Showing posts with label zalora. Show all posts
Showing posts with label zalora. Show all posts

Shopping Di Zalora | Woven Flat Sandal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Mac 2016


Khamis lepas, Cikgu Faiz ada order barang dekat zalora. Macam biasa la kan guna baucer yang dapat hari tu. Hihi. Mula-mula Cikgu Faiz nak beli blaus tapi bila masukkan kod baucer tu tak boleh. Pilih beg pulak. Pon sama tetap tak boleh nak bayar. Cikgu Faiz cuba barang mekap pulak. Pon sama tak boleh jugak. Huhu. Penat memilih barang akhirnya Cikgu Faiz pilih sandal pulak. Kali ni kalau tak boleh jugak Cikgu Faiz pasrah je la. Huhu. Alhamdulillah berjaya jugak submit kod tu. Hihi. Kalau ikutkan semalam (Jumaat) dah dapat barang tapi ninja van telefon bagitau boleh hantar hari Sabtu (hari ni la). Cikgu Faiz memang tak sabar nak tengok rupa sandal zalora tu. Huehuehue.



Yeay dah sampai !! Walaupun agak lambat dari waktu yang dijanjikan semalam, Cikgu Faiz dah tak kisah sebab barang dah ada di depan mata. Hihihi.




Excited giler sebab ini pertama kali Cikgu Faiz beli kasut secara online. Huhu.




Inilah rupa sandal zalora. Boleh tahan jugak tapi sayang seribu kali sayang, ianya besar dan longgar bila kaki Cikgu Faiz pakai sandal ni. Hahaha. Dekat tepi tu boleh adjust talinya tapi tetap longgar. Eheh. Kecik jugak kakiku ini rupanya. Sandal ni saiz 6 sebab biasanya kalau beli kasut memang saiz 6 je boleh muat. Mungkin Cikgu Faiz patut pilih saiz 5 kan. Tapi takpe, mungkin takde rezeki nak pakai sandal zalora ni. Lain kali boleh try beli saiz 5 pulak tengok muat tak. Hahaha. Nak tukar pon tak boleh sebab Cikgu Faiz beli guna baucer je. Hihi. Takpe, tunggu rezeki lain pulak lepas ni. Apa pun terima kasih zalora. Lepas ni jangan la segan segan nak bagi baucer lagi ye. Hihi. 


Oh ya, harga sandal ni RM79. Selain warna hitam ada jugak warna putih. Cikgu Faiz rasa warna putih lagi cantik tapi entah kenapa tangan Cikgu Faiz ni gatal gatal pergi pilih warna hitam. Sebelum ni pon Cikgu Faiz pernah beli barang di zalora ni. Servis memang bagus dan Cikgu Faiz berpuas hati dengan barang-barang yang dibeli. Sekian.




Yang menaip,

Serlahkan Auramu Dengan Jam Tangan DKNY



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 01 Mac 2016



Siapa dekat sini yang suka pakai jam tangan? Rasanya mesti ramai yang suka menyimpan koleksi jam tangan yang terkini dan trendy untuk digayakan di luar atau di majlis-majlis tertentu. Cikgu Faiz pon suka pakai jam tangan. Selain untuk melihat masa supaya tidak terlewat ke mana-mana, jam tangan juga memainkan peranan penting di mana ianya dapat membuatkan penampilan seseorang itu kelihatan lebih menarik. Bila pakai jam tangan Cikgu Faiz rasa lebih yakin untuk melangkah ke hadapan. Rasa janggal bila tiba-tiba tak pakai jam tangan. Biasa la kadang-kadang terlupa sebab nak cepat. Hihihi. 

Dalam dunia fesyen, aksesori adalah antara fashion item yang paling penting. Aksesori yang bersesuaian juga mampu menyerlahkan persalinan seseorang agar tampil lebih menonjol. Wow! Menarik bukan. Kalau korang suka mengikuti perkembangan aksesori fesyen terkini mesti tau la kan model-model jam tangan yang terbaru masa kini. 

Jam tangan adalah antara aksesori fesyen yang sering menjadi pilihan dalam kalangan wanita. Mengapa? Jawapannya cukup mudah. Ini kerana, berbanding jenis-jenis aksesori yang lain, jam amat mudah untuk digayakan. Ia hanya perlu dipakai di pergelangan tangan dan tidak sampai lima saat pun ianya sudah sedia tersarung di tangan korang! Selain daripada itu aksesori wanita terkini yang popular ini juga mampu memberikan perubahan yang cukup besar ke atas penampilan dan persalinan korang juga tau. 

