadis betul. Selepas beberapa kali pusing satu The Curve tu baru la jumpa. Haha. Tapi malangnya stok tudung AIDIJUMA habis licin daaa.... Huhuhu. Yang tinggal cuma saki baki yang orang dah tak nak beli. Nasib nasib. Untuk mengubat hati yang kecewa Cikgu Faiz beli jugak la sehelai white label terbaru tu. Gambar tak ada pulak. Maaf.


Dah settle semuanya, perut pon dah kenyang barulah kami pulang. Dalam hati Cikgu Faiz tetap rasa tak puas hati sebab tak dapat tudung yang diidam-idamkan. Sobsob. Sekian.


Apa yang dia cakap tu? --> BACA


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...