Seni dan Kraf Kanak-Kanak

Assalamualaikum.





Seni dan kraf untuk kanak-kanak awal umur, prasekolah dan sekolah rendah merangkumi aktiviti menggambar, aktiviti membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasi kemahiran seni, mengekspresi diri, mengapresiasi seni untuk memperolehi pengalaman estetik dan menyampaikan idea melalui imaginasi dan kreativiti.


Aktiviti seni dan kraf yang dilaksanakan untuk kanak-kanak lebih menekankan proses daripada produk. Proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran serta pembentukan kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak lebih penting dan bermakna dalam aktiviti seni dan kraf kanak-kanak. Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti seni dan kraf bukannya untuk menjadi pelukis atau artis tetapi membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Kanak-kanak dapat menzahirkan idea kreatif mereka dengan mengenal dan menggunakan bahan dan peralatan seni seperti kertas lukisan, kertas warna, berus, warna, krayon dan bahan-bahan buangan di persekitaran. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak membantu kanak-kanak memahami nilai-nilai corak, harmoni dan warna dalam seni visual. Selain itu, aktiviti seni dan kraf juga membantu kanak-kanak mengenali garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang yang dapat memupuk minat dan memperkembangkan potensi dan bakat seni kanak-kanak.



Sumber gambar : Google



Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


KLIK


With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...