Wanita cukup suka menggayakan jam tangan terkini terutamanya ketika berada di luar kerana selain dapat membuatkan mereka kelihatan bergaya, jam tangan terbaru wanita juga memberikan sentuhan elemen yang lebih lembut ataupun feminin ke atas penampilan mereka.





Kalau korang suka menggayakan aksesori wanita paling popular ini, korang juga pasti akan suka dengan jenama DKNY. Donna Karan New York atau turut dikenali sebagai DKNY adalah sebuah jenama antarabangsa yang terkenal dalam dunia fesyen. Ia telah mencetus fenomena sejak tahun 1984 dengan koleksi jam tangannya. Fuhh… masa ni Cikgu Faiz pon belum lahir lagi tau. Punya la lama jenama DKNY ni bertapak di dunia fesyen. 





DKNY adalah jenama tersohor yang menawarkan koleksi jam tangan wanita untuk golongan wanita yang menggemari gaya fesyen urban. 





Kalau korang nak tahu, koleksi jam tangan DKNY terkini menjadi pilihan ramai wanita muda di luar sana kerana koleksi jam tangan terbaru DKNY hadir dengan rekaan yang moden, segar dan sangat stylish! Ini memberikan peluang untuk korang tampil penuh bergaya dengan aksesori piilihan korang sepanjang masa!


Yang menaip,

Puas Hati Beli Barang Di Zalora



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 17 Disember 2015


Akhirnya barang-barang dari zalora telah selamat diterima. Punya la besar bungkusannya membuatkan Cikgu Faiz begitu teruja untuk melihat barang-barang tersebut. Hihi.




Barang pertama yang Cikgu Faiz pilih di zalora ialah beg laptop ni. Kebetulan memang tengah mencari beg laptop. Terjumpa pula beg ni. Huhu. Boleh tahan besar jugak. Harga RM88 selepas diskaun. Harga sebenar dah lupa pulak. Hihi.




Barang kedua pula beg balik kampung warna pink tu. Hihi. Masa tengok gambar Cikgu Faiz ingatkan beg ni kecik je macam handbag. Ingatkan boleh isi barang-barang Hannani bila pergi jalan-jalan tapi bila tengok semalam memang besar. Terus jadi beg balik kampung la. Hahaha. Setakat isi beberapa helai baju Cikgu Faiz anak beranak untuk dua tiga hari tu boleh la. Harganya RM89 selepas diskaun. Harga sebenar RM1++ jugak.


Keseluruhannya Cikgu Faiz berpuas hati dengan kedua-dua beg tersebut. Dah tak payah nak pikir pasal beg laptop dan beg balik kampung lagi. Kihkih. Yang penting ianya percuma je. Cikgu Faiz guna baucer dari zalora untuk kedua-dua barang tu. Hihi. Banyak dah jimat. Rezeki kan. Alhamdulillah. Terima kasih zalora. Ada rezeki nanti Cikgu Faiz shopping lagi ye. Proses penghantaran barang pon cepat. Beli sebelum jam 12.00 tengahari barang akan diposkan pada hari tu jugak. Esok terus dapat. Memang terbaik. Sekian.


Yang menaip,

Pertama Kali Membeli-Belah Di Zalora



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Disember 2015


Buat pertama kalinya Cikgu Faiz shopping dekat laman web zalora. Kalau tengok harga boleh tahan jugak la. Kalau nak shopping seeloknya tunggu zalora buat sale. Masa tu mesti rambang mata dibuatnya.




Hasil shopping di zalora beberapa hari yang lalu. Hihihi. Ada dua barang yang Cikgu Faiz beli. Yang ni baru je sampai tadi. Tak sabar nak balik Bentong tengok rupa barang-barang tu. Berbaloi atau tidak dengan harganya? Nanti Cikgu Faiz update ye. Sekian.





Yang menaip,

Koleksi Tudung Labuh Online



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 10 Disember 2015


Pernahkah anda menghadapi masalah harus menunggu giliran yang lama ketika ingin menunaikan solat di surau-surau yang terdapat di stesen minyak atau di pusat membeli-belah? Lagi-lagi kalau masa tu orang memang tengah ramai dan telekung yang disediakan pula tidak mencukupi. Memang selalunya ramai di antara kita yang membawa telekung sendiri dari rumah, tetapi kadang kala ia berlaku dengan tidak dirancang dan kita tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan telekung yang sudah disediakan. Oleh itu, kadang kala dengan memakai tudung yang cukup labuh boleh menyelamatkan kita apabila menghadapi masalah seumpama ini di mana kita boleh terus menunaikan solat tanpa menggunakan telekung.




