Apa itu Disleksia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com



Apakah yang dimaksudkan dengan Disleksia? Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud 'kesukaran' dan lexis yang bermaksud 'bahasa'. Secara literalnya, disleksia bermaksud, "kesukaran dalam berbahasa" (Ott, 1997). Kanak-kanak disleksia bukan sahaja menghadapi masalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa yang lain.


Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968). Menurut definisi itu, disleksia ialah, "Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka".


Seterusnya, definisi yang lebih terkini untuk disleksia mengiktirafnya sebagai suatu masalah kognitif (Thomson, 1984). Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik. Selain itu, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempunyai definasinya yang tersendiri untuk disleksia.


Secara lebih khusus, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami masalah-masalah berikut :-
  1. Masalah fonologi
  2. Masalah mengingat perkataan
  3. Masalah penyusunan bersiri
  4. Masalah ingatan jangka pendek
  5. Masalah kesedaran sintaks

Rujukan : Sheila Devaraj, Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




With love..,

1 comment:

Mimie said...

baru tahu dgn lebih terperinci

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...