Bagi diri saya sendiri, saya meminati beberapa jenis koleksi tudung labuh online yang pada saya amat selesa dipakai dan direka dengan penutup bahagian bawah dagu. Ia menjadikan aurat saya tertutup dengan sempurna dan ini membolehkan saya untuk mengerjakan solat dengan baik dan khusyuk.




Kini, terdapat banyak koleksi tudung labuh yang boleh anda temui dalam pelbagai pilihan fabrik yang selesa dan corak yang menarik. Kepada anda yang ingin mencari koleksi tudung labuh yang berkualiti, anda boleh membuat pembelian di ZALORA dan temui kolaksi tudung labuh dari jenama Cloverush dan Cantik Storage.


Berita baik untuk mereka yang suka membeli-belah di dalam talian (on-line), Untuk setiap pembelian tudung yang berharga RM75 dan ke atas, anda layak menikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Selain itu, anda juga boleh membuat pulangan semula selama 30 hari selepas tarikh pembelian dan pembayaran secara cash on delivery juga tersedia di beberapa kawasan tertentu. Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Sebelum dapat gaji ni boleh la cuci mata dulu sambil survey harga tudung labuh yang ada di ZALORA. Nanti boleh buat bajet siap-siap untuk bulan ni. In Sha Allah ZALORA tidak akan mengecewakan anda.


Yang menaip,

Koleksi Tudung Hijabista Moden



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 01 Oktober 2015




Anda suka bergaya dengan trend fesyen muslimah? Jika ya, pasti anda berasa lega kerana kini terdapat banyak stail fesyen untuk wanita berhijab diperkenalkan di Malaysia. Ini mungkin kerana usaha untuk mengembangkan industri fesyen muslimah di pentas fesyen tempatan. Saban tahun semakin banyak koleksi 'muslimah wear' dihasilkan dek kerana permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran oleh wanita.


Tudung adalah antara sebahagian daripada fesyen muslimah yang sangat sinonim dengan wanita. Ianya dianggap sebagai aksesosi kepala namun pada asasnya adalah sebahagian daripada proses menutup aurat bagi kaum wanita seperti yang dituntut dalam agama.




Fesyen tudung terkini adalah lebih moden dengan rekaan yang jauh lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya hadir dengan rekaan, corak serta warna yang berbeza dan ini memberikan lebih banyak pilihan buat wanita di luar sana. Pilihan yang pelbagai ini juga memberikan peluang buat mereka untuk dipadankan dengan persalinan yang sesuai. Tudung rekaan terkini amatlah sesuai untuk dipadankan dengan kaftan serta baju kurung moden.




Perkembangan fesyen muslimah sejak akhir-akhir ini memperlihatkan kemunculan golongan hijabista di pentas fesyen Malaysia. Kehadiran mereka telah mencuri tumpuan semua penggemar fesyen malah turut mencipta trend fesyen terbaru. Antaranya ialah kewujudan trend fesyen terkini dalam pasaran. Kini anda boleh dapat melihat banyak KOLEKSI TUDUNG TERBARU yang boleh didapati. Kebanyakan gaya ini adalah stail moden yang lebih segar malah mempunyai elemen 'stylish'!


Jika anda tertanya-tanya apakah jenis baju yang sesuai untuk dipakai bersama dengan hijab, boleh dikatakan hampir apa sahaja jenis pakaian muslimah menjadi pilihan. Antaranya ialah blaus muslimah, jubah muslimah moden, 'dress' muslimah dan baju peplum kurung. Menggayakan tudung anda bukanlah sukar jika anda tahu gaya apakah yang sesuai dengan anda. Pilih stail yang menbuatkan personaliti anda kelihatan lebih menonjol berdasarkan pilihan tudung terkini yang sesuai dengan cita rasa anda. Pakai sesuatu yang membuatkan anda rasa selesa agar anda kelihatan lebih menarik di khalayak ramai.


Di Zalora, terdapat pelbagai pilihan rekaan tudung terkini yang didatangkan khas daripada pereka-pereka tempatan. Antara jenama yang anda boleh temui di Zalora adalah Naelofar, Cloverush, Hijab by Fyazara, Sugarscarf, Aidijuma dan banyak lagi. Semuanya ada di Zalora. Anda boleh mendapatkan tudung idaman anda dengan harga serendah RM15. Kalau tak percaya cuba lihat di laman web Zalora. Dengan adanya telefon pintar yang canggih lebih memudahkan pencarian dengan hanya di hujung jari sahaja anda boleh terus mendapatkan koleksi tudung yang terkini di pasaran. Jadi tunggu apa lagi? Cepat ke Zalora untuk mencari tudung idaman anda.


Selamat membeli-belah !!!


Yang menaip,
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...